Hariz menggaru kepala sambil mencari baju apa yang hendak dipakainya.
" ah pakai baju ni jelah." Hariz mengeluarkan t-shirt dengan tulisan
' Skull Is Life ' berwarna hitam."apa awak pakai ni?" Alya terkejut sebaik Hariz keluar untuk bersarapan bersamanya. Hariz memandang bajunya sebelum menjawab.
"Pakai bajulah. Takkanlah bogel."
Alya bangun dari meja makan. Dia berlari masuk ke dalam bilik mereka yang berdekatan dengan dapur. Dia keluar kembali bersama baju kemeja putih yang sudah siap digosok. "awak pakailah baju ni.Takkanlah nak pergi kerja pakai baju tu. Siapa nak ambil awak kerja?" Seloroh Alya masih memegang baju kemeja Hariz yang siap digantung Hanger.
Sedap betul kutuk aku. bisik hati Hariz.
Hariz tak cakap banyak. Dia pun menurut kata Alya. Dia kembali masuk ke bilik dan pakai baju yang digosok Alya. Alya perhatikan saja Hariz buka baju di hadapannya. Nasib Hariz pakai singlet. Hoho!
"Meh sini saya lipatkan." Alya menarik tangan Hariz. Hariz pun diamkan aje. Lepastu Alya perbetulkan kolar Hariz.
"tunduk sikit." Pinta Alya. Hariz pun tunduk di hadapan Alya bagi memudahkan Alya membetulkan kolarnya. "ok! Baba Adam dah handsome." Alya tersenyum memandang Hariz yang sangat semart! dan pandanganya dialihkan pada tubuh Adam yang sedang tidur.
"Ouh! Sebelum ni aku tak handsomelah." Alya mengangguk. Alya melontarkan senyuman gatal.
" Sebelum ni macam budak hingusan yang suruh saya lapkan hingus." Kurang ajar betul mulut si Alya ni. Nak dihempuk kang! "Wah! Wah! Sedap betul kata aku budak hingusan. Habis kau? Budak baru nak up. Kaki report dekat Farukki." Balas Hariz. Alya terdiam sebelum dia melontarkan senyuman kecil.
"Awak! Buat yang terbaik tau. Fighting." Jerit aku dipintu. Hariz yang sudah di atas motor. Cuma mengangguk faham dan menyuruh Alya untuk masuk rumah segera. Alya menggeleng.
"Before interview sebut nama Alyadam tau." jerit Alya lagi menggedik. Hariz berkerut. Alyadam?
***
"Bagus kau ni! Datang tepat pada waktunya di saat kitorang cari orang untuk mengisi kekosongan ni." cerita seorang Pegawai yang menguruskan unit sumber manusia. Hariz diam tak menjawab. Dia cuma senyum terpaksa.
" Ok sekarang bagi aku satu sebab kenapa aku patut hire kau untuk jadi despatch dekat sini. Ayat kau munasabah sikit. Jangan munafik sangat." Sempat pegawai itu berlawak tapi ternyata Hariz tak termakan dengan lawaknya. Hariz cuma diam membatu. Sesungguhnya apa yang patut dia katakan.
Alyadam hati Hariz tiba-tiba menyebut nama itu. Mulalah Idea bernas datang. Hariz menghembus nafas seketika sebelum menjawab.
" sebab saya nak sara hidup isteri dan anak saya yang semakin membesar." Terbuntang mata pegawai itu terkejut. Dia meneliti borang yang ditulis Hariz sebentar tadi kembali.
"umur kau berapa sebenarnya."
"16!" jawab Hariz pendek. Lama pegawai itu memandang Hariz yang sedang berdiri tegak tangan dibelakang macam prebet berjumpa ketuanya sebelum tergelak kecil.
"kau projek dulu ke?" tanya pegawai itu sungguh biadap. Hariz mendengus perlahan. "aah!" jawab Hariz berani. Orang itu tersenyum.
"bagus kau ni. Nasib ada sifat macam tu. Zaman sekarang ni, dah projek buang anak terus. Kesian budak tu tak bersalah. Kenapalah lahir dekat mak bapak yang celaka macam tu. Nasib kau tak tergolong." Cerita pegawai itu lagi. Hariz diam mendengar.
"ok. Aku terima kau kerja. Gaji..." Lelaki itu meneliti failnya yang lain sebelum menjawab. " seribu lima ratus." Hariz mengangguk faham. "kau mula kerja esok lah,bro. Aku tak rasa kau patut mula harini tapi esok banyak tempat lah kau kena hantar surat. Ok?" Hariz mengangguk lagi.
"Waktu kerja kau dari pukul 8 sampai pukul 5 petang. Lepastu kau kena punchcard tepat pada waktunya. Tapi kalau awal pun bagus. Kau lambat, 50 dipotong. Faham?"
"faham, Encik." jawab Hariz. Pegawai itu mengangguk suka dengan jawapan Hariz.
"Encik."
Pegawai itu memandang Hariz. Serba-salah pulak Hariz nak cakap. "kalau saya minta advance boleh tak?"
Lelaki itu berkerut. Dia memandang Hariz. "belum kerja dah minta advance ke?" Ego Hariz bagai dirobek dengan pisau bila kena menebal muka minta duit advance.
"ahh..ahh.Nak beli pampers anak." jawab Hariz. Lelaki itu mengangguk faham. Dia pun mengeluarkan dompetnya. Lama dia perhati dompetnya.
" kau nak berapa?"
" seratus jelah, Encik."
Lelaki itu mengeluarkan empatkeping duit purple dan dihulurkan kepada Hariz. Hariz tak capai duit itu.
" Encik seratus je." tolak Hariz pada lebihan duit itu. Tapi pegawai itu masih berkeras untuk menghulurkan duitnya. Takde seinci pun dia reverse kan tangannya.
" seratus memang advance dan lagi 3 ratus tu, anggap je aku derma." ujar lelaki itu. Hariz yang pada mulanya ragu-ragu untuk ambil tapi dia gagahkan diri untuk jadi muka tembok dengan menerima duit itu.
***
Alya baring menghadap kiri iaitu pada Adam sambil kepalanya ditongkat tangannya. Alya menatap lama muka anaknya yang saling tak tumpah seperti babanya. Hidung! Mulut! Kening!
Telefon Alya berdering tiba-tiba. Alya mencapai handphonenya yang bercharge dan diletakkan di telinga.
" Hello Awak."
" ahh? Ouh Adam pakai mammy poko. Tapi Mammy poko mahallah. Awak cuba beli yang murah jelah." nasihat Alyaa segera handphone ditutup. Alya merenung Adam yang seperti selalu. Berusaha untuk mencabut sarung tangannya.
" Nakalnya Adam ni. Nakal macam Baba." Alya pakaikan semula sarung tangan Adam. Tapi Adam mengelak dari dipakaikan. Alya mencapai tangan Adam dan Adam teriak menangis tak mahu dipakaikan.
" Alololo. Anak ibu jangan lah menangis. Nanti kalau anak ibu tak pakai yang ni, anak ibu sejuk. Bila sejuk Adam sakit. Bila Adam sakit, Ibu dengan baba susah hati." cerita Alya. Lantas tangisan Adam dihentikan bila Alya menyumbat mulut Adam dengan susunya.
Pintu rumah Alya diketuk kuat. Alya jadi tergopoh-gapah jadi pun perlahan mencabut mulut anaknya. Alya bersama Adam ke pintu hadapan. "sekejap." kata Alya semasa dalam perjalanan. Alya membuka pintu. Terbuntang mata bagai nak terkeluar plus terkejut Alya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Adam Iskandar
Teen FictionHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...