"Perut tu,sebab Namjoon kan?"Jari telunjuknya segera menuju ke arah perut Hana.Begitu terkilan gadis itu kerana dia dituduh seperti itu.
"Apa..awak cakap.."
"Jawab!"Gugup mulut Hana untuk memberikan jawapan.Butir jernih seakan sudah memenuhi kelopak matanya.
"Bukan,Jin.Dia anak awak."Ikut hati,mahu sahaja Hana mengaku tentang Jin tentang perkara sebenar.Namun ikut perasaan kecewanya,dia terpaksa memalsukan semua.
"Ya."Jawab Hana pendek.
"Patutlah beria pergi klinik dengan Namjoon.Rupa-rupanya,ini sebabnya."
"Mana awak dapat gambar itu?"Pandangan matanya sudah mula berkaca-kaca.Lengan kanan Seokjin cuba dipegang namun lelaki itu pantas menepis.
"Jangan pegang aku lah,perempuan.Kau tak perlu tahu."
"Jin,saya.."Tidak sempat dia menerangkan segalanya,lelaki mula bertindak dengan menghalaunya.
"Keluar."
"Tapi..saya.."Muka Seokjin sudah berubah menjadi merah akibat terlalu geram.Tangan isterinya segera ditarik memaksa Hana untuk bangun dari duduknya.
"Aku kata,ke..lu..ar.Sekarang!"Dijerkah gadis itu dengan suara yang menggerunkan.
"Sampai hati awak."Terhinjut-hinjut bahu Hana menahan tangisan.Sedaya upaya dia cuba bertahan untuk kali terakhir.
"Saya sayang awak.Saya cintakan awak.Tapi ini..ini yang awak balas,Jin."Dia sanggup jika dirinya dicemuh lelaki itu daripada dihalau keluar dari rumah itu.
"Kau ambil beg kau yang besar gajah ni,bawa keluar."
Bagasi berwarna biru kehitaman yang terisi pakaian milik Hana terus dicampak.Tanpa belas kasihan,Seokjin juga tidak menghiraukan dengan keadaan isterinya kini.
"Awak..maafkan saya."
"Aku tak sangka kau sanggup buat benda macam tu belakang aku."
"Saya..tak buat.Betul."Hana cuba untuk mengaku,malangnya Seokjin tidak termakan akan pujuk rayunya sedikit pun.
"Habis kenapa kau mengaku?!Aku tak percaya selagi bukti tak ada depan mata.FAHAM?!"Terpejam Hana ketika dirinya ditengking kuat oleh Seokjin.Air matanya sudah mengalir laju membasahi pipi.
"Awak?"Lelaki itu masih memandang ke arahnya.
"Saya takkan lupakan kenangan manis sepanjang kita bersama,Jin.Saya..sayang awak."
"Aku.benci.kau."Walaupun hanya tiga perkataan,sudah cukup menghiris hati Hana yang masih menangis teresak-esak.
Dia mula melangkah perlahan ke arah pintu dengan air mata yang masih tersisa di pipinya.
********************************
Hujan lebat membataskan Hana untuk berjalan lebih jauh ke rumah ibu bapanya yang terletak beberapa kilometer dari rumahnya.
"Baby..Maafkan mama,sayang.Kamu terpaksa berhujan sekali."Bajunya yang dipakai oleh Hana sudah mula basah kuyup.Air matanya mula mengalir kembali.
"Papa marah sebab mama buat salah.Bukan sebab benci."Perutnya sudah sudah memboyot diusap dengan lembut.Hana dapat merasakan tendangan kecil di dalam perutnya.Seakan anaknya mengerti akan perasaannya kini.
"Tapi..mama tak buat salah satu pun.Mama cuma salah buat keputusan."Titisan air hujan yang turun seakan mewakili setiap titisan air matanya.
Tanpa Hana sedar,seorang lelaki bertopi serta memakai but ikan mula mendekatinya.
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...