Bab 41

30.4K 950 34
                                    

Selepas luahan perasaan beramai-ramai. (tak ramai pun dua orang je). Alya dan Hariz tak boleh nak tidur. Mereka duduk di ruang tamu.

 Mereka duduk di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alya baring di bahu Hariz. Tangan mereka bersatu.

"Awak ingat tak masa saya tangkap awak merokok tu. Reaction awak macam tak takut je." ujar Alya pada Hariz. Hariz tergelak bila terimbau masa di mana Alya nampak dia merokok. Muka takut dan bersalah langsung takde.

"buat apa nak takut."

"awak!" panggil Alya bermain dengan tangan lebar Hariz. "huh..." jawab Hariz.

"Siapa yang pengacau dekat restoran tadi tu. Yang nak sentuh rambut saya tu."

"Capeng. Supplier Pil Kuda, Pil Addict, Air ketom." cerita Hariz. Bunyi pun dah tahu macam menakutkan.

"Awak kenal dia?"

"Mestilah. Saya pernah beli barang dengan dia." Bila dah berbaik ni, Hariz keluar awak-saya pulak.

"what?" Alya pandang Hariz. Hariz buat muka biasa dan langsung tak menunjukkan bahawa dia sedang bergurau. "Awak beli apa dari dia?" tambah Alya.

"Beli awak." Lepastu Hariz tergelak. (pandai dah buat pickupline sekarang ni)
Alya terus mencubit dada Hariz. Hariz mengaduh sakit. Alya menjeling Hariz. Dia berpeluk tubuh. Tangan Hariz perlahan menarik  bahu Alya. Dia memeluk Alya erat.

Dari dulu dia berperang dengan ego dia. Dan harini Ego dia tewas dan telah mengundurkan diri dari dewan perang. Yang tinggal hanya Hariz yang baru.

"Itu lama dah, sayang. Cerita dulu tak payah nak ungkit lah." pujuk Hariz. Alya membalas pelukan Hariz. (dia pakai sayang pulak! Saya nak jadi cerek panas)

"awak beli apa dari dia?jawab dulu."

"Heineken."

Alya menggeleng kepala. Perangai tak senonoh betullah Hariz ni. Umur macam ni pun dah pandai minum alcohol.

"janji jangan minum air  tu lagi eh?" Alya mengangkat tangan sebagai ikrar. Hariz mengangguk dan turut mengangkat tangan.

***

Athirah duduk di warung makan. Dia menunggu ketibaan Azrul tak sampai-sampai. (Janji melayu!)

Bila Azrul sampai, muka Athirah macam mencuka. Dia menjeling Azrul.

"Awak! Sorrylah. Takde niat pun nak lambat tapi saya sakit perut nak berak tadi." jelas Azrul menepuk perutnya. Athirah terus tergelak tak mampu merajuk lama.

"saya nak jumpa dengan Alya. Saya nak explain pasal dulu tu. Radhi janji nak bawa budak Shah tu. Saya nak minta maaf dekat dorang." cerita Athirah dengan hasratnya yang ingin berubah. Rambut dia sudah dihitamkan kembali keseluruhan tempoh hari. Dia pergi ke Saloon dengan Azrul. Azrul yang suggest potong rambut Athirah sekali. Comel terus muka dia.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now