Bab 4

42.3K 1.4K 57
                                        


4 minggu kemudian,

" Papa! Alya minta maaf " Alya berjalan keluar.

Pulang sahaja dari sekolah, Hariz yang sedang membeli rokok di kedai 7-eleven.

" Harizz." Panggil Alya. Hariz terkejut sebaik terlihat Alya. Banyak boleh berlaku bila Alya dengan muka pucat jumpa Hariz lepas 4 minggu mimpi ngeri Alya dan Hariz berlalu.

" kau nak jumpa aku?" tanya Hariz. Alya menggenggam tali begnya lalu mengangguk. " berani naik motor dengan aku? aku bawak kau pergi tempat yang sesuai sikit."

Hariz membawa Alya naik motor melepasi Cikgu Faruk yang kebetulan melalui jalan yang sama. Cikgu Faruk agak terkejut cuba mengejar tapi dah tak sempat.

" apa yang kau nak cakapkan?" tanya Hariz. Alya turun dari motor. Dia membuka beg dan mengeluarkan pregnancy test.

Hariz mengambil pregnancy test yang dihulurkan Alya. Hariz melihat dua line. Hariz mengeluh panjang. Alya diam menunduk.

" memang orang perempuan suka diam dan biar orang lain selesaikan masalah dorang eh?" tanya Hariz sudah mula bengang.

" saya tak tahu nak fikir." Jawab Alya pendek.

" keluarga kau dah tahu?"

" dah." Perlahan suaranya. " dorang cakap apa?"

" halau."

Hariz menghembus nafas. " aku bawak kau pergi rumah ibu aku kau nak tak?"

Alya takde pilihan lain selain mengikut arahan Hariz. Dia naik motor dan mengikut Hariz

-----

" Assalammualaikum, Ibu!" ketuk Hariz pada pintu rumah Maksunya. Maksu membuka pintu.

Hariz dan Alya masuk. Duduk sahaja di sofa, Hariz terus menceritakan segala-galanya kepada Maksu atau dipanggil ibu. Ibu sangat focus mendengar cerita Hariz sekali-sekali memandang Alya yang berada di sebelah Hariz dan hanya menunduk.

"..... penutup cerita, Hariz memang tak sedar langsung. Hariz takde niat nak sentuh dia." Cerita Hariz.

" habistu sekarang nak suruh Ibu tolong apa?" tenang Ibunya tidak marah pada Hariz. Hariz sememangnya rapat dengan Maksunya itu sebab itu disaat getir begini dia jumpa Maksu kerana dia tahu, hanya Maksu yang memahami dia. " Riz tak tahu tapi..." Hariz berhenti sambil menghembus nafasnya perlahan.

" Riz nak tanggungjawab dengan apa yang Riz buat."

Alya mengangkat muka. Maksu dan Alya masing-masing dengan reaksi muka terkejut. Seolah-olah tak percaya dengan ayat yang keluar dari mulut Hariz.

" takde jalan lain selain korang kena kahwin."

" ok!" Sekali lagi mereka terkejut.

Ya Allah betul ke apa yang aku dengar ni? Bisik hati kecil Alya.

-----

Malam itu juga, Alya dan Hariz dinikahkan oleh imam masjid di kawasan rumah Maksu tanpa pengetahuan ibu bapa Hariz. Alya pula dinikahkan tanpa wali kerana Alya anak yatim piatu.

" Kau tidur lah." Suruh Hariz pada Alya yang masih terduduk di birai katil. Alya hanya menurut. Dia baring di katil. Hariz membuka jamnya lalu mengikut Alya dan baring di sebelahnya. Alya terkejut bangun semula. Dia malu sebenarnya.

" apa? Kau fikir aku nak buat macam-macam dekat kau ke?" Hariz memandang Alya bengang.

" Tidurlah! Jangan fikir bukan-bukan." Hariz menarik selimut dan menoleh ke arah lain. Alya baring pun takut-takut. Akhirnya dua-dua terlelap seperti biasa.

-------

" Alya kena tinggal dengan Ibu." Maksu memulakan bicara. Alya agak terkejut, dia memandang Hariz. Tapi Hariz tak buat apa-apa expression selain asyik menyuapkan bihun goreng yang disediakan Maksu tadi.

" Alya tak boleh bawa perut yang semakin membesar pergi sekolah." Nasihat Maksu. " Alya duduk sini, nanti Ibu jaga Alya. Lagipun Ibu takde kawan tinggal sini." Alya tersenyum. Dia mengangguk.

" Hariz ikut?" Hariz bersuara.

" balik rumah Riz. Biar Ibu je jaga dia." Hariz mengangguk faham. Dia carry on makan sampailah pada waktu petang itu, sewaktu Riz mahu pulang ke rumahnya semula.

" Jaga anak dalam perut tu. Aku datang sini hujung minggu nanti." Kata-kata terakhir dari Hariz sebelum disalam Alya dan motornya dipecut pergi.

-----

" Riz dari mana? Riz tak balik rumah semalam." Tegur Puan Mariam. Hariz berhenti. Dia memandang ke meja makan. Semua adik-beradiknya ada.

Encik Abu langsung tak pandang anak jantannya sorang itu.

" makanlah! Riz nak tidur." Hariz terus mendaki anak tangga menuju kebiliknya. Dia merebahkan diri katil bujangnya.

ada orang mengandung anak aku?

-----

" sekarang cerita dekat ibu baik -baik. Apa yang Alya ingat pasal kejadian haritu?" soal Ibu semasa Alya duduk termenung di keluar buaian luar rumah Maksu.

" Alya..Alya..." Alya terdiam. Tak dinafikan dia kasih malu dengan Maksu. " takpe-takpe! apa saja yang Alya Ibu akan percaya 100 peratus. Janji." Maksu mengangkat tangan seperti ikrar.

" Seingat Alya, malam itu Alya ada jumpa kawan Alya......"


*anotherupdate


.

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang