Alya lengkap bertudung naik motor bersama Hariz sempat mereka menghantar Adam sebentar di rumah Ummi.
"Lama pun takpe. Take your time. Sempatlah Ummi main dengan cucu Ummi ni." kata Puan Mariam sudah menggalas beg kecil barangan Adam dan Adam di tangannya. Hariz bawa motor drift ke tanah perkuburan.
"Adam cucu Ummi." Puan Mariam bernyanyi sementara Adam tak habis-habis senyum. Muncul Encik Abu dari atas. Dia agak terkejut juga.
"anak siapa kau jaga ni, Yam?" Soal Encik Abu berdiri di hadapan Puan Mariam sambil bercekak pinggang. Puan Mariam bangun dan berdiri dia memandang Encik Abu.
"Yam pegang cucu Abang."
Berubah terus air muka Encik Abu. "asal budak tak guna tu hantar sini? Dah takde duit ke? Ke dah buang anak?" Encik Abu berpeluk tubuh.
"Dorang keluar pergi kubur arwah bapa Alya tu. Dorang hantar Adam dekat sini sekejap. Abang nak pegang Adam?" Encik Abu pantas menolak. Dia kebelakang 2 langkah tanda dia tak nak pegang. Tapi lihat kenakalan Adam yang dari tadi nak capai kakinya sendiri, terkial-kial budak tu menarik kakinya tapi tak lepas. Adam menjelir lidah bermain air liur sambil berbunyi mulut. Siapa je tak cair tengok.
"Adam!" Jerit Kaklong di muka pintu bersama Hadif pantas dia berlari ke arah Adam. Sekarang, giliran Kaklong pula pegang Adam. Hadif mencubit pipi Adam dan mencium pipi Adam.
"Paksu..Paksu." Hadif perkenalkan dirinya. Sementara kaklong tak habis-habis suruh Adam panggilnya mother. (western betul kaklong ni)
Encik Abu dapat melihat seperti semua orang sudah pun menerima Adam tapi Encik Abu masih kuat dengan egonya. Dia perasan Puan Mariam pandangnya bengang.
"Yam! Abang nak keluar." pantas Encik Abu menoleh dan meninggalkan rumah. Hadif pandang Puan Mariam yang sedang geram dengan abahnya, Encik Abu. Pakcik Ego or Atuk Ego?
***
Selesai membacakan Yassin, Alya mengusap liang lahad Papanya.
"Selamat Hari Jadi Papa. Ya rindu Papa. Ya minta maaf Ya banyak buat salah dekat Papa. Ya dah takde sesiapa dah,Papa." suara Alya bertukar sebak sebelum tiba menjadi tangisan. Hariz dengan kepakaran memujuk sejak akhir-akhir ni pun memeluk Alya. Mengusap-usap belakang baju kurung Alya. Alya tidak membalas pelukan Hariz.
Habis basah baju melayu Hariz bahagian dada, semua disebabkan tangisan Alya. Esakan Alya semakin padu.
"Ye..Papa dah suruh aku jaga kau. Kau ada aku, ada Adam." Pujuk Hariz lagi. Perilaku mereka diperhatikan dua mata yang dari arah jauh. Lalu mata itu pun mendekat pada mereka.
"Encik!" Terkejut Hariz kerana mata itu pegang bahu Hariz. Dia membetulkan songkoknya yang hampir jatuh sebab terkejut dia tu. Hariz sedang duduk di batu kubur sebelah pun mendongak. Alya tak lagi. Masih dengan tangisannya.
"tak baik buat maksiat dekat kubur. Tak takut ke?" soal satu lagi mata. Hariz dah panas bila dah kena macam tu.
Hariz meleraikan pelukan Alya sebentar. Alya perasan ada dua kaki. Dia segera mengelap airmatanya. Hariz bangun dan berdepan dengan dua mata tadi tu.
"Kami tak buat maksiat. Dia isteri saya. Salah ke seorang isteri peluk suami dia sebab dia baru hilang ayah? Saya rasa tak salah. Encik ni bersongkok kemain. dekat sini pun masih nak memfitnah. Baik Encik cari tanah yang kosong gali kubur sendiri." bengang Hariz. Dia menjeling mata itu lalu menarik tangan Alya beredar dari situ.
Alya hanya mengikut Hariz sampai ke motor. Hariz startkan enjin motor sambil matanya masih tertancap pada dua pasang mata itu. Nak alim tak kena tempat!
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar
Teen FictionHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...