Alya berombak. "Kau takut ke?" Soal Hariz. Alya tak jawab dia pun terus tutup lampu sisi.
"Bismillah." sebelum Hariz mulakan langkahnya membuatkan Alya tergelak. Alya tergelak besar. Hariz berkerut.
"Awak ni lawak lah."
Kau gelakkan aku kan. Siap kau nakal fikiran Hariz berfikir.
Adam menangis tiba-tiba. Alya terus nyalakan lampu. Position Hariz di atas Alya jelas kelihatan dari sinaran lampu. (tapi siapa je nampak dorang selain dorang berdua) Alya terus menolak Hariz jatuh ke katil semula. Alya bangun mendapatkan Adam. Dia pun mendodoikan Adam tidur lagi. Sempat dia memandang Hariz tapi samar-samar. Hariz sedang baring menelentang.
"Awak sorry saya tolak." pujuk Alya sedang dodoikan Adam tidur. Hariz pusing membelakangi Alya
"Kau tidur jelah. Aku mengantuk pulak." kata Hariz. Dia pun berusaha untuk lelap hakikatnya tak lelap pun lagi. Elok tadi dah minum nescafe extra presso. (lol sanggup)
Alya membaringkan Adam di sebelah Hariz. Kembali ke katil tempat asalnya semula. Alya mencium dahi Adam. Setelah tu, tangannya mengusap kepala Hariz yang spike yang dah letak pomade tu. "Sorry." bisik Alya
***
Azrul berjalan masuk ke dalam kedai. Dia meng-order makanan untuk dibungkus. Dia pun menunggu makanan mamak sementara tu, Azrul buka phone Wallpaper atas motor dengan Athirah. Dia sedang membawa motor. Athirah baring di bahunya tersenyum comel bila berselfie. (bahu jelah ni kena snap bukan muka dia?)Azrul tersenyum sendiri.
"Hoii!" tegur Mirul duduk di meja depan Azrul. Azrul terkejut dia terus lock handphone (tak nak Mirul nampak ke Bang!)
"Bodoh lah kau. Terkejut aku." marah Azrul pada Mirul. Mirul menjuihkan bibir. Dia mengangkat pada orang yang berjalan dibelakang Azrul. Azrul menoleh nampak Hairul dan Aiman.
"Woo!" jerit Aiman nampak Azrul join dorang. "Sepertinya harini kau tak dating. Boleh kita lepak kan?" cadang Hairul memerli. Azrul tergelak sorang-sorang. (apa yang lawak?)
"Ini makanan." Ane mamak memberikan bungkusan pada Azrul menghentikan gelak tawa Azrul. Azrul menerima dan menghulurkan note merah pada mamak tersebut.
"Kau bungkus?" Tanya Aiman.
"Haah. Aduh tak boleh join korang harini. Aku ada benda lain nak buat." Azrul bangun. Dia senyum angkat kening pada mereka bertiga.
"Athirah lagi lah tu." Sedih Aiman.
"Kau Athirah. Dia Tanusha. Habis kita?Gay dua orang jelah weh." kata Mirul menunjuk pada Hairul lepastu pada Aiman. Aiman geli.
Aiman menjauhkan dirinya dengan Mirulm. Bukan boleh percaya kang dia kiss pipi susah pulak.
Azrul pandang Hairul. "Dengan Tanusha mat?"
"Jadi juga kau dengan dia en." Kata Azrul pendek tersenyum senget.
"Jodoh bro." jawab Hairul pendek. (Hahaha! Jodoh sangat)
Azrul melambai mereka sebelum beredar dengan bungkusan di tangan. Siapa lagi lah yang dia nak makan. kalau tak dengan Athirah.
"Awak makan lah dulu." Kata Azrul cuba menyuapkan mee goreng mamak ke mulut Athirah. Athirah menutup mulut tak nak. "Ini kan favorite awak." pujuk Azrul lagi.
Mak Athirah masuk ke dalam bilik bersama air kosong. "Susah lah Azrul nak suruh dia makan. Dia kalau sakit, mesti tak nak makan. Badan dah macam papan dah asyik tak nak makan je." kata mak Athirah. Azrul senyum pada Mak Athirah.
"Mak jangan lah cakap dengan Azrul. Malu adik. Lagipun adik bukan papan sangat. Ok lah ni. Awak suka kan?" ujar Athirah pandang ibunya lepastu Azrul bila soalan dituju pada Azrul.
"biarlah mak awak cakap. Biar saya tahu pasal awak. Memang lah saya suka tapi kalau awak ada isi lagi saya suka." kata Azrul sempat melawak. Dia tergelak diikuti Mak Athirah mula Athirah memuncungkan bibirnya protes.
"Makcik tinggalkan korang dua orang. Pujuk lah dia Azrul supaya makan. Biar badan lebar sikit." kata Mak Athirah. Azrul mengangguk lalu melontarkan senyumannya pada Azrul.
"Awak ni jangan lah layan saya macam orang sakit. Saya sakit perut je. Suruh makan lah suruh besarkan badan lah. Awak tak suka badan saya macam ni?" rajuk Athirah memeluk tubuhnya. Dia pandang ke tempat lain sambil memuncungkan bibir. (jadi bibir itik baru tahu)
"Bukan macam tu. Awak ok je sekarang ni. Adalah isi sikit. Takdelah nanti dekat mall orang nampak saya jalan dengan lidi." gelak Azrul. Athirah menolak tubuh Azrul yang duduk separuh di katilnya. Dia tolak sampai Azrul terjatuh. Nasib mee goreng mamak sempat diselamatkan.
"Jahat awak ni. Awak buat perut saya sakit lagi. Balik lah." halau Athirah bengang dengan Azrul. Azrul tergelak lagi.
"Sorry sorry. Dahlah tidur. Esok saya datang ambik awak. Kita pergi sekolah sama-sama. Ok? Bye. Mimpikan saya."Azrul mengusap kepala Athirah. Tangan dia dipegang Athirah macam tak nak lepas. (eh buat hal pulak tak nak lepas) Azrul bangun lama-lama pegangan tangan mereka terlerai bila Azrul menjauh terus keluar dari bilik. Mee goreng mamak diletakkan di katil Athirah.
"Makcik. Saya balik dulu." kata Azrul menyalam mak Athirah lalu keluar dari rumah Athirah.
***
Alya masuk ke perkarangan sekolah. Demam Adam dah reda. Atas paksaan dari Hariz, Alya pun pergi jelah sekolah. Adam dihantar ke rumah Puan Mariam.
Dia dan Hariz macam biasa walaupun peristiwa malam tadi tu agak hambar. Tapi Hariz buat perkara jadi cool semata.
"Alya!" jerit Athirah. Alya pandang Athirah baru turun motor dengan Azrul. Athirah berlari meninggalkan Azrul yang baru nak rantai motor.
Athirah datang terus memeluk bahu Alya dan teruskan perjalanan mereka. Alya agak pelik dengan perubahan yang ada pada Athirah. "Weh kau macam mana dengan Hariz? ok ke?" soal Athirah. Alya menggangguk tapi teragak-agak.
"Kau relax lah jangan jealous tau aku tanya pasal Hariz. Aku lagipun dah move on lah. Malas nak pandang dia padahal kumbang banyak kan?" Athirah pandang Alya. Alya pantas menangguk. Kalini tak teragak-agak terus mengangguk.
"Aku dah ada boyfie baru." ujar Athirah.
"woi!" tegur Azrul membuatkan mereka berdua terkejut berhenti. Athirah memukul bahu Azrul.
"Ishh jahat suka terkejutkan orang." marah Athirah. Azrul tergelak sendiri.
"Ini lah boyfie baru aku. Handsome tak?" Athirah perkenalkan Azrul. Azrul tersenyum bila Athirah pertama kali kenalkan dirinya sebagai boyfriend. Sebelum ni, dekat mak Athirah pun Azrul yang perkenalkan.
"Awak! Tunjuk sado sikit." Azrul berdiri di hadapan Alya dan Athirah di pun buatlah tangan macam sado. Tunjuk otot kecil dia. "Tunjuk handsome awak pulak." suruh Athirah lagi. Azrul menunjukkan gaya lelaki handsome sedang posing. (annoyingnya)
"Ok lah nak masuk kelas dulu.Bye." Athirah berjalan bersama Azrul meninggalkan Alya. "Alya!" Alya menoleh pada Azrul dan Athirah yang dah jauh 5 meter daripadanya. "sabtu ni kita boleh lepak kalau nak lah." ajak Athirah lalu berjalan pergi sempat dia melambai pada Alya. Alya tersenyum bahagia.
"Saya kira sampai tiga, siapa sampai kelas harini, orang tu kena decide nak ponteng koku ke tak." ujar Athirah. Azrul pantas mengangguk. Mereka berlumba lari ke kelas. Alya jadi penonton mereka.
Dah dapat bernafas dah. Sekarang focus tahap cemburu Alya bila adalah Tasha bila Tasha tunjuk tanduk semalam semasa Hariz sedang ajar mereka maths.
"Hariz pandailah awak maths ni. Untung Alya dapat awak." ujar Tasha pandang Hariz tak berkelip. Hariz tersenyum malu.
"Biasa-biasa jelah. Maths ni senang je kalau kita focus cikgu ajar." balas Hariz pendek. Alya pandang wajah gedik Tasha cemburu. "Nanti awak ajar kitorang private tutor boleh. best lah awak ajar." manja suara Tasha meminta.
Hariz menggaru kepala. "Ahh sakitlah." Tasha mengaduh sakit. Dia mengusap bahagian yang dicubit Afiq. "Awak tengok tu Afiq cubit saya sakit." Tasha mengadu sakit pada Hariz. Hariz hanya mampu diam. Wajah Alya berubah serta merta.*anotherupdate
*Gedik pulak Tasha
*Keep Supporting Kerana Adam Iskandar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Adam Iskandar
Teen FictionHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...