Bab 47

28.4K 925 30
                                    

"Korang! Inilah budak Shah tu." Radhi perkenalkan kepada mereka. 'Shah' itu memandang Hariz terkejut. Begitu juga Hariz memandang 'Shah' atas bawah. Pandangan seperti aku kenal dia ni. Alya diam tapi masih terkejut. Ye muka dia sebijik macam Shah yang dia kenal.

Radhi dan 'Shah' mengambil tempat di sebelah Aiman
"Eh?" Azrul, Mirul dan Aiman terkejut. Mereka meneliti muka 'Shah' yang senyum pada mereka.

"Kau Shah? Habis yang scandal Alya tu? Shah juga kan?" Mirul pandang Azrul. Mulutnya langsung tak boleh dikawal langsung mulutnya ditutup Aiman pantas.

"Errmmm ermmm." Mirul membuat bunyi apabila mulut dirapatkan dengan tangan Aiman. Aiman membuat isyarat mata ke arah Hariz di hadapannya. Mirul muka terkejut. Mirul alih pada Alya, dah sudah laki bini pandang Mirul dengan pandangan maut. Aiman melepaskan tangannya bila Mirul tepuk tangan dia suruh lepaskan

"aku salah cakap ke?" bisik Mirul pada Azrul. Azrul tunjuk jari suruh diam. Mirul menurut. Dia gumamkan bibirnya dan pandang pada entah ke mana.

"Tujuan aku ajak kau dengan Alya datang sini, sebab aku nak minta maaf dekat korang. Aku tahu aku banyak dosa dekat korang terutama Alya." insaf Athirah. Mereka semua diam tak bersuara. Hairul lagi tak nak ada kena mengena sebab dia langsung tak masuk campur dalam buat hal gila sebegitu rupa.

Athirah menarik nafas dalam sebelum meneruskan bicaranya. "Aku lah yang jerat kau masukkan pil dalam air kau. Aku tipu kau kata aku dah berubah sebab aku tak puas hati bila kau tangkap aku berkhalwat dengan Azrul dalam tandas. Jujur aku salah." Athirah berhenti. Dia pandang pada Alya sayu. Alya diam membisu tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Jujur dia marah kerana Athirah dah rosakkan impian dia. Alya pandang ke tempat lain menahan tangisannya dari turun.

"Shah? Awak bagi air tu pada siapa?" soal Athirah. Belum sempat 'Shah' itu jawab, Hariz sudah mengaku bahawa dirinya lelaki yang kena benda tu. "dan Alya juga dah lahirkan ANAK aku." sengaja anak tu dia kuatkan. Dia sedang marah tapi apa dia boleh buat.

"Hah?" serentak semua terkejut. Mereka berpandangan sesama sendiri. Hariz pandang Alya. "Aku bertanggungjawab ke atas anak aku sendiri." kasar suara Hariz. Hariz tersenyum senget.

"Riz sabar Riz. Bukan Athirah je aku pun   ada kena mengena. Aku tahu dia rancang." Azrul defend Athirah. Tak nak hanya Athirah dipersalahkan.

"Aku pun salah."

"Aku tahu."

Hairul diam.

"Tak sangka kawan aku perangai sial macam tu. Sanggup sebab benci? Kau fikir Alya apa? Kau benci dia, kau biar orang rogol dia? Manusia apa korang ni." bentak Hariz mengamuk. Semua pengunjung di restoran itu tertumpu pada Hariz yang sudah berdiri. Alya menarik lengan Hariz suruh duduk kembali. Airmata nya mengalir tak henti.

"Ya! Awak fikir saya nak diam ke orang khianat awak macam ni?" Hariz bercakap dengan Alya dalam suara yang mendatar.

"Riz! Duduk dulu benda kita bincang. Kau marah pun takde guna." Hairul berusaha menenangkan Hariz. Hariz menepis tangan Hairul. "Kalau aku tak nak kau nak buat apa?" tengking Hariz keluar suara garaunya yang kuat.

"Bro kau nak mengamuk takde gunalah." Radhi pula menenangkan tapi Hariz tak layan.

"Sial bodoh semua. Menyesal lah aku panggil korang kawan. Bodoh! Kalau Alya kena dengan orang lain? Kau rasa apa akan jadi dekat diri Alya. Fikir dulu Sial." tengking Hariz keluar semua kejantanannya. Alya takde kudrat lagi nak halang Hariz. Hariz masih dengan barannya dan mereka semua tunduk.

"Awak. Please saya merayu jom kita balik." Pujuk Alya menarik baju t-shirt Hariz. Hariz memandang Alya. Dia mendengus kasar. Dia menarik lengan Alya lalu beredar dari situ. Di atas motor, Hariz memandu motor laju straight ke rumah mereka.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now