Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah.
-----
A...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hariz baring di sofa setelah selesai menyusun baju-bajunya ke dalam almari. Alya datang ke ruang tamu bersama Adam dan membaringkan Adam di play mat. Biarlah Adam bermain dengan haiwan-haiwan gantung tu.
"Abah awak garang." kata Alya. Hariz memandang siling lepastu gerakkan kepalanya kepada Alya dan mengangguk.
"Alya! Kau ada mak?" Serba-salah Hariz nak tanya tapi dah terlajak kata tak boleh nak diundur semula. Alya pandang Hariz terus melontarkan senyuman pada Hariz "maksud awak?"
"tak payah. Lupakan." Hariz bangun dari sofa, dia berjalan ke biliknya. Hariz keluar bersama tuala di bahu dan berus gigi yang sudah dikemam nak pergi mandi.
Bagai nak gugur jantung Alya bila terlihat Hariz keluar dari bilik dengan tuala dililitkan pada pinganggangnya dan tanpa baju. Ini kalau terlucut ni habislah! Lepastu rambut Hariz yang basah itu menggoncang nafsu berahi Alya.
Hariz perasan Alya pandang Hariz lama. Mata Hariz ter-eye contact dengan Alya. Tergopoh-gapah Alya membetulkan duduknya dan buat-buat main dengan Adam.
"Kau dah habis pantang kan?"
Alya membuat muka malu. Sesungguhnya pipi sudah merah itu. Alya tidak jawab dan tidak pandang wajah Hariz. Hariz tergelak besar lalu berjalan masuk ke dalam bilik dengan gelak tawa yang belum tamat lagi.LOL!
gedik punya Hariz. Gelakkan aku? bengang Alya berbisik di dalam hati.
***
"Awak tak nak sekolah ke nanti?"
Hariz menggeleng sambil menyuapkan lebihan biskut ke dalam mulutnya. Dia menepuk tangan dan segera beredar dari meja makan. Alya risau dengan Hariz yang dah tak nak sekolah.
"kenapa awak tak nak sekolah?" Hariz baring di sofa. Dia diam tak menjawab. Pura-pura tidur sebab dia malas nak jawab soalan Alya. "awak!" Panggil Alya. Hariz mendengus kasar. Dia bangun pandang pada Alya.
"kau nak apa?" tengking Hariz bengang. Alyaa tak takut langsung dengan tengkingan itu bak kata hati nya dah biasa kena.
"Awak sekolah lah. Awak kena SPM!" suruh Alya. Hariz menggeleng.
"Kalau aku pergi sekolah, siapa nak bagi kau dengan Adam makan? Aku ketua keluarga itu tanggungjawab aku. Kau tak payah nak persoalkan semua tu." marah Hariz lagi. Alya terdiam kalini dia hilang kata-kata untuk terus berdebat. Hujah Hariz gempak!
Hariz my abang! Comelnya bila awak cakap macam tu. Saya jatuh hati jerit hati Alya.
****
Athirah teringat pada perjumpaan di mana dia dan Hariz berjumpa disaat Alya di sisi Hariz serta seorang bayi yang masih kecil.
"Kenapa dia cakap itu anak dia?" Athirah menggaru kepalanya yang tak gatal. Cuba mengingati orang yang Azrul mention juga.
"ahh yeahh. Jantan tu tapi mana aku nak cari." Athirah berfikir sejenak. Tiba-tiba Athirah terasa seseorang melingkari pinggangnya terus mencium leher Athirah. Athirah terima dan berlawan dengan nafsunya sendiri sehingga dia jatuh ke lembah dosa yang dahulunya, menjadi penyebab dia break dengan Hariz.