Bab 39 (The Azrah)

31.8K 1.2K 15
                                    

Hariz Hariz Hariz.

***

Hariz mengisi borang di atas meja sambil diperhatikan Alya yang sedang menyusukan Adam.

"Alya! Kau pergi ambil bil air tu. Aku tak ingat alamat rumah." suruh Hariz. (teruk betul lah Hariz ni. Alamat rumah pun tak ingat) Tangannya masih leka menulis. Pandai juga Hariz ni baca bahasa inggeris pada borang tersebut. (come on! bekas top students kot)

"Wak! Adam tengah susu. Pergi lah ambik. Nanti buncit cepat baru tahu." seloroh Alya. Hariz menghentak pen dan mencari bil air di tempat letak surat yang diletakkan bawah rumah kunci.

***

Hariz bersiap. Dia sudah selesai pakai seluar tapi baju kemeja putihnya sedang digosok Alya. Sementara tunggu. Dia pun berhenjut dengan Adam di atas katil.
"Baba datang. Baba datang. Geletek Adam." Hariz menggeletek Adam. Adam tergelak gatal. Dia tergelak besar. Harini Alya cuti sekolah kerana katanya dia nak tunggu berita gembira bila Hariz pulang kerja nanti. Jadi harini, mereka hanya duduk di rumah.

"Amboi! Happy-nya." Alya menyangkutkan baju kemeja Hariz di almari. Dia pun join sekali. Berguling-guling Adam ke kiri ke kanan. Di kiri baba di kanan Ibu. Dia tak tahu nak lari mana dah.

"Halyadam! Jangan lupa nama tu sebelum awak masuk bilik interview." Alya memberikan semangat. Hariz mengangguk faham. Dia tersenyum pada Alya.

Hariz tadah pipi. "apa tu?" Alya mula jijik. "cium cepat" Pinta Hariz masih lagi menadah pipinya. "Eeyy. Tak nak lah." tolak Alya. Hariz tergelak besar.

"sape? Engkau ke? Tak! Aku minta dari Adam." Malu Alya dekat situ. Dia pun menghulurkan mulut Adam dan hinggap ke pipi Hariz.

***

Azrul perhati Shah berjalan ke kelas dari kantin bersama Tasha dan Afiq. Wajahnya jelas menunjukkan kebencian. Ikutkan hati, nak je dia terajang tapi Hairul dah amaran awal-awal tak bagi dia buat hal kerana ada mulut cilanat bagitahu Encik Faruk insiden pergaduhan antara Azrul dan Shah tapi  Hairul berusaha meyakinkan Encik Faruk bahawa itu salah faham kecil dan dia dah leraikan. Sekarang, Encik Faruk mula perhatikan tingkah laku Azrul dan kawan-kawannya kembali. Azrul kisah apa! Pergi mampus semua orang! (itu dia cakap. Saya tak cakap)

"muka serupa pantat je." bengang Azrul pada Shah. Boleh pulak dia gelak dengan Tasha dan Afiq. Apalah yang dorang borak tu.

Athirah lalu di hadapan Azrul tiba-tiba. Azrul terus menyentap tangan Athirah. "Sedap kau!" ujar Azrul pada Athirah. Athirah minta dilepaskan tapi tangan Azrul lagi kuat mencengkam lengannya.

"apa ni? Lepaslah!" marah Athirah berusaha untuk lepas. "Apasal Capeng cari aku sial. Kau yang berurusan dengan dia. Asal aku kena?" marah Azrul pada Athirah. Mirul dan Aiman kebetulan takde bersama Azrul. Jadi Azrul boleh buat apa saja dekat Athirah tanpa ada orang menghalang. Nasiblah Azrul dengan Athirah dekat belakang blok sekolah.

"Itu kau pulak lah. Kau dah lupa yang perempuan murah tu tangkap kita. Kita plan nak balas dendam dan sekarang kau nak letak semua benda dekat aku?" Balas Athirah. Azrul pandang Athirah dengan muka bengis.

"Itu idea kau. Semua benda kau yang rancang termasuk aku terjerat buat dengan kau dalam tandas juga. Kau perangkap aku supaya aku putus kawan dengan Hariz kan!" sangka Azrul tengking Athirah. Athirah seperti nak nangis kerana semakin Azrul marah, semakin kuat cengkaman itu. (cengkaman lelaki, tahu jelah sakit dia macam mana)

"Sekarang kau nak letak salah semua dekat aku ke?Kau tak ingat ke kau pun setuju dengan semua perancangan aku dan sekarang kau nak lepas tangan pulak ke?" bidas Athirah.

"Memang! Perempuan murah macam kau, tak layak untuk dipandang tinggi. Kau layak jilat kaki aku je. Jadi bini aku pun aku tak sudi. Sebab kau kotor. Busuk dengan bau-bau lelaki yang kau pernah tidur. Semua salah ini datang dari kau!" kutuk Azrul seperti dirasuk setan. Setan itu telah menguasai diri Azrul.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now