"Baby comel."Bayi lelaki dalam dukungan seorang lelaki mula menguap kecil.Gembira kerana dia dapat merasa pengalaman seorang bapa.
"Geram bila saya tengok pipi dia.Macam nak gigit saja.Ehehe."Tersengih Mingyu lalu Hana yang terbaring di atas katil dipandangnya.
"Berani awak buat macam itu pada anak saya.Saya rebus awak masak sup tulang nanti."Ugut gadis itu dengan tawanya.
"Terbaring macam itu ada hati nak kejar saya.Haha!"
Makcik Kim mula menyelit antara mereka berdua.Bayi pada pegangan Mingyu cuba diambil.
"Kamu tak habis menyakat dia.Bagi mak pula yang pegang."
"Mak~Lagi sorang kan ada.Siapa nak dukung?Kesian dia."Seorang lagi bayi berjantina perempuan masih tidur nyenyak di dalam baby couch.
"Yelah.Tak boleh kalau mak nak kacau sikit.Ada saja alasan dia."
"Hana.Mak kamu akan sampai sekejap lagi.Mesti seronok kalau ada cucu sendiri kan,Gyu?"Mingyu terus melarikan pandangannya ke arah lain.
"Apa ni,mak?Mula nak cakap pasal kahwin nampaknya."
"Baguslah kalau kamu faham.Tak payah mak nak terangkan.Bila?"
"Apa?Esok?"Kepala yang tidak gatal sengaja digarunya.
"Beruban rambut mak.Esok kamu boleh diibaratkan sepuluh tahun berikutnya.Kan,Hana?"
"Mungkin."
"Hana."Muncul Puan Yoon bersama suaminya.Buah tangan turut dibawa lalu diletakkan di meja kecil di sebelah Hana.
"Mama."Panggil anaknya dengan nada yang perlahan.
"Kamu baik-baik sahaja kan?Cucu mama mana?"
"Ini hah."
"Wah.Comelnya,cucu nenek."
"Saya nak ucapkan banyak terima kasih pada awak kerana sanggup menjaga makan minum anak saya sepanjang dia tinggal dengan awak.Saya takut kalau dia menyusahkan awak."
"Eh,tak.Hana rajin menolong saya di dapur.Bersyukur saya sebab ada orang tolong di rumah.Nak harapkan anak saya,ke laut jawabnya."
Selepas dibenarkan pulang oleh doktor,Hana membuat keputusan untuk bermalam selama dua hari di rumah Makcik Kim sebelum pulang ke rumahnya semula.
"Hana.Mak suruh awak makan ni."Disuakan nasi pada mulut Hana.Tanpa bantahan,gadis itu terus menelannya.Direnung dalam wajah kacak Mingyu.
"Baiklah.Thanks,Mingyu.Saya selalu susahkan awak sekeluarga."
"Awak tak payah risau.Kami selalu bahagia lagi-lagi dengan kehadiran ahli keluarga baru dalam rumah ni."
"Awak..dah bagi diaorang nama ke belum?"
"Belum."
"Nak saya cadangkan?Saya cerdik dalam bab pilih nama sedap-sedap ni."
"Really?"
"Yup.Saya cadangkan ya.Kim..Kimchi."
"Mingyu?Awak serius ni?"
"Betul.Ahaha!Tak adalah.Tak sanggup saya kalau nak bagi nama macam itu.Cuak betul muka awak tadi."Digelakkan Hana yang agak cuak tadi mukanya.Mahu sahaja Hana mengambil kuali lalu diketuk kepala Mingyu.
"Eunmin dan.."Mingyu mula berfikur tentang nama yang sesuai dengan mereka.
"..Eunhwa.Macam mana?Sedap tak?"
"Boleh,sebab saya tiada pilihan,saya terima cadangan awak."Terloncat-loncat Mingyu lalu dia terduduk kembali.
"Yeah!Saya tahu awak akan terima.Sekarang,kembar ni dah ada nama diorang sendiri.Siapa pilih?"
"Papa Mingyu..yang pilihkan.Eunmin-ah~Eunhwa-ah."
"Tidur saja kerja dia."Dicuit pipi salah seorang bayi itu.
"Kalau bangun nanti,awak yang tidurkan ya.Saya malas nak layan."
"Alah,Hana.Saya baru nak kacau sikit.Dah kena warning."
"Saya pun penat,mengantuk.Selamat malam,Kim Mingyu."Mingyu yang baring di atas sofa berjauhan sedikit dari katil Hana mula menguap besar.Lelaki itu hanya tidur diselimuti jaket tebalnya.
"Malam.Good night,baby.Papa nak tidur juga."Dikucup wajah bayi lelaki dan perempuan di sebelah katil Hana.
Ditidurkan bayi kembarnya sehingga betul-betul nyenyak.Mata Hana mula terlelap.
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote
&
Comment감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...