23=이십 삼-Satu syarikat

40 4 0
                                    

"Hana,sediakan saya laporan kewangan untuk bulan lepas secepat mungkin.Kalau boleh,saya nak tengahari ni."

"Baik,bos.Saya akan cuba siapkan secepat yang boleh."Kerja sebagai akauntan syarikat ternama memang memenatkan.Tapi,Hana tidak peduli kerana dia minatnya yang mendalam dalam perakaunan.

"Hah,satu lagi perkara yang saya lupa nak cakap pada awak.Mulai esok,jabatan kita akan menerima kemasukan seorang pekerja baru.Saya harap awak dapat tolong apa-apa tentang benda yang dia tak faham."

********************************

"Hah!Hana,Perkenalkan ini..Kim Namjoon.Pengurus kewangan syarikat kita yang baru.Sila tunjuk ajar dia kalau dia tak faham apa-apa.Jangan awak buli dia pula."

Dia seakan patung cendana.Keras saja berdiri di depan mereka berdua.Cuba tersenyum walaupun terpaksa.

"Ehh,ehh..Namjoon ke orang tu??"Hana sudah risau dengan reaksi suaminya.Kalau Seokjin nampak ni,tak ke dikerat empat belas Namjoon nanti.Harap-haraplah mereka tak bertembung."

"Taklah,bos."

"Okay,Namjoon.Kerja rajin-rajin."Bahunya ditepuk oleh Tuan Na.Namjoon sekadar mengangguk.

"Erm.Baik,tuan."

Tuan Na mula meninggalkan mereka berdua.Hana mula menunjukkan meja kerja Namjoon yang berada di sebelahnya.

"Tak faham apa-apa,jangan lupa tanya saya."Dia cuba mengelak dari berbual terlalu mesra dengan Namjoon.Takut terjatuh hati balik.

Sudah hampir dengan waktu pulang iaitu pukul lima setengah petang.Hana terasa seakan kepalanya berat.

"Erm.."Dia mula merehatkan kepalanya di atas meja.

"Hana."Namjoon di sebelahnya mula pelik.Dipanggil dengan lembut,tak menyahut."

"Hana,Hana!"Terjerit kecil Namjoon.Mujur ramai pekerja sudah keluar dari pejabat.Tubuh Hana digoncangnya namun masih tidak terjadi apa-apa.

Dia tekad.Hana segera dicempungnya dengan berani.Nasiblah orang nak kata apa.Baru hari pertama masuk kerja,dah kena buat benda-benda macam ni.Nasib Tuan Na bagi kebenaran balik awal.

Hana terus dibawa ke klinik berdekatan.

********************************

"Encik,suami Puan Yoon Hana?"Doktor yang sibuk menyelak fail kesihatan bersuara.

"Suami??Tak."

Namjoon terus menggeleng laju.Kalau betul,dah lama dia rasa risau nak mati.

"Oh,yeke?"Soal doktor itu sekali lagi.

"Tapi..nampak,serasi."Doktor perempuan ini sempat buat gaya 'together-together.'

"Betul?Saya pun tak tahu dia dah kahwin."Sengaja dia tanya.Tapi memang betul dia tak tahu bahawa Hana sudah berkahwin.

Lagipun,dia dapat tahu sebab terpandang jari manis gadis itu yang tersemat cincin.Tak pasti cincin itu sempena apa.

"Eung."Doktor itu mula faham.

"Awak tahu..Hana mengandung?Empat minggu."Memang patut Namjoon geleng.Bukan dia tahu apa-apa.Lagipun,masa Hana kahwin dia pergi menjelajah ke Australia.

Bila Hana sudah sedar dari pengsan,Namjoon mula membantu gadis itu berjalan dengan memimpin lengannya.Namjoon mula memberhentikan langkah kakinya.

"Hana..awak."

"Saya apa?Saya okay je kan.Sakit kepala sebab stress kerja."

"Bukan.Awak.."Lelaki itu mula memandangnya dengan sayu.

"Saya apa??Awak jangan main-main."Teringin saja diketuk-ketuk belakang kepala Namjoon dengan kasutnya.

"Awak mengandung.Baru empat minggu!Haha!"Namjoon tergelak kuat.Hana pula yang terdiam.Haih,kenapa pula?

"Hana..awak okay?Nak masuk klinik balik?"

"Saya..Aah!!!Namjoon!!"Gembira sangat Hana sampai dia tidak perasan Namjoon turut dibawa dalam pelukan.

Namjoon sekadar membalas pelukan dengan hati yang tidak rela.Layankan sajalah ibu mengandung ini.Nanti cepat sentap pula.

Hana mula dibawa pulang ke rumah setelah barangnya di ambil dari pejabat.

"Beraninya kau,perempuan."Kereta dipandu terus pulang ke rumah.Dia hanya tersenyum sinis selepas melihat apa yang terjadi di depan matanya dengan jelas.

********************************

"Sayang pergi mana?Lambat."Seokjin yang duduk sambil tangannya tak lepas menyelak sehelai demi sehelai surat khabar mula ragu-ragu.

"Tak pergi mana-mana."

"Tak tipu?Betul?"Hana mula takut untuk memikirkan alasan apa yang patut dijawabnya.

Hana sekadar mengangguk lalu dia terus menaiki tangga menuju ke bilik tidur.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote

&

Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now