Masuk sekolah seperti biasa. Selepas menghantar Adam, Alya pula dihantar ke sekolah. Masuk je dia bertembung dengan budak Shah tu. Tak dinafikan dengan muka jantan melayu di wajah Shah telah kalahkan jejaka sepet melayu iaitu Hariz. Tapi Hariz masih menang nak tawan hati Alya konon. Gedik!"Hi Princess." ucap Shah. Alya menunjukkan senyum kelat pada Shah. Dia terus berjalan laju. (tak guna jalan laju. Dekat kelas korang jumpa juga. Sebelah-sebelah je jangan lupa)
"Saya bukan princess." ujar Alya pandang Shah sekilas. Dia masih pantas berjalan. "Tapi awak princess hati saya."
Alya diam. "Alya!" tegur satu suara yang Alya cukup kenal. Alya dan Shah toleh. Shah berkerut.
"Hariz dah berhenti sekolah ke?" Alya pandang Shah. Ini peluang dia. Dia segera mengangguk. Shah seperti tak mengerti.
"Kau couple dengan dia ke?" Tanya Azrul lagi. Alya perasan Shah masih keliru. Shah pandang Alya. Alya kekalkan matanya pandang Azrul.
"haah." ujar Alya ringkas sebelum beredar dari situ. Tinggalkan Shah dan Azrul.
Di dalam kelas, Alya berlari duduk di sebelah Fatimah. Gadis nerd yang takde kawan. Dulu dia duduk sebelah Shah tapi sejak Shah pindah tempat duduk, dia keseorangan. Jadi ini peluang Alya untuk lari dari mamat tu.
Sepanjang waktu di dalam kelas, Alya diperhatikan Shah. Shah terus-terusan perhatikan dia. Cikgu Faiz Cikgu Add math dan Puan Rachel Cikgu Ekonomi tegur dia kerana tak focus. Tapi bila Cikgu sengaja tanya soalan, tahu pulak dia. Otak made in mana Shah?
Alya berjalan sendirian ke kantin. Dia terpandang Tasha dan Afiq. Dia menghembus nafas perlahan. Dia berjalan ke arah mereka.
"Hi!" tegur Alya. Tasha tersenyum pandang Alya. Dia melambai pada Alya. Afiq juga turut senyum. Tasha tarik badan Alya lalu disuruh duduk di sebelahnya.
"ada berita panas." cerita Tasha seperti takde apa yang berlaku diantara mereka. "apanya?"
"Si gedik terunggul nak ngorat Cikgu Add Math yang handsome tu." cerita Tasha. Alya agak keliru sikit.
"siapa gedik terunggul?"
"Alah kau ni! Dah lama takde kat sekolah. Mental pun lebih kurang piqa ni. Jadi biul. Siapa lagi kalau bukan Farina." Tasha tunjuk dekat Afiq. Afiq buat muka biasa. Tiada lagi handkerchief di dalam poket bajunya. Lengan baju dilipat sampai siku. (nak berubah jadi macho pulak si Afiqni. tak nak patah-patah dah)
"Dia dah tanggal tudung weh. Oh my God." cerita Tasha lagi. Alya mengangguk dengan kata-kata Alya tapi acuh acuh jela.
"Lepastu kau nak tahu tak jadi apa?"
" Dia pergi ngorat cikgu faiz tu dalam kelas. Dia buat-buat lah tanggal tudung kata panas. Padahal dia duduk bawah kipas kot. Cikgu Faiz dah mengucap banyak kali dah dekat depan. Lawak weh." tambah Tasha lagi dibawa dengan gelak tawanya yang unik. Dia menghentak mejanya tanda dia suka.
"Oii! Coverlah sikit." marah Afiq. Tasha terdiam tiba-tiba. Dia gelak kecil. Alya pun sengaja gelak kecil. "nak memekak balik kelas. Pundik!" marah seorang pengawas lelaki di meja mereka. Tasha menjeling budak lelaki itu.
"Bitches always like that. Taik kerbau!" ejek Tasha bengang. Tapi nasib budak tu dah bla. Kalau tak, naya pulak nanti pergaduhan besar.
Pulang dari sekolah, Entah jin mana dah masuk badan Cikgu Naemah cikgu Account Alya yang tiba-tiba baik dengan dia. Disuruh Alya hantar barang-barangnya ke kereta. Kali ni dia tak naik angin atau suara.
"Terima kasih Alya." ujar Puan Naemah melambai pada Alya. Sekarang ni, dah ramai murid sekolah keluar. Habislah kalau setengah mereka nampak Alya naik dengan Hariz.
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar
Teen FictionHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...