Bab 46

30K 952 24
                                        

Bila Tasha datang sekolah esoknya.

"eh apa ni?" Terkejut Tasha bila Afiq tak mengendahkannya. Afiq berjalan pergi sebaik terlihat Tasha.

"Weh." Tasha tarik tangan Afiq membuatkan Afiq diam berdiri. "kau kenapa?" soal Tasha masih memegang tangan Afiq. Afiq tersenyum senget.

"Aku kecewa dengan kau." Kata Afiq pendek. (Ceh! Kecewa!). Tasha terkejut dengan statement Afiq.

"Maksud kau?"

"Jawapan tu sendiri ada dalam diri kau." jawab Afiq terus beredar dari situ.

***

Shah memandang Alya tak percaya.

Kenapa perempuan secantik kau kahwin dengan Hariz? Kenapa? parah dah ni hati Shah. Alya perasan Shah pandang dia. Dia melontarkan senyumannya pada Shah. Shah membalas senyuman itu.

"Nak bercinta balik sekolah nanti. Sekarang focus add math yang susah lagi pecahkan otak." ujar Cikgu Faiz memerli Alya dan Shah. Alya pandang depan terkejut. "Alya bukan dengan Shah lah cikgu. Alya dengan Hariz." sebut Ahmad ketua kelas mereka. Satu kelas woo kan Alya. Satu hal lagi dia malukan. Sungguh dia menyampah orang buat macam tu.

"Wow!" sebut Cikgu Faiz pendek.

Berita mengenai Alya berpacaran dengan samseng sekolah semakin tersebar dan pencetusnya Hairul si gila!  Encik Faruk terdengar budak-budak perempuan sedang bergosip tentang Alya semasa Alya sedang berjalan di hadapan mereka. Lekas dia panggil Alya.

"Alya!" Alya toleh pada Cikgu Faruk.

"Ye cikgu." Jawab Alya berjalan pada Cikgu Faruk. "Saya ada dengar awak bercinta dengan Hariz. Betul ke?" Soal Cikgu Faruk lembut. Alya diam membisu.
"Cikgu tak nak masuk campur hal kamu ni tapi satu je saya nak cakap. Carilah lelaki yang setaraf dengan kamu. Bukan sekarang saya minta, tapi masa akan datang." lembut pertuturan Cikgu Faruk terhadap Alya. Alya mengangguk acuh tak acuh.

****

Sabtu yang happiness delight bila Hariz cuti kerja. Hariz bangun tidur lengannya terasa berat. Macam biasa Alya end up akan tidur dekat dengan ketiak dia.

Dia bangun dari katil menolak kepala Alya perlahan jauh dari tangannya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dia bangun dari katil menolak kepala Alya perlahan jauh dari tangannya. Dia bangun lalu berjalan ke ruang tamu. First time Alya bangun lambat. Hariz masuk ke bilik semula dan mencapai bajunya. Dia turun ke bawah rumah untuk beli nasi lemak.

Semasa nak naik, Hariz terserempak dengan Azrul. "Woi! Kau nak pergi mana?" Hariz terkejut dia memandang ke atas rumahnya. Lepastu buat-buat pandang tempat lain.

"Beli nasi lemak lah bodoh. Itu pun tak tahu. Kau buat apa dekat sini?" soal Hariz pula. Azrul menjuihkan bibir.

"Beli nasi lemak untuk kekasih hati." jawab Azrul bangga. "Kekasih hati? Fuh pasang baru sekarang siapa?" soal Hariz impress nak tahu.

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang