(🎓)11=열한

91 8 0
                                    

Bunga pemberian Abang Yoon Hana,Yoon Dojoon semasa majlis graduasi.

#Lupakan tentang tangan yang memegang bunga tu.😉
Dojoon takkan bagi sekali dengan jambangan bunga tu.

********************************

Ruangan kosong pada kalendar ditenung sebentar.Tangan kanan Seokjin terus mencapai pen biru di atas meja belajar.

Satu ruangan pada tarikh hari ini dipangkah dan dia setia mengira hari-hari berikutnya.

"Hari yang dinanti bakal tiba,Kim Seokjin."

********************************

"Hana-ah!Aku ni,Siyeon!"Pintu bilik tidur Hana diketuk beberapa kali.Maklumlah Siyeon kan kawan rapat Hana,itu yang boleh masuk sampai dalam rumah.

"Ye!Kejap!Dah nak siap ni!"

"Alahai,makcik ni.Lambatnya~"Jam tangan mula dipandang sekilas lalu kaki Siyeon mula memain rentak sendiri.

"Siap.Dah,jom."Hana terus berlari keluar sambil diikuti oleh Siyeon yang sudah lama menunggu.Turun sahaja Hana di tingkat bawah,roti bakar sempat diambilnya lalu digigit.Kasut sekolah mula disarungkan lalu dia berdiri di luar rumah.

"Eh,punya lama aku tunggu kau,senang-senang kau kata jom.Belanja aku makan jjangmyeon tau lepas ni."Siyeon sudah mula berleter apabila mengenangkan sikap sahabatnya yang sering lewat ketika bersiap untuk kemana-mana tempat.

"Aku?Bukan Byungchan ke yang kena?"

Siyeon memeluk tubuhnya sambi jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan kanan tanda tidak bersetuju.Sudah menjadi tradisi bagi masyarakat Korea,bagi pelajar yang memasuki alam persekolahan menengah tinggi ataupun tamat persekolahan untuk mengadakan majlis seakan jamuan.

"Engkau."Jawab Siyeon ringkas.Sudah tentu,Hana tidak bersetuju dengan cadangan Siyeon.Dia sendiri mahu mengelak daripada membayar apa-apa.

"Aku nak usha boyfriend aku..suruh bayar boleh tak?"Jari jemarinya mula ditaut kemas tanda meminta simpati.Siyeon mula menggeleng perlahan.

"Jinho?Dia nak ke?"

"Konfem dia nak.Dia kan sayang aku."Dia mula membayangkan wajah Jinho yang kacak dipandang di dalam fikirannya.Siyeon yang disebelahnya sudah menepuk dahi.Insaflah kak oi.

"Apa-apa sajalah.Asal kau bahagia.Hingga ke anak cucu."

"Ceih!Cepat.Nanti kita lambat pula."Tangan kanan segera ditarik untuk mempercepatkan langkah perjalanan mereka berdua.Seokjin yang baru sahaja menapak keluar ditegur oleh Siyeon.Hana kan berjiran dengan Seokjin.

"Eh?Hai,Jin!Nak join jalan sekali?"

"Err..Boleh juga.Tak apa ke kalau ikut sekali?"Pelawaannya mula dibalas dengan ragu-ragu oleh pelajar lelaki tersebut.Seokjin takut jika Hana tidak gemar berjalan kaki bersamanya.

"Apa yang tak boleh pula?Kitaorang makan ayam.Bukan orang.Jomlah!Betul tak,Hana??"Siyeon segera mengajak Seokjin untuk berdiri di sebelah Hana yang hanya menutup mulut dari tadi.

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now