Alya masuk ke dalam kelas. Dia terkejut bila terlihat Shah sudah sampai sekolah. Shah pandangnya lalu melontarkan senyuman. (Handsome weh budak Chindian)
"Hi Alya!" tegur Shah. Alya senyum kelat. Dia mengambil tempat di sebelah Fatimah yang belum datang sekolah lagi.
"Semalam saya nampak awak naik motor dengan Hariz." kata Shah bangun dan duduk di kerusi di hadapan meja Alya. Dia pandang wajah Alya sedalam-dalamnya. Alya diam tak menjawab. Dia buka buku Math sengaja nak throwback kisah dimana dia belajar subjek math dengan Hariz. Sungguh kelakar!
"awak ini lah jawapan dia." marah Alya menunjukkan jawapan sebenar jalan kira quadratic expression.
"Eh betullah ni. lima x ni tolak kan dia." bentak Hariz menunjukkan macam mana dia dapat jawapan ni.
"saya ajar awak ke awak ajar saya ni. Saya tahu lah saya dah belajar dekat sekolah ok." marah Alya. Hariz dah geram.
"mukasurat belakang tu jawapan bukan betul sangat. Kau fikir kerajaan nak bagi yang betul ke. Kalau betul, baik aku tiru belakang dari tadi."
Dua-dua manusia malam itu keras kepala. Tapi banyak kali jawapan Alya dibetulkan Hariz kerana jalan kira Alya salah. Jadi yang sepatutnya mengajar pulak yang diajar.
"Saya tengok awak lain je." kata Shah mengejutkan Alya dari lamunannya. "lain apa?" pelik Alya mula focus pada Shah pula.
"Awak join budak rempit dengan samseng sekolah. Awak couple dengan dorang? Dorang tu semua penghancur masa depan. Lepas dorang dah dapat awak dorang akan tinggalkan awak dan bertanggungjawab. Itu criteria budak rempit." cerita Shah membuatkan telinga Alya semakin panas.
Hello! Hariz tak macam tu. Dia sanggup berhenti sekolah sebab dia nak bertanggungjawab keatas benda yang kami tak sengajakan dan dia sendiri tak sedar tapi dia tetap nak bertanggungjawab. marah Alya sambil bermonolog dalaman.
"Awak! Tak semua budak rempit yang macam awak cakap tu." tegah Alya. Shah senyum senget.
"Semua! The entire group are the same. They are just rubbish. Sampah Masyarakat." marah Shah dalam suara agak perlahan. Tahan tak tahan Alya keluar dari kelas. Dia terkejut kerana diluar kelas ada Azrul.
Azrul mencampakkan begnya dia berlari ke arah Shah.
"Setan! Kau sebenarnya sampah masyarakat bodoh." Azrul sudak mencekak kolar baju Shah. Shah terkejut pada mulanya setelah itu dia tersenyum. Alya berlari masuk dalam balik.
"Azrul dah. Jangan mulakan." pujuk Alya menarik lengan Azrul dari kolar baju Shah tapi tak diendahkan.
"Kau sampah masyarakat. Kau terasa ke bodoh?" jawab Shah. Shah seperti tak takut. Azrul dah panas. Hatinya panas lalu satu tumbukan mengena di mata Shah. Shah jatuh menyembah lantai.
Shah bangun baru nak lawan balik tapi mereka dihentikan dengan ramai murid menghalang. Aiman dan Hairul, ketua pengawas pegang Azrul manakala Shah dipegang dua pengawas lelaki.
"Sabar Rul." Hairul tenangkan Azrul. "Manusia celaka ni sampah masyarakat." marah Azrul.
Selepas rundingan baik, Hairul bersetuju untuk tak bagitahu pengetua. Hairul, Azrul dan dua pengawas lagi beredar dari kelas Alya. Alya menjeling Shah. Dia duduk di meja sebelah Fatimah.
"Alya! Saya minta maaf." ucap Shah di hadapan Alya. Alya tak layan. "Saya takde kawan selain awak. Awak tahu kan sekolah ni racist. Hanya awak je nak kawan dengan saya. Saya tak nak hilang kawan." pujuk Shah melutut depan Alya dan telah menakutkan Alya. .
"Awak! Apa awak buat ni. Bangunlah."
"tak! Saya takkan bangun selagi awak tak maafkan saya."
Alya melepaskan keluhan panjang. "ye! Saya maafkan awak tapi jangan panggil saya Princess."
ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Adam Iskandar
Teen FictionHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...
