48=마흔 여덟-Goda

74 2 0
                                    

"Badan kau..nampak kurus semacam."Jinho mula memerhatikan Hana yang duduk berdiam diri di hadapannya.Gadis itu hanya dapat membalas dengan pandangan sayu.

"Seokjin tak bagi kau makan eh?"

Hana masih tidak membalas pertanyaan daripada Jinho.Lelaki itu tidak henti-henti memutarkan kayu besbol yang dipegangnya.

"Kesiannya kau,Hana."

Jinho terus membelai lembut rambut hitam milik Hana yang sedang menundukkan kepalanya memandang ke arah lantai.

"Jawablah!Kenapa senyap?"Bentak Jinho yang geram kerana Hana masih tidak berkata apa-apa.Rambut Hana terus ditarik kuat tanpa belas kasihan.

"Saya..tak tahu..nak jawab apa."Butir jernih mula mengalir membasahi pipinya yang mula cengkung hari demi hari.

"Aku dah agak dah.Kau takkan bahagia dengan dia.Sebab..kau sayang..aku!"

Gelak tawa milik Jinho dibalas dengan tangisan.Dia seakan menyesal kerana mengenal Jinho yang berperwatakan sebegini rupa.

"Ahaha!Haha!"

"Jinho.Jangan macam ni."Hana sudah mula lali dengan perangai Jinho yang tidak ubah seperti seorang yang physco.

"Apa??Apa?!"Soal lelaki itu dengan geram.

"Makan.Penat aku beli."Sebungkus makanan yang sudah hampir basi dilemparkan tepat di hadapan Hana.

Tangannya yang diikat membataskan pergerakan Hana untuk mencapai bungkusan tersebut.

"Oh?Aku lupa.Tangan kau.I suapkan you ya sayang."

Jinho terus menyuakan sudu kepada Hana.Teragak-agak dirinya untuk membuka mulut.Bau yang kurang menyenangkan daripada makanan sudah cukup mematahkan seleranya.

"Lambatlah kau ni.Hah!"Belum sempat membuka mulut,Hana terus disuap secara kasar dengan bungkusan makanan tersebut ditoyoh-toyoh pada mukanya.

Sisa makanan yang bersepah di atas pehanya ditenung.Air matanya terus mengalir.Dengan tangan diikat menyukarkan dirinya untuk berbuat sesuatu.

Jinho yang kelihatan agak geram terus berjalan keluar dari bilik kosong di dalam rumahnya.

"Tak apa.Saya boleh makan sendiri.Hana seboleh-boleh mahu melakukannya sendiri.

"Kau dah macam ini pun,degil lagi.Meh aku suapkan."Sudu mula disuakan pada Hana.Gadis itu mula membuka mulut perlahan.

"Aku risaukan kau sebab aku fikir pesanan Namjoon.Bukan sebab aku dah maafkan kau."

"Saya rela kalau awak tak maafkan saya.Tapi,saya gembira sebab awak masih ambil berat pasal saya."

Hampir kering air matanya akibat terlalu banyak menangis untuk beberapa bulan ini.

"Terima kasih Jin."Hana hanya tersenyum lemah sendirian.

********************************

"Hana."Muncul Jinho dari pintu bilik.Lelaki itu berjalan terhuyung-hayang di depan Hana yang masih terikat di atas kerusi plastik.

"Jin..ho."Tersekat-sekat bicara Hana ketika memanggil nama lelaki tersebut.Jinho segera mempamerkan senyuman sinis kepada Hana.

"Asal lembik sangat kau hari ni?"Leher Hana dipegangnya dengan kuat.Terkejut Hana sehingga dia tertunduk ke bawah seketika.

"Bukan kau dah makan banyak ke?"

Sudah tentu tidak.Boleh dikira menggunakan jari kaki untuk mengira berapa kerap Jinho memberikan makan serta minum kepada gadis itu.

"Kau..nampak cantik hari ni."Hembusan kuat nafas Jinho membuatkan Hana berubah takut.Bau nafas yang kurang menyenangkan membuatkan Hana mula berasa sedikit loya.

Hik!

Hana berasa takut kerana Jinho sudah berada di belakangnya.Tidak cukup dengan itu,rambut Hana mula diusik oleh lelaki itu.

"Patutlah Jin boleh tergoda dengan kau."

"Hana.Aku pun dah tergoda dengan kau."Bisik Jinho dengan nada yang seakan menggoda.Namun taktik Jinho seakan tidak berjaya.Mungkin hati Hana hanya terpahat nama Seokjin.

"Ahaha!Hahaha!"Lelaki itu tertawa kuat sambil dia masih tangannya masih memegang kayu besbol.

"Aku saja nak kacau kau."

Kepala Hana ditepuk lembut untuk beberapa kali sebelum dia beredar keluar.

"Jangan takut sayang.Saya ada untuk awak."Jinho kembali berdiri di sebelah Hana tanpa dijemput.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote
&
Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now