Hariz pulang ke rumah harini lewat sedikit seperti selalu kerana banyak surat perlu dihantar. Alya ke dapur untuk buatkan air untuk Hariz. Hariz baring kepenatan di sofa rumah Maksu.
"nah." Alya menghulurkan air kopi kepada Hariz. Hariz bangun terus meneguk kopi itu yang semakin selesa dengan tekaknya walaupun dia tak suka kopi pada mulanya. Tapi atas faktor kopi lagi murah dari semua perasa jadi dia relakan juga minum kopi.
Hariz meletakkan envelope RUMAH UNTUK DISEWA di atas meja di hadapan Alya dan kembali baring di sofa.
"Awak dah call orang ni?" Hariz pantas menggeleng. "aku jumpa kertas ni masa hantar surat dekat rumah mana entah." cerita Hariz tak ingat dimana dia dapatkan kertas tu. Dia memicit kepalanya barangkali penat.
Terlihat itu, pantas Alya pusingkan tubuhnya menghadap Hariz. Dia pun memicit kepala Hariz. "adam mana?" tanya Hariz terasa Alya sedang picit kepalanya.
"dalam bilik. Dia tidur lepas saya bagi dia susu." jelas Alya. Hariz mengangguk. Dia melelapkan matanya. Terlelap dengan sentuhan picitan Alya buat dia terbuai-buai.
***
Adam didudukkan di atas meja sambil Alya meletakkan tangannya di sekeliling Adam bagi menyokong Adam duduk. Dan Hariz pula sedang menikmati makanannya sambil tersenyum Adam berusaha untuk duduk.
"Cukup bulan kita pindah rumah baru." Alya memandang Hariz dan mengangguk. Alya tak boleh menghalang Hariz kerana sesungguhnya Hariz ni keras kepala dan tak habis dengan prinsip hidupnya yang TAK MAHU MENYUSAHKAN SESIAPA.
"Ummi awak dah tahu?" Hariz menggeleng sambil sambung menyuap nasi ke mulutnya. Jujur dia terharu bila dia makan sambil ditemani Alya dan Adam. Hanya tuhan je tahu keterujaan Hariz itu.
"Kalau Ummi tahu, dia takkan bagi kita tinggal dekat rumah sewa baru kita nanti." Hariz perjelas setelah nasi yang sudah hancur di dalam mulutnya itu ditelan. Alya sekali lagi mengangguk. Alya mengelap mulut Adam yang dari tadi bermain dengan air liurnya sendiri.
"Kau dah habis pantang kan?" Hariz pandang Alya. Alya pantas mengangguk. Mana tak habis awalnya. Dah dia pun hidup macam bukan ibu pantang. Dia makan aiskrim lepastu bila sakit, Hariz akan menjadi mangsanya tepekkan pilis di dahi Alya walaupun Hariz tak suka baunya.
"Bagus! takde lagi eh kau punya resipi mengarut Durian blend dengan kiwi lepastu tabur cili." bebel Hariz protes. Alya tergelak kecil lihat suaminya membebel.
"Adam jangan ikut baba tau. Baba suka membebel." Alya berbisik pada Adam tapi bisikannya tu sengaja dikuatkan. Hariz memerhati Alya tajam.
***
"Nak kemas ini juga?" soal Hariz mula memasukkan barang-barang Adam yang banyak dulu Maksu belikan. Alya sedang dodoikan Adam pun mengangguk.
"bawa jelah semua barang Adam,wak." Ujar Alya. Hariz mengeluh. Dia pun mengangkat kesemua barang-barang Adam berbentuk carrier, walker, toddler toys, travel bed, play mat Adam ke dalam kotak. Hariz berundur sedikit lalu
Gedebukk...
Kepala Hariz terhantuk pada birai katil. Memang pinarlah kepala Hariz. Alya terkejut. Dia datang dekat pada Hariz.
"aduhh!" Hariz mengerang sakit sambil menahan kesakitan
"awak ok ke?" Alya menggosok kepala Hariz yang sakit. Hariz menutup mata sambil bawah bibirnya digigit menahan sakit yang terlampau di bahagian kepalanya.
"Apa punya soalan ni. Mestilah sakit." marah Hariz. Alya memegang lengan Hariz yang cuba untuk bangun. Alya memapah Hariz ke katil. Alya perlakukan Hariz macam orang patah kaki padahal kepala yang terhantuk. Itu masalah!
***
"Kau tak rasa lain ke?" ujar Azrul pada Mirul dan Aiman. Mereka berpandangan.
"lain maksud kau?"
"Ye lain! Minah karat tu nampak Hariz dengan Alya dekat Paradigemm lepastu minah karat tu cakap Hariz bawa baby. Bila karat tu tanya Hariz mengaku tu anak. Dan sekarang ni Alya waktu sekolah dulu kita tak pernah nampak dia lepas kejadian kita letak Pil capeng dalam coke dia." cerita Azrul membuatkan Aiman dan Mirul terasa menarik untuk dengar lanjut.
" betul juga. Kau ingat tak Farukki pernah cap kapur dekat muka dia sebab Farukki nampak dia naik motor dengan Alya." Cerita Aiman pula.
" lepastu dia jawab yang dia hantar Alya pergi stesen bas." sampuk. Mirul.
"Eh jap! Malam kita letak pil capeng dalam coke Alya tu, korang ada ajak Hariz datang sekali tak?" tanyaa Azrul. Aiman menggeleng pantas.
"aku ajak. Dia kata dia nak datang tapi dia takde pun." cerita Mirul. Azrul seperti sudah dapat teka sesuatu.
"ahh sudah! Entah-entah Hariz lelaki random yang pelayan tu letak pil."
"Habislah!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Adam Iskandar
Teen FictionHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...