Bab 45

30.4K 1K 9
                                        

Hari pertama Hariz pergi kerja. Dia berdebar saat memasuki ke dalam hotel bertaraf 5 bintang tersebut. Dia berjalan masuk ke dalam restoran tempat di interview haritu. Masuk je ke dalam semua orang memandang Hariz.

"Hello." tegur Hariz malu bila semua orang memandangnya tak kelip. Seorang lelaki berbaju manager datang dekat padanya. "Welcome to The Taste of Kampung." orang itu menepuk bahu Hariz. Hariz mengangguk.

"Come! Follow me. Im gonna introduce our crew and chef here." kata Manager itu lagi. Hariz mengangguk lagi. Dia mengikut orang itu dari belakang. "but first. You can understand english right?" Manager Melayu cakap tak nak kalah nak english juga.

"Yes i can." jawab Hariz pendek. Dia mengikuti langkah manager itu. "Ok Im gonna introduce waiter first. Here we got 3 waiter including you and 3 waitress. Introduce this Fitri, this is..........."

Panjang lebar orang itu perkenalkan sehingga lah mereka berhenti pada seorang pembantu chef yang tak berminat langsung nak kenal dengan Hariz.

"Ok last but not least. This is Anis our assistant chef." Manager itu perkenalkan Anis. Anis bangun terus beredar bila Hariz menghulur tangan untuk salam. Padahal yang lain semua ramah semua salam, tang dia haprak betul!

"relax. Dia ok actually but she's not ok with newcomer. Lama-lama dia will okay. Just layan dia like your friends ok?" Kata Manager itu. Hariz mengangguk. (pandai pula malay. Fikirkan tak pandai)

"Ok. Go change your suit because tetamu hotel will turun kejap lagi. Cepat. Cepat guys jangan duduk lagi. Get ready go go." kata Manager menepuk tangan mengarah semua pekerja untuk ke tempat asal mereka iaitu dapur!

Hariz berjalan pantas ke bilik belakang lalu menukar bajunya. Baju waiter dipakai. Dia memulakan kerjanya tak lama selepas itu.

***

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

***

Alya diam berfikir. Dia yang nervous. Laki dia yang kerja. Dia yang nervous.

"Kau fikir apa?" tanya Afiq menghilangkan lamunan Alya. Alya memandang Afiq. Dia menggeleng kepala. Tasha dengan Shah tak datang harini. (entah-entah sorang kena renjatan putus harapan, sorang lagi kena renjatan gatal dengan suami orang)

"Sorry weh pasal Tasha. Kalau aku tahu dia jadi segedik tu, aku tak bagi dia pergi rumah kau." sedih suara Afiq bila Tasha masih tak move on dengan Hariz.

"Aku nak tanya sikit boleh tak?" Tanya Alya. Afiq mengangguk. Dia memandang Alya. "berapa lama dah dia suka Hariz?" Lama soalan tu nak dijawab Afiq.

"Lama dah." itu je dia jawab.

"Kenapa Tasha tak pernah bagitahu aku dia simpan perasaan dekat Hariz?" Alya bersuara sebak. (siapa je tak sedih kawan baik sendiri suka dengan suami sendiri. Siap menggatal lagi. Package lengkap tahap tu)

"Aku rasa tak payah kot. Aku tak nak ini ada effect pada hubungan kau dengan Tasha. Ingat kan, kita dah berkawan baik lama dah. Aku tak nak korang gaduh sebab benda macam ni." nasihat Afiq tak nak membesarkan lagi keadaan. "Takpe Fiq! Aku ok je." Alya berkeras.

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang