17=십칠-Mabuk

101 4 0
                                    

"Aah~~"

Hik!

Seperti yang disangka.Hana meminta bantuan daripada sahabatnya,Namjoon untuk pergi ke kedai makan berdekatan.

Namjoon tidak sanggup melihat keadaan Hana seperti ini.Kepalanya hanya menggeleng perlahan.Telefon pintar disentuh lalu nombor seseorang terus didailnya.

"Hello?"

Beberapa minit kemudian,bayangan seorang lelaki muncul daripada jauh.Namjoon yang tersedar akan kehadiran lelaki tersebut terus melambai laju.

"Kenapa ni?"

"Aku ada hal penting ni.Kau temankan dia sampai balik rumah tau.Ingat!Dia tu tunang kau.Kau apa-apakan dia..esok kau."Ibu jari Namjoon mula mengelilingi lehernya sendiri sebagai tanda amaran keras untuk Seokjin.

"Aa..Ah.Okay-okay."Terkebil-kebil mata lelaki itu buat seketika.Dia seakan pelik ketika memandang wajah Hana yang sedang mabuk teruk.

"Thanks,Jin."

Bahu kiri Seokjin disentuh lalu dia terus bergegas ke tempat yang perlu ditujunya.Kerusi plastik ditarik lalu dia segera duduk di atasnya.

"Hana."Hana yang masih dalam keadaan separuh sedar ditegur.Bahu Hana disentuhnya lalu digoncang perlahan.

"Eh?Seokjin~~Kau buat apa dekat sini?Ehehe."

Hik!

"Hana.Perlu ke kau mabuk sampai teruk macam ni?"

"Aa..Ahaha."Gadis itu tergelak sakan.Seokjin mula tersedar kelopak mata Hana sudah berair.Ditegur Hana sekali lagi.

"Hana?"

"APA KAU NAK?!PERGI BALIK SANA!"

"Jangan jerit-jerit.Mengacau orang tahu tak?"Pelanggan yang duduk di sekeliling mereka memandang pelik mereka berdua.Hana bertindak dengan tidak menghiraukan keadaan disekelilingnya.

Cawan kecil mula dicapai laju oleh Seokjin lalu botol minuman dipegangnya.Air segera dituang lalu dia meneguk kasar cawan tersebut.Terasa fikirannya mula melayang-layang.

"Beritahu dekat aku.Kenapa kau nak putuskan pertunangan itu?"Soalannya dibalas hampa oleh Seokjin.Hana mula mabuk teruk.Gadis itu mula menuangkan air ke dalam gelas kaca yang bersaiz kecil itu.

"Aku ingat kau curang."Air di cawan kecil diteguk kasar.Hana mula tertawa sinis sambil tangannya tak lepas memusing cawan di atas meja.

"Bodoh.Dah sah-sah aku tak ada perasaan pada Namjoon.Dia cerita lamalah."

Meja ditepuk kuat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap lelaki itu.

"Tapi,cara kau layan dia..macam kau betul-betul sukakan dia."Tersedu lelaki itu sementara dia cuba menuduh yang bukan-bukan pada Hana.Gadis itu mengangguk perlahan.

"Kau cemburu lah ni ceritanya."

"Eung.Dari dulu,aku sayangkan kau."Seokjin mula meluahkan apa yang dipendamnya dari dulu.

Hik!

"Kau tak pernah pedulikan perasaan aku..sedih tau."Sambungnya lagi diiringi tangisan kecil.Sungguh Hana tidak sedar akan keadaan lelaki itu sekarang.

"Salah kau sebab tak bagitahu aku dari dulu."

"Hana?"Hana mula memandangnya dengan pandangan berbalam-balam.Seokjin mula ditenung dengan tenang.

"Eung?"

"Aku sayangkan kau!"

"Aku cintakan kau!"Lelaki itu mula menjerit kuat sambil tangannya tidak lepas memeluk Hana dengan erat.

"Aku pun dah mula cintakan kau."Hana turut jujur dengan rasa hatinya sendiri.

"Ya?"

"Yelah."Jawab Hana perlahan.

"Ahaha!Hana sayangkan aku weih!Korang ada?!Haha!"

Tanpa mereka sedar,meja makan itu sudah dipenuhi dengan lebih 7 botol minuman yang mereka pesan.

********************************

Memandangkan pengajian di universiti sudah tamat,Hana mula tidur lena dengan bantal dipeluknya erat.Sinaran mentari mula membuatkan dirinya untuk mula bangun.

"Benda apa ni?Beratn.."Dia dapat merasakan seakan beban di atas bahagian pinggangnya lalu dia cuba untuk mengalihkan.Tetapi,dia mula merasakan sesuatu yang pelik dipegangnya.

"ARGH!Kau!Buat apa ni?!"

Seokjin yang masih tidur nyenyak disebelahnya dipukul kuat dengan bantal.Lelaki itu serta-merta terbangun lalu menutup bahagian dadanya yang terdedah.

"Bisinglah kau ni..MUMMY!"

"Macam mana kau boleh ada dalam bilik aku ni?"Lelaki itu mula memandang kawasan sekeliling bilik tidur perempuan itu.Dengan keadaan semua butang bajunya terbuka,dia sudah terfikirkan sesuatu yang buruk telah berlaku.

"Aku mana tahu.Sedar-sedar,aku dah ada dalam bilik kau."Hana mula sangsi dengan jawapan yang diberikan oleh Seokjin.Dia segera menyelak selimut tebal yang dipakainya lantas menghela nafas lega.

"Kau..tak buat apa-apa dekat aku kan?"Lelaki sekadar menggeleng perlahan.

"Fuhh.Hampir nak tercabut jantung aku tadi."Hana mula berasa malu ketika lelaki itu mula bertindak nakal dengan mendekatkan dirinya dengan lelaki itu.

"Kalau kita..apa-apa tadi?"

"Hei!Otak biru laut.Jangan nak mengada.Aku gulung kau buat kimbap nanti."Jelingan tajam turut diberikan kepada lelaki yang sudah tergelak kuat sendirian disebelahnya.

"Calm down,my girl.Aku baru nak bergurau.Dah nak melenting.Garang..I like."

Hidung gadis itu dicuit manja lalu dia mula tertawa halus.

"Eih!Sewelnya!Tampar nak?"

"Demi mu,sayang.Aku sanggup."Seokjin hanya memejamkan matanya tanda bersedia dengan hukuman yang bakal diterimanya nanti.Gadis itu mula mengangkat tangan kanannya.

"Jangan cabar aku.Betul kena nanti."

"Kalau beran.."

Ppak!

"Opss!Kau yang cabar.Aku tak boleh buat apa."

"Kurang asam keping dalam masakan punya Hana."

"Ahaha!"

"Gelak!Gelak!"

"Biarlah."

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote

&

Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now