"Sampai hati awak curang dengan saya.Sampai hati awak."Hana hanya tertawa perlahan memandang keadaannya yang masih lemah.
"Untung sampai ke hati.Kalau ke jantung,tak ke mati suami saya nanti."
"Orang tengah serius dia buat lawak pula.Hei,saya cakap dengan awak ni."
"Ya.Hubby nak apa?"
"Sayang nak tahu tak?Sayang kan..."
"Sayang mengandung.Betul tak?"Terkebil-kebil mata Seokjin ketika menatap wajah isterinya.
"Hana pernah pengsan dekat office.Namjoon terus hantar Hana pergi ke hospital.Hana ingatkan Hana ada sakit apa-apa.Rupa-rupanya,doktor sahkan Hana mengandung.Masa tu,baru empat minggu."Selimut mula ditarik sehingga ke paras dada.Dirinya semakin terlena ketika suaminya sedang berbicara sesuatu.
"Sekarang..dah nak dekat sebulan.Lamanya sayang simpan rahsia ni.Tak bagi tahu dekat hubby pun.Majuk ah macam ni!"
Mulut Seokjin mula mencebik dengan kedua-dua tangannya memeluk tubuh tanda merajuk.
"Merajuklah sorang-sorang.Hana ada kawan.Betul tak,baby?"Perut yang masih kempis diusap lembut.Perasaan bahagia mula mekar di dalam jiwanya.
"Alah,hubby pun nak geng.Tak aci lah kalau sayang ada backup."Tangan kanan Seokjin mula ditarik oleh Hana dengan lemah.
Dipaksa lelaki itu untuk duduk bersebelahan dirinya yang sedang berbaring di atas katil.Jarum iv yang terpasang di tangan ditenung buat seketika.
"Hubby,hubby..Tolong sayang bangun boleh?"
"Baby kan ada.Suruh dia tolong."Saki-baki rajuknya dilayankan sahaja.Hana hanya menggeleng perlahan.
"Dia kecil lagi.Mana kuat nak tolong Hana.Hubby~"Seokjin yang berpura-pura menyibukkan diri dengan bermain telefonnya cuba digoda.Pipi kiri suaminya terus dikucup laju.
Hana mula dibantu oleh Seokjin.Lelaki itu terus membalas laju pujukan isterinya dengan ciuman di dahi dengan lama.
"Pandai sayang pujuk,Hubby."
********************************
Hujung kunci kereta diketuk perlahan di atas meja serentak mengikut irama lagu yang terpasang di sebuah kedai kopitiam.Himchan sempat merenung pemandang di luar tingkap kedai itu.
"Aku cadang..sebelum aku pergi,tinggalkan bumi korea ni.Aku nak bagi adik ipar aku hadiah istimewa.'Khas' untuk perkahwinan dia dengan Seokjin."
"Siapa adik ipar kau?"Dahi Xiumin mula berkerut.
"Yoon Hana.Aku baru kenal dia empat minggu lepas."Xiumin terus menggangguk.Dia sendiri tidak dijemput ke majlis perkahwinan Seokjin memandang Himchan tidak pernah memperkenalkan dirinya di kalangan ahli keluarga rakannya itu.
Xiumin tahu bahawa Himchan dan Seokjin memang tidak sebulu semenjak ibu Seokjin mula berkahwin dengan ayah Himchan.
"Kau nak aku tolong apa-apa?Belikan hadiah ke.."Xiumin mula menawarkan pertolongan namun cepat ditolak oleh rakannya.
"Tak payah.Biar aku yang settle semua benda.Kita tengok je.Dari jauh."
"Adik kau mesti hidup bahagia dengan isteri dia."Tekaannya dianggap meleset apabila Himchan pantas menggeleng laju.
"Ceih!Aku tengok muka semua macam kena paksa je.Tang mana bahagia dia,aku pun tak tahu."Terangnya dengan wajah tidak berpuas hati.Masih terbayang-bayang saat pergaduhan antara Seokjin dan Hana di dalam kepalanya.
"Kau pasti?"
"Takkan aku nak tipu.Siap boleh gaduh besar depan aku lagi.Silap hari bulan,Hana.."
"..akan jatuh dekat tangan aku."Tangan kanan perlahan-lahan digenggam sehingga menjadi penumbuk.
"Daripada kau fikirkan pasal rumah tangga orang lain,baik kau fikir tentang jodoh kau yang tak sampai-sampai tu."
"Yah,yah!Jodoh aku dah sampailah cuma.."Xiumin mula memandangnya dengan tertanya-tanya.
"Cuma apa,bro?"
"..cuma aku tak tahu siapa!Ahaha!"
Sudah naik jelak Xiumin melayan karenah Himchan yang suka berjenaka ringan.Teh ais dihirupnya dengan nikmat.
"Hurm..memang nasib aku dapat kawan macam kau agaknya.Aku pun ada hal ni."Kunci motornya segera dicapai lalu dia sempat menepuk bahu Himchan.
"Hoi!Jangan lupa pula."
Xiumin mula hairan.Keningnya diangkat seperti inginkan bayangan jawapan.
"Apa??"Himchan segera membuat gaya seolah-olah dia sedang menyanyi sakan sambil memegang mikrofon di tangan.
"Ya,aku ingat."Rakan baiknya segera mengangguk faham.
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote
&
Comment감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...