Bab 26

30.4K 1K 12
                                    

Alya memerhati Hariz menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Adam nyenyak sejak dia habis masak masih tak bangun lagi. Jadi biarkan lah dulu dia tidur. Confirm malam ni kena jaga malam melayan dia tak nak tidur.

Hariz perasan Alya pandang dia muka semacam takut-takut. Hariz tahu kelemahan Alya ialah eye contact jadi dia pun eye contact dengan Alya. Tergopoh Alya makan sampai air hampir tumpah sempat Hariz tahan.

"Handsome sangat ke aku harini?" ujar Hariz pegang pergelangan tangan Alya. Alya terkejut. Dup Dap! Alya berdebar turun naik dada dia. Hariz tergelak besar tengok Alya macam tu.

"Asal kau?" Tanya Hariz suara mula perlahan. (Try nak cakap lembut-lembut dengan bini ke bang).

Alya menghembus nafasnya. "saya bagitahu Tasha dengan Afiq pasal kita." cerita Alya. Terkejut Hariz pandang Alya geram lama. Macam nak telan pun ada. Gulp!

"asal kau bagitahu dorang?" Alya diam. Takde idea nak berbahas dengan Hariz bila nampak muka scary dia. Yang ada di mindanya hanyalah matilah nak!

Gulp! Gulp! Gulp!

Hariz menghentak mejanya kuat. Bunyi pinggan kaca berlaga mengejutkan Alya. Waktu sekarang ni lagi dia takut dengan Hariz.

"susah lah kau ni. Suruh buat benda mudah pun susah. Bod...." Hariz diam. Hampir saja dia lepaskan carut itu tapi dia diam. Dia pandang Alya yang duduk diam tahan tangis dia. Muncul perasaan bersalah dalam diri Hariz.

Hariz mengeluh kuat. Dia cangkung depan Alya. Dia pandang Alya yang mata berkaca. "Sorry." Hariz seka airmata Alya dia pun menarik Alya ke dalam pelukannya. Terus kuat tangisan Alya.

Ada banyak kelemahan Hariz, Alya nampak. Dan kelemahan Alya, Hariz nampak merapatkan lagi hubungan mereka.

***

Alya berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah seperti biasa. Dia lah murid paling awal sampai. Dia masuk ke dalam kelas. Dia masuk dan terkejut dia bila lihat Shah di dalam kelas juga.

Shah nampak dia. "Hi princess." ucap Shah. Alya membuat senyuman kelat. "ouh...h-hai." Lambat pula balasan dari Alya. (Siapa pulak princess ni)

Alya duduk di mejanya. Dia keluarkan buku Prinsip Perakaunan Bab 1 untuk mengulangkaji pelajaran. Shah datang ke sebelahnya bersama beg. Alya pandang Shah.

"Saya nak duduk sini boleh?" Alya mengangguk tapi acuh tak acuh jela.

kenapa pulak dia ni. bisik Alya.

Shah pandang Alya tangan tongkat pada dagunya dan terus-terusan pandang Alya lepastu tersenyum sendiri. Creepy betullah Mamat ni.

"kenapa awak pandang saya macamtu?" Malu Alya. Shah menggeleng kepala tanda macam 'takde ape' lepastu tersenyum-senyum. Alya tak selesa duduk. Dia memandang keluar tingkap kelas. Dia nampak Farina iaitu bekas penolong ketua kelas semasa dia form 3 sedang berjalan. Alya dan Farina tak rapat tapi bila Shah dah jadi Psycho ni, siapa je takut.

Farina pun Farina lah Bisik Alya 

"Farina!"

Farina toleh pada kelas itu. Alya mengangkat tangan dan terus berlari meninggalkan Shah dan ke arah Farina diluar kelas.

"kenapa ni Alya? Awak ok ke?" Tanya Farina selepas lihat muka cemas Alya. Alya termengah-mengah. Alya pandang ke dalam kelas. Dia lihat Shah berkerut memandangnya. Alya menarik tangan Farina agar dia tak nampak lagi kelibat Shah atau badannya atau hidungnya pun.

"kenapa ni?" soal Farina lagi selepas soalannya tiada jawapan dari Alya. "takde ape. Classmates Alya cakap, pagi-pagi ada hantu dalam kelas tu. Shah pulak cerita pasal hantu. Itu yang Alya lari tu." Alya temberang.

"Shah? Siapa Shah?" Farina mengerutkan dahinya. Bulu roma Alya mula naik.

"yang dalam kelas tadi tu." Alya menunjuk ke arah kelasnya. "takkanlah good looking macam tu awak tak kenal?" tambah Alya lagi.  "tak kenal pun." ujar Farina.

"Dia budak baru ke?"

"eh taklah. Dia cakap dia dah lama sekolah sini. Even Alya pun tak pernah nampak dia." bidas Alya. Farina berkerut.

"Shah...Shah...Shah." Farina cuba mengingati siapakah Shah ni. Tangan diletakkan di dagu untuk ingat.

"Yang Farina kenal sama form dengan kita Shahin Ariff  dengan Shah Komeng. Tapi Shah Komeng dah kena hantar sekolah kampung dan yang tinggal Shahin Ariff jelah. Tapi orang panggil dia Ariff bukan Shah. Lepastu Ariff tu dulu nerd." cerita Farina dengan ilmu pengetahuannya yang hafal semua nama murid satu batch dengan dia.

"Ariff lah kot. Muka macam familiar je." ujar Alya lagi.

"Alya!" jerit Shah dari belakang mereka. Alya menoleh dia terkejut segera dia menarik lengan Farina supaya mereka jalan cepat dan tak bersemuka dengan Shah yang akan menjadi deskmate-nya. Lol!

Farina toleh belakang. Bila di tangga, Farina berhenti.

"Yes! Saya ingat dia. Suara dia macam...macamm..." Farina memetik jari konon bersungguh nak ingat. Alya memandang Farina seperti interested untuk tahu siapa dia.

" Ni ha.. anak PIBG sekolah yang Chindian masuk islam tu. Tapi nama dia Qalif Ren Shabbar. Mana pulak datang Shah tu?"

"Shabbar?"

"yes lah. Ayah dia kan Indian yang handsome tu of course lah nama pun Indian. Mak dia chinese tapi dua-dua convert muslims." Cerita Farina serupa Joyah Maklumat.

"tak.tak. maksud Alya tu Shah tu kan macam Shabbar. Kot dia ambil dari Shabbar terus jadi Shah." Bidas Alya. Farina pandang dia tak puas hati dengan jawapan Alya itu.

"yeke?" Farina masih tak percaya. "Tapi dulu Qalif...i mean Shah tu dia ada palat dekat pipi besar. Palat hidup. Then pakai spect. Tapi kenapa sekarang dah handsome?"Fikir Farina. Ramai murid yang baru datang sekolah pandang pada mereka yang berbual di tangga.

"Dia dah buang lah tu." teka Alya. "boleh ke buang?"

"Boleh lah. Lagi-lagi tahi lalat tu hidup. Lagi senang buang."

"ouh yeke. Baru Farina tahu. Nanti nak try lah."

Alya pandang wajah Farina pelik. "Farina takde tahi lalat pun."

"ada! Dekat leher. Itu yang Farina pakai tudung tu sebab malu tapi lepasni dah boleh tanggal tudung balik sebab tahi lalat dah takde. Yeahh! Bye." Farina mendaki anak tangga untuk ke kelasnya meninggalkan Alya. Alya menggeleng kepala saja lihat kegedikan dan lenggok badan Farina naik tangga. Gedik!

Semasa berjalan ke kelas, Alya terlihat Tasha jalan tunduk lalu di hadapannya. Mungkin Tasha tak perasan dia. Jadi dia pun menegur Tasha. Tasha pandang Alya lepastu segera dia nyorokkan balik matanya yang bengkak. Nasib Alya sempat nampak matanya.

"Weh. Kau kenapa?" Alya pegang bahu Tasha supaya Tasha tak lari. Tasha menggeleng kepala sementara mukanya masih pandang bawah. "gaduh dengan boyfriend eh?" teka Alya. Tasha menggeleng.

"habistu?"

"Boyfriend aku dah jadi suami orang." Tasha menangis. Alya terkejut terus tarik Tasha ke dalam pelukannya. "shh. dah dah. Move on jelah Tasha." Pujuk Alya. Tasha masih nangis di bahu Alya.

"Kau tak faham. Aku sayang dia." ujar Tasha dibawa dengan tangisannya. Alya sebak tengok kawan dia itu nangis. "siapa lelaki tu?" tanya Alya meleraikan pelukan Tasha. Dia pandang Tasha. Muncul perasaan dendam dekat lelaki yang telah menyakitkan hati kawan baiknya itu.

"Hariz Iskandar." 

*anotherupdate




Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now