Hariz masuk ke dalam kelas seperti biasa, dia lambat ke sekolah harini sebab dia bangun lambat harini. Encik Faruk masuk ke kelas mereka.
" Hariz! Aku nak jumpa kau." Encik Faruk bersama muka serious berkata kepada Hariz. Hariz bangun dari kerusi dengan gagah jalan menuju ke arah Encik Faruk.
" mana kau bawa Alya?" Satu kelas terkejut memandang Hariz. Hariz buat muka biasa.
" apasal tanya aku? aku jaga ke dia." Balas Hariz tenang menipu.
" Aku nampak kau bawa dia naik motor. Dan sekarang ni dah 4 hari dia tak datang sekolah tanpa sebab." Cerita Encik Faruk. Athirah terkejut begitu juga kawan-kawannya yang lain.
" aku jaga dia ke? Mana aku tahu. Entah-entah demam ke." Hariz berjalan duduk kembali tanpa menghiraukan Encik Faruk. Duster papan hitam dibaling tepat kearah Hariz.
" Biadap kau." Teriak Encik Faruk. " Cikgu tak patut ajar anak murid dia jadi lagi biadap." Hariz pegang duster yang dah cap ke mukanya. Encik Faruk segera keluar dari kelas itu.
Hariz senyum senget. Dia keluar dari kelas menuju ke tandas untuk basuh mukanya yang dah bercap kapur.
" Kau dimalukan sebab perempuan bodoh tu" Athirah menegur. takde rasa segan silu langsung masuk tandas lelaki. " dimalukan takpe jangan takde maruah langsung." Balas Hariz. Dia keluar dari tandas. Sharul menjelma di hadapan pintu tandas.
" kau pun nak tanya aku mana Alya?" Sharul terus memegang kolar baju Hariz. Mata dia tatap ke dalam mata Hariz.
" Alya mana?"
"asal? Kau takut aku kurung dia?"
Hariz terus menggenggam baju kolar Sharul. Penumbuk hampir hinggap tapi sempat di hentikan Umairah iaitu penolong ketua pengawas di sekolah mereka.
" tak malu ke orang pandang. Awak ketua pengawas." Marah Umairah. " dia melampau." Jawab Sharul.
" balik kelas atau kalau Cikgu Faruk nampak, vest awak akan kena rampas." Suruh Umairah. Sharul melepaskan kolar Hariz lalu beredar pergi.
" jangan buat masalah atau awak akan terus dituduh jadi punca Alya tak datang sekolah." Umairah terus beredar dari situ. " Syok betul gaduh dengan ketua pengawas." Tegur Athirah keluar dari tandas.
" mati kau." Hariz terus masuk ke kelas.
-----
Sabtu itu, Hariz ke rumah Maksunya.
" nah ini loket tokwan aku. Ini je yang paling berharga. Kau simpan ni untuk ganti kita kahwin takde cincin." Hariz menyerahkan loket itu kepada Alya. Alya membuka rantainya dan memasangkan loket itu di rantainya sambil diperhatikan Hariz.
" aku suruh simpan bukan letak situ."
" kalau simpan nanti hilang." Jawab Alya lagi. Hariz terdiam. Dia sendiri pun pernah hilangkan loket itu lepastu baru jumpa haritu masa dia cari buku form 3-nya kembali untuk diberikan kepada Alya memandangkan Alya tak sekolah. Alya hanya belajar sendiri di rumah Maksu.
" lagi satu aku nak cakap."
Alya memandang Hariz inginkan jawapan. " aku tak boleh datang sini selalu. Lagipun kau mesti ok dekat sini. Aku datang setiap 2 bulan je."
Alya terdiam dan mengangguk. " angguk-angguk. Takde suara ke nak jawab?"
" ye." Balas Alya. " awak nak pinjam handphone awak kejap." Pinta Alya. Hariz berkerut sebelum menghulurkan handphonenya kepada Alya.
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar
TeenfikceHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...