Bab 14

38.2K 1.2K 50
                                        

Alya keluar dari bilik setelah berjaya tidurkan hero yang baru lepas meleleh. Hero sorang lagi memang dari tadi lena tidur.

Maksu tinggal di rumah suaminya untuk malam ni. Jadi Alya kesepian takde geng gosip. Alya pun pergi ke dapur memandangkan perut dia tiba-tiba nak karaoke pula.

***

Hariz terjaga kembali bila bunyi deringan handphonenya berbunyi. Hariz pun mengangkat call.

" Hello Rul."

" kat rumah."

" Isnin? ouh ok ok."

Hariz kembali menutup call. Dia baring semula di katil. Dia memandang kanannya. Adam yang sedang tidur. Dia mencium dahi Adam lantas bangun dan keluar dari bilik.

Dia mengintai di dapur. Alya sedang masak. Hariz pun labuhkan punggungnya di sofa. Tv pun di on.

***

Alya terdengar bunyi orang buka tv. Jadi dia pun datang ke ruang tamu sebentar. Kelihatan Hariz yang sedang tengok tv .

" awak nak makan?" tanya Alya. Hariz menoleh dan mengangguk.

Tv segera di off kembali. Hariz mengikut Alya ke dapur. Masing-masing lapar sebab dua-dua tak makan lagi dari kenduri maksu lagi.

Hariz duduk di meja makan sementara menunggu Alya tolong cedokkan nasi dan lauk. Hariz kelihatan biasa. Kadang-kadang terfikir juga Alya.

muka biasa je. Macam tak ikhlas je nangis tadi tu. Dasar memang dia ni tak tahu apa erti nangis. Airmata keluar tapi muka macam entah apa-ape je. bisik hati Alya.

" kau pahal pandang aku macam tu? Nak siku?" Hariz menunjukkan sikunya. Alya mengangkat kening dekat Hariz macam ' dont care'

" mana kau belajar masak?" tanya Hariz yang sedang mengunyah nasi di dalam mulutnya. Alya tidak menjawab sebaiknya dia biarkan dulu nasi ditelan baru jawab

" Ibu ajar."

Hariz mengangguk faham.

****

" sayang! kita pergi rumah Along I dulu eh?" ujar Maksu pada suaminya, Asyraf.

" ok. " jawab Asyraf.

Asyraf tu seorang askar sama seperti bapa Hariz, Encik Abu Hurairah. Dan Asyraf juga muda 9 tahun dari Maksu tapi dia boleh cakap pada Maksu semasa nak ngorat Maksu dulu.

" Cinta tak kenang umur. Yang penting keikhlasan hati saya untuk mencintai awak." Asyraf memang mamat jiwang terunggul.

***

Alya bangun dari tidur seperti biasa. Semenjak Adam dilahirkan, Alya dah tak boleh tidur lena kalau nak tidur pun, tidur-tidur ayam. tapi yang peliknya si mamat factory taik mata ni tidur langsung tak bangun. Tidur mati betul dia tu.

Kedua-dua hero dibuai mimpi. Jadi biarlah mereka. Alya pun mencapai tuala dan masuk ke bilik air.

***

Puan Mariam termenung sendiri di ruang tamu. Dia terkilan dengan perilaku Hariz yang semakin melampau.

" Ummi." ucap Hadif masih menguap dan tak mandi dan terus datang pada Umminya dan peluk wanitu itu.

" Busuknya anak Ummi ni." Puan Mariam memeluk anak kesayangannya itu menepuk-nepuk lengan Hadif.

Hadif memang manja dengan Puan Mariam. Dan sekarang dah akil baligh dan masuk form 2 siap cakap ada girlfriend pun masih peluk-peluk umminya.

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang