Bab 1

96.7K 2K 133
                                    

Hariz lekas mengunci motor dan berlari kearah pelajar yang berdiri di hadapan Cikgu Faruq, guru disiplin, di samping cikgu, Nur Alya ( itulah ditag namanya) pengawas yang sopan bahkan jarang dengar dia berbunyi mulut tetapi tangan dan matanya lebih pantas menangkap tag nama budak bermasalah lalu segera menulis nama mereka di buku keramat yang sering terisi nama Hariz dan kawan-kawannya.

" kamu ketua sini!" panggil Cikgu Faruk terlihat Hariz menyorok di sebalik beg pelajar lewat untuk lari masuk ke kelas. Dia mengeluh dan dengan macho jalan ke hadapan. Tangan Kiri Alya rancak bergerak sebaik matanya terpandang tag nama Hariz. " kelas?" tanya Alya lembut sangat-sangat lembut. " lahai perlahannya!" ejek Hariz seperti membenarkan Alya menulis namanya.

Satu pukulan padu terkena pada punggung Hariz membuatkan dia melompat terkejut. " agak-agak ah cikgu. Bagitahu lah dulu nak rotan. Terkejut saya." Hariz bunyi seperti tidak takut langsung dengan Encik Faruk.

" jangan biadab sangat. Dia tanya jawab baik-baik." Marah Encik Faruk. " kelas?"

" 4 Dahlia 2." Jawab Hariz lembut konon-konon tiru suara Alya. " boleh saya masuk kelas?" Alya memandang Hariz daring look yang sangat tajam.

Dia tidak menjawab sebaliknya dia memandang tag nama pelajar lain. Hariz malas nak campur dia pun berjalan megah naik ke kelasnya.

" Rizzzz!" tegur Azrul terlihat Hariz masuk dengan muka masam. " apasal mu ni. Tertelan cuka ke?"

" achikk kau." Hariz menolak kepala Aiman. " sakit sial!" Hariz duduk di tempatnya di sebelah Azrul.

 " kena bantai dengan Farukki lah tu." Teka Mirul.

 " siapa lagi si Farukki lah. Sial doh sakit!" marah Hariz.

Tak lama kemudian, Athirah masuk ke dalam kelas. Dia terlihat Hariz muka masam. " apasal kau." Tanya Athirah terus duduk di atas paha Hariz.

" bangun! Sakit sial! Punggung aku dahlah kena bantai tadi.," suruh Hariz sebenarnya tak suka Athirah berbuat demikian. Athirah tak banyak bunyi lalu duduk di kerusi. Perilaku mereka disaksikan Azrul, Aiman dan Mirul.

" Farukki pukul." Jawab Mirul selepas takde sesiapa jawab pertanyaan nya. " biarlah. Tak sakit pun." Hariz poyo macho depan perempuan.

Eh tadi cakap sakit sial semua sekarang kata tak sakit. Haishh mana betul ni Hariz?

" siapa menang COC aku belanja CC main dota. Amacam?" Hariz tukar subjek. Semua mengangguk setuju. Masing-masing keluarkan handphone dan mula bertaruh.

" sial kau! Hancurkan town aku." marah Azrul tolak kepala Mirul. Mereka masing-masing leka bermain memekak di belakang kelas.

Alya dan Tasha lalu di kelas mereka lalu terlihat mereka bermain handphone. " suruh dorang simpan sebelum kita rampas." Suruh Alya pada Tasha.

" Manusia-manusia berkerumun di belakang sana." Jerit Tasha. Mereka semua pandang pada Alya dan Tasha yang berdiri di hadapan kelas mereka. " simpan phone murah kalian sebelum kitorang rampas." Suruh Tasha garang dan di sebelahnya Alya. Mereka kembali pandang phone dan bermain Clash Of Clans. Tak endah langsung dengan ugutan Tasha. Alya keluar dari kelas.

Aiman keluar untuk mengintip dan ternyata cikgu Faruk naik bersama Alya. " Farukki! Farukki!" jerit Aiman pada mereka. Segera mereka menyimpan sementara Tasha sudah diluar kelas menunggu.

" semua bangun pergi ke belakang tinggalkan semua harta benda. Dan yang lelaki ikut aku ke tepi kelas." Arah Sharul ketua pengawas. Tasha dan Alya spot check perempuan manakala Encik Faruk dan Sharul check lelaki. Encik Faruk berkerut bila tiada apa yang dia jumpa semasa check budak-budak lelaki.

Alya ke tepi kelas di tempat check lelaki bersama handphone Athirah di tangannya. " dalam seluar dalam." Suruh Alya pada Sharul. Sharul mengangguk. Dia yang sama tinggi dengan Hariz senyum senget pada Hariz sambil meraba bawah pusat Hariz. " apa ni?" tanya Sharul bahagia akhirnya dia dapat rampas handphone Hariz.

Hariz dah diam bengang. Selepas Hariz, Mirul yang kena manakala Aiman dan Azrul terkena dengan cikgu Faruk.

" jangan rosakkan masa depan kau" kata Cikgu Faruk sebelum keluar meninggalkan bersama 15 buah handphone di tangannya termasuk handphone murid lain yang menjadi penyebabnya adalah geng Hariz. Tapi dorang tak berani nak marah nanti ada pergaduhan besar. 

----------

Nama Alya sudah semakin popular sejak kejadian itu. Mereka semua panas bila nampak Alya. Kalau bukan disebabkan idea dia suruh raba bawah pusat mesti tak kena rampas.

Waktu rehat murid tingkatan 4 dan 5 sedang berjalan. Alya berjalan keseorangan di belakang blok. Dia terlihat Hariz sedang merokok sambil termenung. " bahagianya buat salah." Tegur Alya lembut. Hariz memandang Alya lalu melontarkan senyuman dan berdiri.

" nama penuh Muhd Hariz kelas aku 4 Dahlia 2. Kesalahan merokok pada pukul...."

" 10:45 pagi." Sampuk Alya. " ahh yes! 10:45 pagi dan sekarang kau boleh bla sebab aku nak relax." Suruh Hariz membuat tangan menghalau. Dia kembali duduk dan menyedut asap rokok.

Alya segera beredar dari situ. Dia berjalan ke pejabat. " you crossed the line." Kata Alya sendiri tanpa segan terus mencatat nama Hariz di buku kawalan perilaku murid.

Loceng berbunyi masuk kelas. Alya keluar dari pejabat lalu duduk memakai kasutnya. Sepasang kasut sekolah kasut sekolah yang putih tapi kotor sikit berhenti di hadapannya. Alya siap mengikat tali kasut. Dia berdiri mendongak ke arah Hariz.

" dah tulis nama aku?"

Alya dengan megah mengangguk. Hariz senyum lalu beredar sambil menunjuk tangan peace pada Alya dan mendaki ke kelas.

Waktu Geografi di kelas Alya, dan Ekonomi Rumah Tangga di kelas Hariz, nama Alya dan Hariz dipanggil cikgu Faruk melalui speaker dari pejabat. Alya turun ke pejabat tak lama kemudian, Hariz pula turun ke pejabat.

Surat gantung sekolah selama seminggu diberikan kepada Hariz selepas dia mengaku akan kesalahannya. Hariz diarah pulang tapi Alya terasa kasihan.

" cikgu sebaiknya biarkan dia dekat sekolah sampai waktu balik." Cadang Alya. Encik Faruk mengikut saja cadangan Alya.

" kau tak marah ke dia tangkap kau isap rokok?" tanya Athirah selepas Hariz masuk ke kelas.

" ahh! Pergi mampus lah dia. Kita yang dah buat salah kenalah terima bukan nak salahkan dia."

" yang digantung dan yang tak berminat nak belajar boleh diam tak kalau tak mahu belajar. Ibu bapa kamu mesti ajar cara hormat orang kan?" jerit Puan Foo bengang. Athirah membalas dengan menjeling manakala Hariz mengangguk faham.

" Aku buat kerja aku sebagai pengawas bukan sebagai rakan subahat yang biarkan diorang buat salah." Kata Alya pada Tasha selepas ditanya atas tindakan beraninya yang menggantung pelajar paling bermasalah di sekolah. 


*shortchapter. 

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now