Bab 28

31.8K 1K 17
                                        

Hariz balik kerja lewat malam itu kerana banyak tempat perlu dihantar surat. Dia tiba di rumah kira-kira sepuluh malam jadi memang lewatlah. Hariz masuk memberi salam tiada balasan. Pastinya kedua-dua manusia tu dah tidur. Hariz masuk ke dalam bilik. Dia memandang pada Alya dan Adam yang sedang tidur.

"esok sabtu tu pun tidur awal?"

Hariz meletakkan dompet dan kunci motor di meja di sisi katil. Dia terus mengecharge handphone.

Tak lama kemudian, Hariz rebah di sebelah Adam. Dia menanggalkan bajunya macam biasa dan kembali baring mengikuti Alya dan Adam yang sedang nyenyak tidur.

Pagi-pagi lagi, Alya bangun untuk membuat sarapan. Bunyi senduk dan kuali berlaga cukuplah menjadi alarm Hariz. Dia terjaga dari tidur. Di pandang kanan, anaknya sedang tidur. Hariz berjalan keluar dari bilik. Dia terpandang Alya masak. Ditanya masak apa? Tak jawab sebaliknya senyum sokmo joh deh!

Hariz pergi ke arah fridge. Dia nak capai apa yang dia rasa dia nak capai walaupun tak gosok gigi lagi. "your place is not here. So go away or take care of sleeping Adam. You're not supposed to be here. Ok." Alya menarik tangan Hariz keluar dari dapur. Hariz pelik dengan Alya tapi dia akur jua lah Alya tak bagi dia masuk dapur pun.

***

"Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Baba, Happy Birthday to you. Yeah!!" Alya control tangan Adam untuk menepuk tangan pada Hariz. Adam tersenyum gatal. Kek kecil di hadapan Hariz ditiup. Hariz tersenyum terharu bila Alya ada masa yang sesuai untuk buat kek ni.

Tangan Adam terus mahu mencalit krim kek Hariz tapi pantas ditarik tangan kecil itu oleh Alya. "No!" marah Hariz. "Kek ni baba punya." Hariz tarik tutup kek seolah-olah tak bagi anaknya sentuh kek kepunyaan dia tu. Adam membuat muka sedih. Dia muncungkan mulutnya dan maka terlepaslah tangisannya.

"Adam boleh rasa ke?" Hariz pandang Alya. Alya serba salah tak bagi anaknya. Dia lambat mengangguk teragak-agak juga. Agak-agaklah kecil lagi kot dah bagi makan manisan.

"bagilah sikit." kata Alya. Hariz mencalit krim dari keknya sedikit dan dihulurkan pada Adam. Adam mengeluarkan lidahnya. Adam yang duduk di pangkuan Alya gelak gatal dan melompat girang bila dapat rasa kek hari jadi babanya.

"Suka pulak dia." Hariz mencubit pipi Adam. Adam tersenyum menampakkan dalam mulutnya yang takde gigi.

"potonglah kek." pinta Alya. Hariz pun potong kek dan merasai keenakan kek yang Alya buat. Hariz menunjukkan thumbs up sedap bermakna Alya telah buat kek yang sedap. Alya tepuk tangan Adam girang.

mereka menikmati sarapan dengan kek Hariz tulah. Hariz tak bagi Alya sediakan sarapan lain kerana bagi Hariz semua itu membazir. Makan saja apa yang ada. Alya menyuapkan sedikit-sedikit kek ke dalam mulut Adam yang sedang di pangkuannya.

"awak!" tegur Alya setelah suasana hening. Hariz tidak menjawab dia cuma pandang Alya. Alya tersenyum gedik tiba-tiba.

"Kelmarin saya tak boleh tidur lepastu saya rasa ada benda bisik dekat saya dia kata dia sayang saya."

Tersedak Hariz. Air kopi depan mata, dia capainya air lain dari dapur. Alya tergelak kecil. Sengaja dia mengatakan begitu ternyata Hariz mudah gelabah dan confirm malu tu.

Handphone Hariz berbunyi. Alya serba-salah nak angkat tapi...
"awak! saya angkat call awak eh?" jerit Alya dari meja makan. "siapa call?" jawab Hariz dari dapur.

Alya melihat skrin "Kaklong!"

"angkat lah." alya terus mengangkat call itu.

"Hello Kaklong." ucap Alya merapatkan telefon Hariz ke telinganya.

"Ohh..Okay. Pukul berapa? Ouh ok." Alya menutup call. Hariz kembali duduk di meja makan. Dia memegang Adam dan letakkan di pangkuannya. Giliran Hariz pula menyuapkan kek itu sedikit pada Adam. Adam menadah mulut tak kenyang-kenyang.

"Kaklong nak apa?"

"Kaklong ajak dinner malam ni satu family celebrate birthday awak." balas Alya. Hariz takde expression. Memang setiap tahun begitu.

Alya mengemas piring kek dan dibawa di dapur untuk basuh.

"Ironman tickles Superman." Hariz terus menggeletek perut Adam. Adam ketawa gatal.

****

Kaklong mengambil Hariz, Alya dan Adam di rumah. Hariz dan Alya masuk ke dalam kereta. Adam diletakkan di dada Hariz di dalam carrier.

"Hi Superman." panggil Kaklong melambai pada Adam. Adam suka dia dipanggil dengan panggilan superman oleh semua orang.

Kaklong membawa kereta sampai tiba di mall. Di sana, mereka bersemuka dengan Hadif, Puan Mariam dan Encik Abu. Encik Abu menjeling Hariz dan cucunya. Hafiz takde sebab dah fly pergi Japan belajar technology.

"Kita makan dekat TGi Fridays jela." Mereka masuk ke dalam restoran tersebut. Encik Abu duduk di meja yang berlainan dengan mereka. Adam diletakkan di atas meja setelah mereka meng-order makanan.

"Alya macam mana dekat rumah baru ok ke?"  Alya mengangguk pantas. Sesungguhnya dia tengah bahagia lah tu. Dia memandang Hariz di hadapannya. Hariz takde ekspresi.

"Hariz macam mana ok?" Hariz mengangguk saja. Dia pandang ayahnya yang sigh. Adam ternampak kunci motor Hariz yang Hariz bawa ke mana saja. Adam pinta Hariz kunci itu dengan bahasa alien tapi tidak diberikan Hariz. Terpandang pula muka Alya yang garang, Hariz segera menghulurkan kunci itu pada Adam. (Haih! Takut bini ke bang.)

Adam bermain dengan kunci itu. Melihat gelagat Adam, telah melunturkan perasaan marah Encik Abu  sedikit demi sedikit setiap hari tambahan pula, Adam yang duduk sekejap di rumahnya. Tiang ego-nya bagai dirobek pisau pabila dia lihat kenakalan  Adam tak kena dengan umurnya.

Adam masukkan kunci itu ke dalam mulutnya nak kemam tetapi pantas ditahan Hariz. "No!" tegas juga suara Hariz. Adam membuat muka sedih. Dia memuncungkan bibirnya.

"jangan lah marah anak. Tengok dah merajuk." tegur Alya menjeling Hariz.

"entah kau ni." tambah Kaklong.

"mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Perangai Riz lah dia ikut. Suka kemam benda." sampuk Puan Mariam pula.

Hariz pelik bila semua nak sokong isterinya. Boleh tahan Alya ni. Jampi apa dia bagi Kaklong dengan Ummi ni. Hariz bermonolog dalaman.

Suasana dinner satu family malam itu berjalan dengan baik sekali walaupun Encik Abu masih mempertahankan kubu egonya walaupun diserang dek kecomelan Adam.

Kaklong menghantar Alya dan Hariz pulang sebelum pulang ke rumah. Hariz mendaki anak tangga sambil Alya mengendong tubuh Adam yang sudah terlena sejak di restoran tadi. Penat sangat buat nakal, itu yang dah lelap dah.

***

"Abang! Comelkan cucu kita." tersenyum Puan Mariam teringatkan gelagat cucunya tadi. Encik Abu diam seribu bahasa. Dia masih fokus pada pembacaannya.

"Bang! Yang penting suami Yam bukan tunggul kan?" Puan Mariam semakin geram bila dia tidak dilayan suaminya. Encik Abu menghembus nafas perlahan. Dia menutup bukunya dan meletakkan di meja di sisi katil.

"Awak dah suruh abang pergi celebrate birthday budak tu, abang buat abang ikut. Awak nak apa lagi Yam?"

"Saya nak abang maafkan anak kita. Dan terima anak menantu dan cucu kita." Balas Puan Mariam baring membelakangkan suaminya.

"Malu saya belum pudar. Janji dia pada saya belum dia tunaikan. Macam mana saya nak percayakan dia dan maafkan dia." sesungguhnya suaminya adalah lelaki yang berpegang dan sanggup mati kerana janji. Selagi janji Hariz padanya dulu belum ditunaikan, dia takkan maafkan Hariz.

*






Kerana Adam IskandarCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang