Bab 58

26.3K 1K 58
                                    

Adam dah bangun tidur maghrib itu. Bila baba dan Ibunya takde di sisinya, Adam menangis kuat.

"Adam!" Alya yang sedang berbual bersama Paklong dan kaum-kaum isterinya serta Tokwan, Hadif, Kaklong, Puan Mariam dan Hariz. Alya berlari ke bilik.

"Adam? Siapa pulak?" soal Mamalong.

"anak Riz Mamalong." jawab Hariz. Hariz pandang ke arah bilik bila Alya dah masuk bilik.

"Shhh. Ibu ada sini." Alya angkat Adam lalu memujuk Adam. Tapi tangisannya tak reda. Dalam kes macam ni, yang pandai pujuk cuma Hariz dengan rasuah lagu Baby Shark di handphonenya.

Alya keluar dari bilik bersama Adam. Semua pandang pada Adam.

"Ini anak Riz ke?" Soal Mamalong lagi. Banyak pulak tanya. "Yah..Banyak tanya lah." tegur Paklong. Isteri keduanya menjuihkan bibir.

Alya malas nak layan. Mulut orang berusia memang akan banyak tanyalah nampak budak belum SPM dah ada anak.

Adam masih dengan tangisannya. "kenapa Adam?" Soal Hariz mengangkat Adam. Dia tepuk belakang badan Adam. "Dia bangun kita takde." jawab Alya.

Hariz terus buka handphonenya. Dia pun bukalah lagu baby shark. Terus Adam diam. Tangannya diangkat tanda suka dengan lagu tu. Berjogey joget dia.

"geramnya tokwan tengok dia. Suka pulak dia dengar lagu tu." kata Tokwan lihat gelagat Adam. Mereka semua tersenyum dan tergelak.

"Abang Riz ini siapa?" tanya Erin datang di hadapan Hariz dan Adam. Adam pandang Erin

"Ini Adam. Adik Erin." jawab Hariz. Erin tiba-tiba melakar senyuman. "Erin ada adik? Mama Erin ada Adik?" Tanya Erin pada Mamalong. Mamalong masam mencuka bila ditegur suaminya. (banyak tanya siapa suruh)

"Ini anak kakak Alya dengan abang Hariz." sampuk Hadif. Erin pandang Hadif. Lepastu pandang Alya.

"Anak kakak?" Soal Erin

"Haah."

"Adam comellah. Erin nak pegang boleh?" Erin menghulur tangan.

"Erin! Sini duduk dekat Ayah. Erin kecil lagi tak boleh pegang baby." ujar Paklong. Erin menjuihkan bibirnya lalu datang pada Paklong dan duduk di atas pahanya.

***

Selepas habis makan, Alya suruh semua naik ke ruang tamu sementara dia akan bersihkan dapur. Terkesanlah dia sorang je tak buat kerja dapur tadi. Dan sekarang biar dia buat kerja basuh pinggan ni.

Paklong baru keluar dari tandas. Dia terlihat Alya sedang mengemas meja. "Alya!" tegur Paklong. Alya pandang Paklong dan melontarkan senyuman.

Paklong ambil tempat di meja.

"Alya Paklong nak tanya sikit boleh?" Tanya Paklong. Alya pandang Paklong. Dan melontarkan senyumannya pada Paklong.

"Tanya apa?"

"Alya dengan Hariz tu dah berapa lama kahwin?" Eh tadi kan dah tanya Hariz .Tanya lagi pulak dah.

"awal tahun. Tahun lepas." jawab Alya. Paklong mengangguk. "Suka sama suka ke kahwin aturan ni?" Tanya Paklong lagi.

"suka." tipu Alya. "Ouh. Boleh paklong bagi device sikit?"

"Device?" Alya pelik. Tang device apa pulak ni. "Nasihat. Takkan tak tahu." perli Paklong. Dah sudah dia yang tak tahu.

"Maksud Paklong Advice?"

"Ahh yeye."

Aku pulak kena tak tahu tu. Dia yang salah cakap. gelak hati Alya.

"Alya kalau nak kahwin, nak cari pasangan hidup, cari yang umur macam Paklong ni. Rumah dah ada kereta dah ada. Masa depan cerah. Bukan macam Hariz tu, SPM pun tak lagi. Dia tu harap  bapak lah bagi nafkah dekat Alya. Dia tu nafkah batin je tahu."  cerita Paklong gah pasal dirinya. (Eeyy. Tak sedar isteri dah tiga masih nak ngorat lagi tu)

Eh Paklong ni

"Eh takdelah Paklong. Abang Riz yang kerja. Dia yang sara Alya dengan anak kami." (eh panggil abang Riz?)

Paklong terkejut.

"Hariz tak sekolah ke?"

"tak!"

"Tengok! Dia tu...."

"Alya!" panggil Hariz datang ke dapur. Alya pandang Hariz. "Borak apa ni?" tanya Hariz pandang Paklong bengang.

"Takdelah. Paklong cerita pasal zaman Hariz kecil kecil dulu." tipu Paklong. Hariz pandang Alya nakkan kebenaran. Alya diam membisu. Hariz segera tarik tangan Alya.

"Jom naik tidur." ajak Hariz. Paklong pandang pada pautan tangan mereka.

"Paklong. Isteri-isteri Paklong dah dekat luar." Hariz berkias kata. Sebenarnya dia nak maksudkan 'eh bila nak bla?'

Hariz segera beredar dari situ tinggalkan Paklong. Alya pandang pada pinggan yang tak habis dicuci. "Takpe. Esok saya tolong awak basuh." kata Hariz.

***

Alya pandang pada wajah Hariz yang sedang tidur. Dia teringat kata-kata Paklong tadi yang memburukkan Hariz.

"Walau buruk apa pun sangkaan orang dekat awak. Tapi awak tetap hero saya. Awak sanggup berhenti sekolah. Awak lupakan cita-cita awak sebab awak nak bertanggungjawab." Alya berkata pada Hariz. Dia mengusap pipi naik ke mata Hariz yang ada kesan parut jahit di atas keningnya. (Mesti jatuh motor ni)

"Awak suami saya. Saya sayangkan awak." Alya mengangkat kepalanya dan terus melurutkan bibirnya di pipi Hariz lama. Airmatanya tumpah bila terkenangkan pengorbanan Hariz untuk sara mereka bertiga.

Airmata Alya telah menyedarkan Hariz. Dia buka matanya. Alya masih mencium pipinya. "Ya!" panggil Hariz. Alya segera melepaskan ciuman itu. Dia menjauh. Hariz bangun dari katil. Dia berjalan ke side katil Alya tak nak ganggu Adam yang sedang tidur diantara tengah-tengah mereka.

Hariz duduk di birai katil Alya. Alya sedang mengelap airmatanya.

"Kenapa?" soal Hariz lembut. "takde apa-apa." Alya tersenyum. Dia mengelap airmatanya yang masih berbaki.

"Saya dengar." Kata Hariz. Alya terkejut. Terasa malu pulak bila Hariz dengar.

Tangan mereka bersatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan mereka bersatu. Mereka berpandangan.

"I love you." Hariz buat lip-sync. Tak mampu untuk buat dengan suara sekali. Ego masih wujud walaupun tak kuat macam dulu.

Alya memegang pipi Hariz dengan tangan kirinya. Tangan kanan masih bertaut pada tangan Hariz. "Saya tak nak orang lain. Sebab saya dah ada suami yang sempurna." kata Alya. Jarinya stop di bibir Hariz. Hariz mengambil kedua-dua tangan Alya. Lama dia cium tangan tu.

"I love you too, Hariz Iskandar."

*anotherupdate

*Alya dan Hariz kembali!

*Guys! I dah ada couple baru in my mind. Bab lain I introduce. Tekalah siapa?

*Dont forget to leave your comment and vote below!

*Keep Supporting Kerana Adam Iskandar.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now