Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah.
-----
A...
Hariz di sofa rumahnya. Dia mengeluh panjang. Alya pula sedang susukan Adam di dalam bilik. Hariz mengeluh panjang.
Dia teringat akan peristiwa tadi di mana ayahnya boleh duduk tengok tv je sedangkan Adam menangis. Adam merangkak di kaki atuknya tapi atuk mengabaikan cucunya seolah-olah tak wujud.
"Bah! Apa salah anak Riz sampai dia cium kaki abah pun abah tak layan." Hariz dah cukup bengang dengan abahnya. Pergi mampus apa yang akan jadi!
Hariz segera mengangkat Adam dan dihulurkan kepada Alya. Tanpa kata putus, Hariz menarik Alya dan Adam keluar dari rumah.
"Wak!" panggil Alya keluar dari bilik. Adam masih dalam dakapannya menyusu. Hariz pandang Alya. Kalau boleh dia tak nak pandang tempat lain..
"Ummi nak cakap dengan awak." Alya menghulurkan handphonenya pada Hariz. Hariz berkerut terus menyambung call.
wah! wah! mentang-mentang dah ada anak menantu. Call dia je terus. cemburu Hariz di dalam hati.
"Ye Ummi"
"Malaslah nak mengadap abah tu.....Adam dah menangis dekat kaki dia pun diam. Haishh. Nasib abah." adu Hariz bengang dengan sikap abahnya.
"Ok Mi. Takde Hariz tak kisah pun tapi kalau dah sampai Adam menangis dekat kaki abah tu, takkanlah takde perasaan langsung nak pujuk." Adu Hariz lagi pada Umminya. Rupa-rupanya Hariz boleh tahan juga reporter dia.
Alya menanti handphonenya di sofa sambil-sambil Adam menyusu. Hariz pandang straight pada dinding. Sikit pun kepalanya tak toleh pada Alya.
"ok bye, Mi." Hariz menutup call. Dia pandang skrin handphone. Senyuman senget terukir di wajahnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Bila masa pulak kau snap gambar ni?"
Alya terkejut. Dia menghulur tangannya meminta handphone. Hariz senyum pandang Alya. Dia menggeleng. Handphone ditinggikan. "aku nak tengok sama ada kau ada chat mamat serani tu ke tak." bunyi Hariz seperti cemburu.
"check lah. Memang saya chat dengan dia pun sebab dia selalu kata dia sayang saya, awak tak pun." tipu Alya sengaja nak uji baran Hariz. Hariz pandang Alya dengan muka yang agak seram jika ditatap lama. "awak cemburu ke?" Alya tergelak kecil.
Hariz menjeling Alya. Dia mencampakkan handphone Alya di sofa bersebelahan dengan Alya. "pergilah chat dia. Dia sayang kau kan?" Hariz cemburu.
"wak!" Hariz tidak mengendahkan panggilan Alya. Dia berjalan masuk ke bilik. Berkali-kali dipanggil pun tak dilayan. (laki kau merajuk tu Alya oi!) Tepat pada waktunya. Adam sudah terlelap. Alya mengangkat Adam dan dibawa ke bilik. Hariz sedang bermain handphonenya. nampak saja Alya, dia terus meletakkan handphone dan seperti mahu tidur. Alya pantas baringkan Adam. Dia berjalan ke arah Hariz.
"Boy! Janganlah merajuk boy. Girl tipu je tadi." pujuk Alya. (panggilan manja manalah Alya dapat ni). Hariz tarik tangannya dari dipeluk Alya. Alya panjat katil. Dia pun baring sebelah Hariz. "Boy sayang girl tak?" Hariz diam tak jawab soalan Alya tapi lain dia cakap "bahasa red indian mana kau pakai?" tengking Hariz. Matanya masih pejam. Konon-konon tak nak pandang lah tu. Gedik betul lah Hariz ni!