Bab 73

28.1K 936 45
                                        

Alya berlari mendapatkan Adam dan Hariz di bawah khemah rumah sukan Canary. Mirul dan Hariz masih disitu. Hariz dah malas nak gerak bila nampak Mirul. Dia pun nak join Mirul buli budak junior. Dah lama tak buat kerja jahat terasa gian pulak nak buat.

"Dam. Tutup mata." Lain suruh lain dia buat. Disuruh tutup mata tapi dia gelak pula. Lawak sangat ke suruh tutup mata. "Riz aku rasa dia ikut perangai mak dia kot. Seram semacam anak kau ni." bisik Mirul. Terus tendangan mengena pada punggung Mirul tapi kali ni lebih padu. Mirul mengerang sakit.

"Sedap kau kutuk anak bini aku." marah Hariz pertahankan. Mirul tunjuk tangan ok tak nak bahan lagi sebab effect dia sakitkan punggung Mirul.

"Fir kan nama kau?" tanya Hariz. Budak tu mengangguk. "Kau nak awek mana satu pilih." Hariz tunjukkan muka awek-awek rumah sukan Canary yang tak berapa nak mantap. Itu apa yang Mirul cakap dekat Hariz. (saya tak cakap Mirul yang cakap tak berapa nak mantap tu)

"Nak tu." Fir menunjukkan kepada belakang Hariz dan Mirul. Mereka berdua menoleh.

Alya!

Hariz terus tunjuk nak siku budak Fir ni buat hal lah. Hariz ambik tangan Adam lalu dipukul ke muka Fir. Fir tadah takut nak melawan. Alya berjalan ke arah Hariz dia terus ambil Adam dari Hariz sambil matanya pandang Hariz tajam..

"Awak nak ajar anak awak suka membuli ke?" marah Alya dengan suara perlahan Fir perhati dalam tanda tanya. "Ya jom makan. Abang lapar." Hariz buat-buat manja. Dia dah lupa dah kewujudan Mirul dan Fir di hadapannya.

"Jom." setuju juga lah Alya. Marah memang marah sebab Hariz buat perangai samseng dia depan anak. Ibu mana tak mengamuk. Tapi disebabkan Alya laparpoooo jadi dia pun setuju. Alya beredar dari situ dahulu.

"Itu aku punya. Kau ngorat dia makan kasut ni. Eh tak kasut ni baru beli kau makan kasut sekolah aku." kata Hariz. Kasut sekolah sudah tara guna lagi elok bagi Fir atau Shah makan je.

"Aku nak ikut makan." Mirul pegang lengan Hariz. "Kau dengan dia makan kasut aku." Kata Hariz lalu beredar dari situ. "Beg lebah esok aku datang rumah kau dengan Aiman dengan Hairul." jerit Mirul ejek beg Hariz yang lawak. Hariz tunjuk simbol okay.

***

Hariz dan Alya makan di kantin bersama. Adam duduk di meja sambil kacau mak bapak dia makan.

"Adam arghhh." Alya ngangakan mulut suruh Adam ikut dia nganga. Adam pun nganga. Alya baru nak suap bubur makanan tersebut terhenti.

"Adam dah nak tumbuh gigi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Adam dah nak tumbuh gigi." Alya gembira sendiri. Hariz yang sedang makan pandang ke dalam mulut Adam.

"Adam! Bagus lepasni dah boleh buat love bite." Hariz buat hi-5 pada Adam tapi Alya yang sambut hi-5 tu dengan muka marahnya

"Tak payah ajar anak bukan-bukan boleh tak?" bengang Alya. Hariz gelak. Sebenarnya dia suka tengok muka Alya marah.

***

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang