Bab 3

45.1K 1.4K 51
                                        


Hariz terjaga dari tidurnya dek terdengar bunyi tangisan. Dia bangun dan melihat ke dalam selimut.

" bodohlah."

Hariz menggaru kepala. Dia pun mencapai boxer-nya. Dia berjalan ke arah bunyi dan bunyi itu dari dalam bilik air. Hariz membuka pintu bilik air. Alangkah terkejutnya apabila ada seorang gadis duduk di lantai menutupi badannya dengan selimut.

Hariz datang dekat pada gadis itu. Dia mengangkat dagunya. Hariz terkejut apabila muka itu ialah Alya. Alya yang sedang bengkak mata menangis. Dan itu pertama kalinya dia lihat Alya tanpa tudung.

" Aku buat ke?" Hariz bersuara selepas lama mendiam.

Alya mengangguk dengan tangisan-nya. Hariz terduduk dia memandang Alya. Dia menarik badan Alya lalu dipeluknya badan itu sambil mengusap rambut Alya. Alya tidak membalas pelukan itu.

" pakai baju kau. aku hantar kau balik." Bisik Hariz pada Alya.

----

" kau ok? " tanya Hariz. Alya diam dan terus berjalan ke arah lif untuk naik ke rumahnya. Hariz terus memecut pergi motor jenis Nouvo S hitam.

" dari mana aje Riz ni?" tanya Puan Mariam melihat Hariz balik dengan baju semalam. " Riz tidur rumah kawan Riz." Jawab Hariz menipu.

" kenapa tak bagitahu Ummi?"

" Riz lupa." Jawab Hariz. Hariz terus mendaki anak tangga sambil menggaru kepala. Terimbau-imbau sebenarnya apa yang terjadi hingga membuatkan dia bangun tidur tanpa Seurat benang bersama Alya.

Dia merebahkan badannya di katil. " apa aku buat semalam?" Hariz berusaha untuk ingat tapi langsung tak ingat apa-apa.

----

" Alya dari mana?" tanya Encik Kamaruddin iaitu bapa angkat Alya. " dari rumah kawan." Alya tidak memandang. Dia terus masuk ke dalam biliknya.

Pagi berganti petang..Petang berganti malam...Alya hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik.

" kenapa jadi dekat aku." Alya menangis.

---

Hari masuk sekolah seperti biasa dan hari pertama Hariz selepas seminggu digantung sekolah. Hariz datang awal ke sekolah dengan niat untuk jumpa Alya tetapi Alya tidak hadir ke sekolah.

" Alya mana?" tanya dia pada Tasha. " Alya tak datang sekolah. Dia demam." Jawab Tasha. Hariz mengangguk faham. Dia pun pulang ke kelasnya

" kau pergi mana?" tanya Athirah. " bukan urusan kau." Jawab Hariz duduk di mejanya. Dia mengeluarkan buku lalu membaca buku untuk menghilangkan rasa nervous dari dibau kawan-kawannya.

---

Keesokan harinya, Hariz datang lagi ke sekolah awal. Dia terlihat Alya berjalan masuk sekolah dengan muka lesu. Dia berlari ke arah Alya. " Alya!"

Alya menoleh lalu terlihat Hariz. Langkahnya dipercepatkan dan terus berlari mengelak dari berjumpa Hariz. " Harizzz!" jerit Athirah terlihat Hariz. Hariz memandang Athirah. Lalu memandang Alya yang semakin hilang dari pandangannya.

" kau nak apa?" jawab Hariz bengang. " awal kau datang."

" apasal? Kau susah ke? Sebab kau tak boleh nak buat projek dengan Azrul dalam tandas macamtu?"

Athirah terkejut beruk. Mata dia seperti nak terkeluar.

" Hariz! Mana kau tahu? Siapa cakap? Aku tak pernah doh buat benda haram tu." Athirah memegang lengan Hariz.

" kau lepas sekarang!" marah Hariz. Mata dia dah merah tahan amarahnya. Nasib perempuan kalau tak habis, dihempuk budak ni.

" aku takkan lepas sampai kau bagitahu aku siapa yang dah fitnah aku." Athirah masih tak nak lepas. " pergi mampus lah." Hariz melepaskan tangannya. Semua murid yang baru datang sekolah memandang mereka. Hariz terus berlalu pergi dari situ meninggalkan Athirah.,

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang