Bab 72

27.4K 973 35
                                        

Sabtu itu, Hariz kata dia nak datang sukaneka Alya. Sekolah lama buat sukan kan mesti lah nak datang. Gila tak nak datang. Dia juga nak market rambutnya yang makin panjang pada Farukki kerana dulu kerja Farukki selalu tarik rambut dia yang panjang. Sekarang Farukki tak boleh buat apa dah. HAHAHAHA!

"Man tepi sikit." arah Alya pada Aiman yang sedang nak gantung banner. Aiman bengang je dengan permintaan Alya kejap ke kanan kejap ke kiri. Stress tahu tak! (nasib lah dah jadi pembantu kebersihan rumah sukan kena terima seadanya)

"Ok cantik." Alya tengok banner-nya sendiri. Itu 100% idea dia. Hairul hanya tahu mewarnakan kan je. Tapi nak dapat nama juga.

"Thank you Man." Alya tunjuk thumbs up pada Aiman. Aiman membuat muka seperti 'alah takde apalah' (poyo pulak si man ni).

***

Hariz selesai pakai handsome-handsome. Dia keluar tengok Adam sedang duduk sambil terkinja-kinja dengar lagu baby shark dia tu.

"Dah dah lagu baby shark ni. Dah jom." Hariz menarik handphonenya dari tangan Adam. Hariz selesai kunci rumah dan keluar dari rumah.

Adam didudukkan di dalam box yang betul-betul muat dengannya. "jangan berdiri Dam. Baba tengah bawa motor ni." kata Hariz pada anaknya. Adam diam tak melawan.

Sesampainya di sekolah, Hariz ambil tempat di para ibubapa punya seat. Ramai jugalah ibu bapa yang pandang Hariz pelik. (confirm orang fikir bapa tunggal lah ni dengan beg galas lebah untuk letak pampers, botol susu dan baju lebihan Adam yang digalas Hariz)

 (confirm orang fikir bapa tunggal lah ni dengan beg galas lebah untuk letak pampers, botol susu dan baju lebihan Adam yang digalas Hariz)

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Dam duduk diam." marah Hariz dalam nada yang perlahan bila Adam mahu berdiri di atas peha babanya tapi Hariz suruh dia duduk. Adam macam mak dia lah. Kepala batu!

"Majlis akan dimulakan dengan perarakan rumah sukan Sapphire, Scarlet, Emerald dan Canary." sebut tuan pengerusi majlis. Adam nak berdiri juga last-last Hariz pun mengalah lalu dipegang badan Adam agar tak terjatuh. Sambil itu dia lihat bekas rumah sukannya, Scarlet. Dia tak pernah datang perjumpaan rumah sukan. Bagi dia benda tu buang masa.

"Tu tengok tu. Baba punya rumah sukan dulu." Kata Hariz pada Adam. (macam Adam faham pulak kan.)

***

Alya berjalan ikut Puan Yusnah untuk ambil kelengkapan rumah sukan. Dia terpandang pada tempat ibubapa punya kerusi. Dia nampak Hariz dan Adam duduk membelakanginya. Adam sedang berdiri terkinja-kinja di atas Hariz bila nampak perbarisan  dengan bunyi lagu yang merdu.

Alya nak panggil tapi biarlah mereka berdua berseronok dulu. Dia terus berjalan masuk ke stor seni untuk ambil barang.

Tasha merupakan pemain trompet pasukan pancaragam sekolah terlihat Hariz. Dia sempat melambai sebelum pengumuman untuk pancaragam masuk.

Hariz perasan ada tangan melambai padanya. Dia pun teliti tengok siapa tu.

Alya tak masuk pancaragam. Ok itu bukan dia. Hariz pandang tempat lain tak menghiraukan Tasha yang melambai. Dia sebenarnya nak cari Alya je tapi Alya tak kelihatan.

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang