Bab 10

39.8K 1.2K 51
                                    

" sah "

" sah "

" sah "

" sah..Alhamdulillah "

Dengan sekali lafaz, Alya dan Hariz sekali lagi dinikahkan malam itu juga oleh Imam kawasan rumah Maksu.

Selesai urusan, Imam meminta diri untuk pulang. Sempat dia berkata pada maksu.
" Mimi! Jelas  lafaz perkataan tadi. Itu tandanya dia dah bersedia galas tanggungjawab. Alhamdulillah."

Maksu mengangguk faham.

" Boy kau boleh senyum tak?" suruh photographer itu berkali-kali suruh tapi Hariz yang tak pandai senyum tu berusaha tetap kelakar.

" senyum lah, Riz. tak suka kahwin ke?" marah Maksu disebalik kamera di sebelah photographer itu.

" senyum lah ni." Hariz senyum paksa dah macam apa dah.

" Macam ni." Alya menolak mulut Hariz sehingga membentuk senyuman. " ok handsome." Alya tunjuk thumbs up pada Hariz.

" eh jap jap." Alya berlari mendapatkan Adam yang sedang baring di baby car seat carrier. Adam digendong Hariz sebab dia nak sangat.

Satu family photo di snap!

***

Alya baring bersama Adam yang sudah wangi. Hariz keluar dari bilik air juga telah selesai mandi.

" Ubat apa dalam toilet tu?" tanya Hariz mengeringkan rambutnya dengan tuala.

" Itu jamu pantang. Ibu bagi." jawab Alya. Hariz mengangguk faham. Dia sidai tuala dan berjalan baring di sebelah Adam.

" Adam!" Hariz mengucup dahi Adam.

Sebelum ketiga-tiga mereka terlelap tidur.

****

1:23 pagi,

tangisan Adam yang menbingit memaksa Alya untuk bangun. Alya pun bangun.

Lampu sebelah katil pun dibuka. Alangkah terkejutnya dia terlihat tangan Hariz di atas muka Adam. Memang nangis lah budak tu kan.

Alya segera menepis tangan itu. " tidur pun nakal nak bergerak." Alya berkata sendiri. Dia kembali menepuk Adam supaya tidur kembali.

3:55 pagi.

Tangisan Adam buat kali kedua memaksa Alya bangun. Adam kembung perut. Jadi Alya pun sapu perut Adam perlahan-lahan. Dan memujuk Adam tidur.

4:30 pagi.

Adam menangis buat kali ketiga. Alya tahu itu pasti dia nak berak. Jadi Alya pun berjuang untuk bangun dan menyalin pampers Adam.

Sepanjang Adam menangis, Hariz langsung tak layan. dia tidur je. Tak logik langsung bila anak dia menangis, dia tak dengar. sebab tangisan Adam itu kuat.

****

" Aduhh dapat juga." Hariz syukur bila terlihat Sijil Pendaftaran kelahiran Adam yang tertulis.

Nama : Muhammad Adam Iskandar Bin Muhammad Hariz Iskandar.

Keterangan Bapa pulak dia tengok .

Nama Bapa: Muhammad Hariz Iskandar Bin Abu Hurairah
Umur : 16 tahun
Pekerjaan : ( dikosongkan )

Dan keterangan Ibu pulak dia perhatikan.
Nama Ibu: Nur Fara Alya Binti Ahmad
Umur: 15 tahun
Pekerjaan:  ( dikosongkan )

" dah dah lah tu tenung. Tahu lah happy." tegur Maksu yang sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah.

" Mana tak happynya. Anak Riz ni ibu." balas Hariz tersengih-sengih.

" ermm.yelahh." jawab Maksu mengalah. Jujurnya dia sedih sebab masih tak kahwin.

***

Alya tersenyum sebaik terlihat Sijil Pendaftaran Kelahiran Adam. Jelas wajahnya dia gembira.

" jangan nak senyum-senyum." tegur Hariz. Alya memandang Hariz.

" awak!"

" ermmm?"

" terima kasih."

Hariz senyum senget. " aku buat untuk Adam bukan kau. " Ayat Hariz memang pedas tapi Alya langsung tak endah.

" Adam suruh saya cakap."

Hariz tergelak.

" dah lah! aku nak balik rumah Ummi. Dh lama sangat dekat sini. Nanti kalau sabtu aku datang." Kata Hariz siap membungkus bajunya.

Alya menghantar Hariz sehingga ke pintu pagar. " Awak jaga diri tau." Alya menyalam tangan Hariz. Hariz mengangguk. Lalu Hariz mengucup dahi Adam.

" Adam! Baba datang sabtu nanti tau.Jangan nangis selalu. Kesian ibu." Kata-kata akhir Hariz sebelum startkan enjin motor dan pedal minyak di press kuat sebelum dia hilang dari pandangan. Alya mengunci pintu dan masuk ke dalam rumah.

Maksu menuruni anak tangga. " Hariz dah balik ke?" tanya Maksu membetulkan belitan tudungnya.

" dah." jawab Alya.

" Ibu nak pergi mana?"

" jumpa bopreng lah." Jawab Maksu.

" Eeyy. Tak habis-habis bopreng. Kahwin jelah terus."

" nanti lah." jawab Maksu lagi.

" Saya nak jumpa bopreng saya. Awak duduk rumah jaga rumah sebab awak isteri orang dan mak orang. Saya masih Anak Dara Sunti." Maksu membuat suara dan style gedik.

" anak dara sunti tak boleh balik lewat malam."

" biarlah. " Maksu flying kiss pada Alya lalu keluar dari rumah. Dia masuk semula.

" I masih anak dara you." Maksu mengunci pintu lalu beredar. Alya tergelak melihat Maksu dia.

***

Hariz tiba di rumah. Terlihat Ummi dan Abah sedang menonton tv.

" Riz baru balik nak?" tanya Puan Mariam. Hariz mengangguk. Encik Abu memandang Hariz sekilas lalu kembali pada tv.

Hariz mendaki anak tangga untuk ke biliknya. Masuk saja bilik, PS3 milik Hariz bersepah dan segala koleksi junk food milik Hariz yang disimpan bawah katil turut habis dan berkecai di lantai.

" Kimak punya Hadif." Hariz keluar dari bilik. Dia mengetuk pintu bilik Hadif bagai nak pecah sehingga dapat didengari Encik Abu dan Puan Mariam dari bawah.

" Eh sial buka lah." teriak Hariz.

" Bang. Apa tu jom tengok." Puan Mariam menarik tangan suaminya dan dibawa naik.

Naik saja mereka berdua, dia terlihat Hadif dan Hariz sedang bertumbuk.

Encik Abu meleraikan pergaduhan it terus menampar Hariz. Hariz sahaja!

" Apahal ni?" Marah Encik Abu. Hariz dan Hadif diam.

Puan Mariam berjalan ke arah Hadif.

" anak Ummi ok? Sakit ke?" Puan Mariam mengusap lembut wajah Hadif.

" Kau balik kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke?" Maraj Encik Abu pada Hariz. Hariz diam sambil tangannya di belakang.

Memang procedure keluarga Hariz. Apabila dimarahi, masing-masing akan diam dan tunduk. Kedua-dua tangan haruslah diletakkan di belakang.

" Anak tak kenang budi." satu lagi tamparan hinggap di pipi Hariz. Memang merah pipi Hariz ketika itu. tapi dia diam.
" kau berambus sekarang!" jerit Encik Abu. Hariz mengeluh senyum.

Dia menggaru kepala dan beredar dari situ.

*another update

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now