14=열넷-Namjoon

131 5 0
                                    

Kafeteria mula penuh dengan kehadiran pelajar yang pulang dari kuliah.Hana terpaksa menurut permintaan Seokjin untuk makan tengahari bersama.Suasana di meja makan mereka berdua sekadar ditemani bunyi lagaan sudu serta garpu.

"Apalah.."Tak tahu ingin berbual tentang apa,Hana hanya memandang telefonnya sambil tertawa kecil.Begitu pantas jarinya menekan pad kekunci pada skrin telefon pintar tersebut.Seokjin yang sekadar memerhati mula panas hati.

"Kau kena ingat..yang kau tu.Tunang.aku."Tidak faham dengan maksud tersirat yang dilontarkan lelaki tersebut,Hana tidak mempedulikan dengan Seokjin di depannya.

"Kau ingat aku bodoh sangat ke?Tak tahu nak jaga diri sendiri.Aku tahulah aku siapa."

"Telefon kau,bawa sini!"Dia mula meluat dengan tindakan Seokjin seakan mengongkong pergerakannya setiap masa.Sudahlah lelaki itu diarah oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi 'mata-mata'.

"Kau gila??Aku nak call orang pakai apa nanti??"Sini!"Telefon pintar milik Hana semahu-mahu ingin diangkat tinggi supaya tidak boleh diambil oleh gadis itu.Skrin telefon mula dijengahnya.

"Siapa Sungkyun??"

"Kawan satu grup.Nak!"Hana masih berusaha keras mahu merampas kembali barang miliknya.Namun,lelaki itu masih berkeras tidak mahu memberikan pada Hana semula.

"Budak ni yang kenyit mata dekat kau hari tu kan??Mamat ni nak apa lagi??"Tertera nama Song Sungkyun di skrin telefon.Ikon Kakao Talk disentuh menampakkan semua perbualan antara Hana dengan lelaki itu.

"Aku tak ada apa-apa dengan dialah!Dia dah ada girlfriend pun.Aku tengah bincang pasal assignment.Bawa sinilah!"Geram dengan Seokjin yang sesuka hati mengambil telefonnya tanpa izin,dia mula menerangkan tentang perkara sebenar.

"Kali ni aku lepaskan kau.Lain kali,aku suruh kau pakai public phone je buat call."Ugutan lelaki itu sekadar dibalas dengan Hana menggulingkan matanya tanda menyampah.

"Kau cemburu??Marah bila aku mesej orang lain??Huh,Jin?"

"Ahaha..Tak ada masa aku.Setakat si Sungkyun ni,aku jauh lebih baik dari dia.Nak takut apa?"Dia hanya tertawa sinis dengan soalan yang diajukan oleh Hana kepadanya.Dia sebenarnya takut jika tunangnya diambil orang.Dia juga mengerti bahawa gadis itu mempunyai satu aura yang dapat menarik lelaki untuk terjatuh hati padanya tanpa sengaja dengan hanya bertentangan mata walaupun sementara.

"Berlagak.Meluat aku pula tengok dia ni."Walaupun dia hanya mengucapkan perkataan itu perlahan,Seokjin masih dapat menangkap setiap ayat dengan jelas.

"Ambil balik.Tak teringin aku nak pegang lama-lama henpon kau ni.Buat berat kocek je."Telefon milik gadis itu segera dikeluarkan dari poket baju sejuknya lalu dicampak perlahan di atas meja.Hana terus mengambilnya lalu bangun meninggalkan Seokjin keseorangan di meja makan.

********************************

"Macam ayam berak kapur je aku tengok kau hari ni.Apa pasal?"Hana yang duduk sambil menongkat dagu di atas meja ditegurnya.Dewan kuliah juga agak senyap sekarang.Seorang mahasiswa dan mahasiswi mula mendapatkan tempat duduk disebelah Hana.

"Tunang aku lah.Sibuk nak kacau life aku.Hei,suka hati akulah nak buat apa benda pun.Yang sibuk beria-beria ikut cakap mama dengan papa aku kenapa??Makin hari,makin nak muntah pula bila aku tengok muka dia.

Luah Hana sambil membuat muka cemberut.Choi Hyerin yang berada di sebelah hanya merenung Hana.Lelaki bernama Sungkyun mula menebak sesuatu.

"Dia geram sebab kau mesej aku eh??"

"Mana kau tahu??Dia ada jumpa kau ke semalam??"Hana risau jika tunangnya ada mengapa-apakan Sungkyun selepas dia bertemu Seokjin.Sungkyun mula memandang ke bawah.

"Herm,tak ada.Aku faham sangat dengan orang macam tu.Cemburu tahap dewa.Susah nak ubat.Salah aku juga sebab try..nak usha kau masa first day masuk sini.Hehe."

Dia mula tertawa bila mengingatkan kembali memori dia cuba mendapatkan hati Yoon Hana sebelum dia mempunyai kekasih.Ingatkan dilayan oleh Hana,tapi Seokjin pula menyelit dalam sesi perkenalan mereka berdua.

"Kau lah ni puncanya!Hana,nak aku tolong pukulkan?"

"Kalau kau sudi,silakan."Lengan Sungkyun dipukul kuat oleh Hyerin bertalu-talu seperti gendang.Sungkyun pula tak habis merintih untuk dirinya berhenti dibuli oleh Hyerin.

Aduh!Ah!Sakitlah weih!"

""Excuse me..Boleh saya duduk sini??"Bayangan lelaki berkaca mata di depan mereka bertiga segera menghentikan pergaduhan kecil antara Sungkyun dan Hyerin.Hana segera menggangguk perlahan.

"Nama??"Setelah melabuhkan punggungnya di sebelah Hana,dia cuba untuk menegur gadis tersebut.

"Hah?Hana.Yoon Hana."Hana yang masih terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang mirip orang yang dikenalinya rapat bingung secara tiba-tiba.

"Kim Namjoon.Panggil Joon pun dah cukup.Selamat berkenalan.Saya baru pindah dekat sini beberapa minggu yang lalu.Diorang berdua tu..kawan awak ke?"Huluran tangan mula disambut dengan teragak-agak oleh Hana.

Dia mula teringatkan dua orang rakannya yang berbual sesama mereka.Dia segera menepuk bahu Hyerin.

"Haah.Kenalkan yang sebelah saya ni,Choi Hyerin.Yang suka pakai cap terbalik ni,Song Sungkyun."Hyerin dan Sungkyun mula tersenyum lebar.

Padahal,mereka berdua tidak tahu bahawa mahasiswa baru itu mirip dengan Namjoon yang dikenali Hana suatu masa dulu.Mirip dari segi nama serta rupa.

"Namjoon??"Setelah Prof.Lee keluar dari dewan kuliah,mereka semua mula berkemas untuk keluar.

"Awak free tak?Lepas kelas ni?"

"Saya rasa..tak ada apa-apa hal hari ni.Kenapa?"

"Saya fikir nak ajak awak lunch sama-sama hari ni.Boleh?"Risau juga Hana jika lelaki itu menolak pelawaannya.Namjoon mula mendiamkan diri.

"Boleh.Saya anggap ini sebagai tanda perkenalan kita berdua."

********************************

"Aku kena tanya dia suatu benda ni."Teringin juga Hana untuk tahu tentang latar belakang lelaki itu yang mirip dengan kawan baiknya yang sudah lama hilang.Namjoon yang sedang menyuap sudu ke dalam mulut ditegurnya.

"Awak.."

"Kenapa,Hana?"Namjoon segera menyahut dengan nada perlahan.

"Awak..pernah terjumpa saya tak sebelum ni?"

"Jumpa ya?Sekejap saya fikir.Saya rasa tak.Mungkin kita just terserempak,cuma saya je yang tak perasaan awak."

"Lebih daripada terserempak,Namjoon.Awak tak ingat saya ke?"Agak sedih jika seseorang yang kita rindui tidak mengingati tentang kita lagi.Sama ada dia hanya bergurau atau kenyataan,itu Hana tidak pasti.

"Oh.Maaf sebab tanya benda merepek dekat awak."Hana risau jika Namjoon tidak selesa dengan pertanyaannya tadi.

"Tak payah risaulah.Saya tak marah pun."Lelaki itu hanya tersenyum lebar menampakkan lesung pipit di pipinya.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote
&
Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now