"Cikgu handsome. Jangan lupa.Cikgu ganti Puan Juhana." sebut seorang murid perempuan gatal je rupanya lalu berlari keluar dari bilik guru. Dia tersenyum sendiri. Dia mencapai buku-bukunya. Dia keluar dari bilik guru.
"Hariz!" panggil satu nama. Dia pusing pada arah panggilan itu. Dia terkejut. Dah bertahun dia tak jumpa.
"Az...Azrul." Hariz pulak tergagap. Hariz dan Azrul berpelukan. Lama mereka tak bertemu. Azrul kini berpenampilan sedikit kpop kerana style rambutnya yang sedikit messy tapi boleh tahan handsome.
"Jap aku pergi office. Kau tunggu sekejap." kata Hariz. Dia berjalan ke arah office. Entah apa lah yang dia nak cakap tu.
Hariz berjalan keluar dari pejabat. Dia masuk bilik guru dan bawa keluar beg galasnya.
"Jom." ajak Hariz. Azrul mengikut langkah Hariz. Hariz pastinya minta nak balik awal.
Sedang mereka berjalan. Hariz berhenti sebaik namanya dipanggil. Hariz dan Azrul toleh. "Ba. Adam balik dengan kawan Adam." kata Adam yang kini sudah menginjak 16 tahun. Berbaju pengawas. Handsome!
Azrul berkerut pandang Adam. "Weh ini Adam." kata Hariz. Azrul terkejut.
"Adam?Yang dengan Alya tu?" Azrul terkejut. Dia tersenyum. Adam tersenyum lalu segera menyalam Azrul.
"Fuh berbeza dengan bapak dia. Bapak samseng anak pengawas." puji Azrul pada Adam tapi kutuk Hariz.
"Kau agak-agak eh. Tu cerita lama."
"Adam balik pukul berapa?"
"lepas asar." jawab Adam. Hariz menangguk. Lalu Adam berlalu pergi dari situ.
Hariz dan Azrul berjalan pergi ke arah kereta Hariz.
***
Selepas mengorder minuman. Azrul pandang Hariz atas bawah. Tak sangka budak muka pailang macam ni tapi anak dah besar.
"Kau jangan pandang aku macam tu bodoh." marah Hariz. Azrul tergelak.
"Kau macam mana sekarang? Kerja apa?Anak dah berapa?" Hariz bertanya pada Azrul. Macam-macam dia nak tanya Azrul ni
"Ya Allah. Takde lah. Anak takde lagi lah. Kahwin pun tak lagi. Yang kerja tu aku kerja Chief Director buat robot pendidikan." jawab Azrul gelak menampakkan giginya yang dah rapat. Ni confirm pakai bracess ni.
"Bujang lagi? Lah ni?"
"Aah."
"Athirah lagi?" Hariz mengeluh lihat kawannya itu. Azrul pandang ke luar tingkap.
"Tak boleh lupa. Susah. Sayang sangat macam ni lah. Tak boleh doh." Azrul menutup mata menahan sebak bila teringat Athirah. Hariz hanya mampu pandang Azrul macam tu.
"Aku dah cuba. Cuba nak lupakan dia. Susah doh. Semua geisha sana aku dah tidur tapi aku moaned nama Athirah juga." jujur Azrul bercerita hidupnya yang terlalu wild semasa hidupnya di bumi Matahari terbit itu.
"Dah lah lek bro." Hariz pujuk. Dia tepuk badan Azrul yang lagi bidang dari dia.
"Macam mana sekarang. Duduk jepun lagi ke? Ke dah pindah?" Hariz cuba tukar topik.
"Dah jadi penduduk tetap pun. Kerja sana pun not bad. Tak fikir lagi nak pindah." kata Azrul. Dia pandang ke luar tingkap. "Ouh. Kau dah jumpa Yakuza?"
"Keluar masuk kelab dia. Tapi dulu lah. Sekarang dah tua doh. Keluar masuk masjid lah." jawab Azrul.
"Kau tanya aku macam macam kau dengan siapa sekarang? Isteri berapa? Anak berapa puluh?" tanya Azrul.
"kepala kau. Alya lagi. Setakat ni baru satu lah. Anak aku Adam 16 Idris 14 tu jelah. Nak masuk sorang lagi tahun ni. Insyallah." jawab Hariz.
"Fuhh." jawab Azrul lepastu mengangguk faham. "Mirul? Aiman? Hairul?Aku tak dapat cari dorang. Macam mana dorang?"
"Hidup lagi Alhamdulillah. Mirul bawa lori container. Mirul dah kahwin dengan entah mana dia jumpa anak tiga dah. Aiman pulak supervisor stor tak silap aku kahwin dengan awek kampung dia. Hairul aku jumpa dia bulan lepas dia cuti sem. Dia sambung master dekat UK. Dah kahwin wife dia tengah pregnant." cerita Hariz.
Azrul mengangguk faham. "Tanusha ke?"
"takde lah. Takde jodoh lah tu . Isteri dia Orang Malaysia tapi membesar dekat sana. tu je lah aku tahu." Azrul mengangguk dengar cerita Hariz. Dia tersenyum sendiri."Aku je masih lagi membujang." Azrul tersenyum sendiri. "Kau boleh. Tapi kau kena cuba lupakan Athirah. Kau kena move on. Berhenti berharap dia tu akan hidup balik." nasihat Hariz.
"Aku nak kahwin dah sabtu ni. Ini yang aku balik Malaysia." cerita Azrul. Hariz terkejut.
"dengan siapa? Geisha ke?"
"Kepala bana kau lah." marah Azrul lalu tersenyum. "Dengan orang kita je mampu. Trainer aku sendiri. Entah dia suka aku. Aku on jelah." cerita Azrul. Hariz menggeleng kepala.
"Datang lah dengan anak bini kau. Ajak kawan-kawan kita."
***
Hariz pulang ke rumah. Alya menyambutnya dan bersalam.
"Adam Idris mana?" Hariz pandang ruang tamu yang sunyi saja.
"Kejap lagi turun lah tu."
"Adam kata abang balik awal tadi. Betul ke?" soal Alya. Hariz mengangguk.
"Abang jumpa Azrul."
Alya terkejut. Dia pandang suaminya.
"Azrul kawan lama abang?" Hariz mengangguk.
"Nak kahwin dah sabtu ni. Nanti kita pergi eh?"
Alya mengangguk setuju. Hariz mengusap baby bump Alya yang sudah 5 bulan.
"Baby apa khabar?"
"gedik eh cubit nak?" Alya membuat jari nak cubit. Hariz tersenyum sendiri.
------
*Sekian. Thank you semua bagi feedback positive.
Thank you sebab tunggu saya update setiap hari. Sekian untuk Kerana Adam Iskandar
THANK YOU SO MUCH THANK YOU. LOVE YOU MY READERS AND VOTERS.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Adam Iskandar
Novela JuvenilHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...