Bab 37

30.8K 972 12
                                        

Beberapa hari berlalu macam biasa. Hariz pulang lewat setiap hari. Hariz balik terus tidur tak mandi, tak buat apa balik terus tidur. Alya simpati tengok keadaan Hariz.

"awak tak payah kerja malam lagi lah." rayu Alya semasa Hariz bersiap untuk pergi ke tempat kerja part time malamnya. Hariz memandang Alya tajam.

"kalau aku tak kerja, apa aku nak bagi kau dengan Adam makan?" kasar je bunyi Hariz bercakap pada Alya. Alya dah biasa kena marah. Mula-mula dulu, kerap jugalah dia nangis tapi sekarang dia dah lali dengan perangai suaminya itu. Marah memang marah tapi hatinya tak pernah maksudkan begitu.

"saya bawa bekal dari rumah." cadang Alya. Hariz menggeleng kepala tidak setuju.

"aku nak bagi kau keselesaan kau tak nak. Apa jenis punya isteri ni." marah Hariz. Hariz meletakkan pomade untuk membentuk rambutnya fade sikit. Jambul bukan main tebal betul. Tak lama lagi panjang tebal lah tu. Adam ikut bapa dia lah. Bukan main tebal rambutnya tu. Alya pula nipis rambutnya.

"Awak! Awak dengan Adam pun dah buat saya selesa. Saya tak nak keselesaan lain. Awak penat. Awak perlukan rehat yang cukup." pujuk Alya. Hariz tak layan kata Alya. Dia sebaliknya sedang bersiap. Hariz membetulkan butang baju kerja t-shirt ber-kolar itu. Dia menyarungkan jam ke pergelangan tangannya.

"I'm not talking to the roots or this wall." sengaja Alya kutuk Hariz dalam bahasa inggeris. Tak nak Hariz faham. Hariz tarik senyuman senget.

"akar dekat luar rumah. Pebenda lah kau ni." Hariz menggeleng kepala kepada Alya. Alya menjeling Hariz. Baru nak kutuk dah dia faham. (Hello Alya! Hariz tu bekas top student time dia form 1 tau. Cuma sekarang dia jadi top students juga tapi top students keluar masuk bilik disiplin. Of course he knows everything.)

"Adam tidur ke?" soal Hariz. Lama Hariz pandang untuk jawapan Alya. Alya mengangguk teragak-agak. Hariz mengangguk faham.

"Dah lah aku nak pergi kerja. Makanlah dengan Adam jangan tunggu aku balik. Aku balik lambat. Itu je ok bye." Alya menyalam tangan Hariz.  Hariz tersenyum.

"Jaga rumah baik-baik. Makan jangan tunggu aku. faham ke tak?"

Alya mengangguk "tapi awak makan ke tak? Mesti awak lapar. Saya datang kedai awak kejap lagi hantar makanan eh?" Pantas Hariz menggelengkan kepalanya. Hariz menggosok rambut Alya yang tak berikat. Kusut terus rambut Alya. (mentang-mentang tinggi, sedap-sedap nak gosok rambut Alya)

"Aku pergi dulu. Bye." Hariz keluar dari rumah. Dia meneliti jam tangannya.

Pukul 6:12 petang

Hariz senyum pada Alya dan beredar menuruni tangga rumah kedai. Motornya memecut pergi ke restoran tempat kerjanya untuk shift malam.

***

Azrul melambai pada Hairul dan Aiman yang baru tiba. Hairul mengambil tempat di hadapan Azrul manakala Aiman di sebelah Hairul.

"Mirul mana?" Aiman memandang sekeliling kedai. Takut-takut Mirul sesat nak ngorat tukang buat air kelahiran Indonesia itu. (Imigran juga Mirul nak. Desperate nakkan cinta sorang perempuan macam tulah. Sebab tu sampai dia kata dia nak gay dengan Hariz. Tak dapat gadis, lelaki pun jadi)

Hairul, si ketua pengawas merupakan geng rempit Hariz, Azrul, Aiman dan Mirul juga. Tapi Hairul lain, dia pandai manage masa untuk belajar dan lepak. Tujuan Encik Faruk jadikan dia ketua pengawas merangkap ketua pelajar sebab Hairul sangat peka dan dia juga rapat dengan budak-budak bermasalah jadi mudahlah Encik Faruk nak tangkap nanti. Hairul rapat dengan Azrul dan kawan-kawannya itu kena dengan masanya. Nak kata rapat sangat tu takdelah, cuma kawan lepak memang lah.

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang