Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah.
-----
A...
Bagai nak gugur jantung Hariz bila orang yang itu merupakan....
Wan!
"Oii buat apa dua orang?" tegur Wan main buka je gril rumah tanpa dipelawa terus masuk.
Hariz guna ilmu taekwondo dia terus tendang punggung Wan yang memasuki rumah. "Sial kau aku fikir siapa tadi bodoh." marah Hariz pada Wan. Wan senyum.
"Aku call Wan tadi suruh teman kau. Kita serumah dua orang tak manis orang tengok." kata Anis berlalu ke dapur. Hariz dan Wan duduk di sofa. Hariz dah lupa ni dia kena balik awal. Isteri dia menunggu tu di rumah.
"Babi kau." Hariz tadah kakinya di muka Wan. Wan tepis kaki putih bersih Hariz. "masam yal." Wan tutup hidung tanda kaki Hariz busuklah tu.
***
Hariz pulang ke rumah. Alya sedang tersengguk tunggu dia. Bunyi kunci motor diletakkan di atas meja mengejutkan Alya. Alya pandang Hariz terus berlari ke arah Hariz.
"Awak pergi mana?" tanya Alya bangun pandang Hariz. Hariz tersenyum pandang Alya lalu terus merangkul pinggang Alya. "Saya rindu awak sayang."
Tapi segera Alya tolak tangan Hariz dari merangkul pinggangnya. "Tak payah bagi ayat sweet talker awak tu. Awak pergi mana? Saya tahu awak tipu saya. Awak pergi jumpa siapa?" soal Alya keras bunyinya. Sakit hati dengan Hariz.
"Apa awak merepek ni." Hariz dah takde mood nak manja dengan Alya bila Alya reject dia nak manja dengan Alya.
"Awak cakap dengan saya. Awak keluar dengan siapa." Alya pegang kedua-dua bahu Hariz sambil dia goyangkan. Hariz dah stress tu. Dia mengeluh berkali-kali.
"Saya keluar dengan kawan saya lah." jawab Hariz sedikit keras tapi dia masih kawal kemarahannya. Taknak berkasar dengan Alya.
"Awak cakap betul-betul dengan saya. Awak keluar dengan siapa?" suara Alya kuat. Dia nak kepastian. Dia tahu Hariz tipu dia.
"Aku keluar pergi rumah Anis! Dah? Puas!" tengking Hariz. Alya terkejut lalu airmatanya pun mengalir. Dia tak sangka Hariz boleh tengking dia sampai macam tu sekali. "Tengok. Aku marah sikit dah nangis. Serabut lah kepala otak aku dengan kau perangai budak-budak. Orang marah sikit dah nangis." tambah Hariz lagi. Alya pandang Hariz lalu airmatanya mengalir laju. Hariz dah disampuk setan gamaknya. Dia sikit pun takde rasa simpati lihat airmata Alya.
"Kenapa awak tipu saya?" Alya menangis. Dia menutup mulutnya tak tahan dengan tangisannya yang semakin teruk.
"Kalau aku bagitahu betul-betul. Kau bagi ke? Kau kongkong hidup aku Ya. Kau kongkong aku kau tahu tak. Kau fikir aku apa bo.." Kata-kata Hariz tergantung di kala tamparan Alya mengena di pipinya.
"saya kongkong awak kan? Sekarang keluarlah. Lepak. Tidur rumah dengan Anis pun takpe. Saya tak kisah." Kata Alya lalu masuk ke bilik.
Hariz pun dah geram ni. Dia tengah bengang ni. Dia tak boleh nak pujuk Alya sekarang ni.
Hariz ambil kunci semula lalu keluar dari rumah. Alya dengar bunyi pintu dihempas kuat.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.