Bab 24

32.5K 1K 1
                                    

Alya bersiap untuk ke sekolah. Dia sudah siap bertudung dan sedang menyimpan barang-barang Adam ke dalam beg Adam yang akan dihantar ke rumah Puan Mariam sebentar lagi.

"Awak ambilkan susu Adam dalam mangkuk. Saya ada letak dekat meja makan luar." kata Alya masih tergopoh-gapah bersiap. Hariz pun keluar mengambil bekas susu Dutch Lady untuk Adam dan masuk kembali ke dalam bilik dan diserahkan pada Alya.

"Kau kejutkan Adam. Biar aku kemas barang dia. Tu confirm meragam tu." ujar Hariz. Alya pergi ke arah katil. Dia perlahan mengejutkan Adam.

 Dia perlahan mengejutkan Adam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Superman Adam." panggil Alya sambil menepuk perut Adam perlahan. Adam tidak menjawab sebaliknya dia mengeliat je.

"angkat jelah.Tapi perlahan-lahan. Dia menangis kau pujuk." suruh Hariz. Alya pun mengangkat Adam yang sedang nyenyak tidur.

Tangisan Adam terdengar tapi sayup-sayup. "Shhh." Alya mengangkat Adam manakala Hariz pegang beg sekolah Alya dan beg Adam.

Mereka menuruni tangga di pagi hari yang hanya dengar bunyi burung-burung saja. Beg Alya dan Adam diletakkan di lantai sementara Hariz start motor. Kepala Adam ditutup lampin agar mata Adam tak sakit terkena cahaya lampu jalan.

Nouvo hitam Hariz meluncur pergi ke rumah Umminya. Alya erat pegang Adam di tangannya. Betul adventurous lah Adam ni. Hihi!

"Sarapan lah dulu." ajak Puan Mariam. Segera ditolak Hariz.

"Takpe mi. Alya kena awal ni." Kata Hariz. Alya menghulurkan Adam yang masih tidur. Dan disambut Puan Mariam serta bag diletakkan di bahunya. Dia melambai dan memandang pada Hariz dan Alya yang sudah diatas motor.

Sekelip mata, motor itu hilang dari pandangan Puan Mariam. Puan Mariam menggeleng kepala tengok Hariz tergopoh-gapah.

***

Alya berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah. Perasaan malunya tambah nervousnya. Malu sebab ada tiga orang budak sekolah nampak dia turun motor dengan Hariz. Nervous sebab dah lama dia tak datang sekolah ni. Dulu datang sekolah sebagai bujang sekarang mak orang!

Dia terus jalan ke arah office. Tiba-tiba dia terimbau akan kisah dimana dia report nama Hariz merokok belakang blok di office. Dan Hariz jelas menunjukkan muka dia tak takut dengan hukuman yang akan dikenakan. Dia tersenyum sendiri.

"Assalammualaikum." ucap Alya dari luar pejabat. Tak lama kemudian, keluarlah seorang perempuan lingkungan berumur 25 - 27 tahun mungkin kerani baru menjawab salamnya.

"ye!" tanya dia.

"saya nak ambik result keputusan PT3 saya dengan aliran kelas saya." Kerani itu mengangkat kening. (sumpah kerek)

"Alya?" tegur satu nama yang Alya cukup kenal. Yes itu lah Puan Aisyah. Cikgu kesayangan Alya.

"Eh Cikgu." Alya menyalam Puan Aisyah dan terus memeluk cikgu itu. Kerani itu memandang mereka pelik.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now