Bab 80

47.6K 1.2K 71
                                    

Suatu ketika di kemudiannya,

Alya masuk ke dalam bilik ward bersama perut yang sarat mengandung. Dia memandang sebuah jasad yang masih koma dengan senyuman.

"Abang. Harini sayang bawa makanan. Nak bagi baby kita makan." ujar Alya. Dia duduk di kerusi di sisi katil Hariz.

Luka di bahagian mukanya akibat diseret kereta 200 meter beransur menjadi parut. Kepalanya yang dihentak jatuh ke tanah selepas dia berguling di atas kereta tersebut masih dibaluti. Bila terlihat para misi mencuci luka di kepala Hariz. Darah masih mengalir.

Kaki Hariz patah akibat dengan kakinya yang terhentak di tanah dalam keadaan sedang berlipat. Tangannya hanya calar calar  biasa akibat dia mahu menghalang mukanya dari terhentak ke tanah tetapi mukanya di seret pula sejauh 200 meter.

Genap kelmarin, Hariz sudah 8 bulan koma. Alya tak ke sekolah. Nasib cikgu Faiz baik hati tolong Alya dalam kesukaran macam cikgu lain.

Cikgu Faiz dan Hani? Menunggu detik Hariz sedar baru mereka akan melangsungkan pernikahan mereka.

Alya duduk di hadapan Hariz. Tangan Hariz ditarik dan diletakkan di belly-nya yang besar.

"Abang tahu tak, tadi sayang pergi medical check up. Doktor kata baby kita sihat. Abang nak tahu tak baby tu baby apa?" tiada balasan mahupun jawapan dari Hariz. Dia masih tak sedarkan diri. Suasana hening itu dibingitkan dengan bunyi bip bip bip bunyi mesin degupan jantung Hariz.

Alya menangis tiba-tiba. Airmatanya mengalir. "Abang. Bila abang nak bangun?"

"Bila kita dapat berkumpul balik. Adam dah boleh jalan. Adam rindu baba dia. Ya pun rindu abang. Bila abang nak bangun." Alya menangis. Dia menangis di dada Hariz yang naik turun kerana bernafas. Alhamdulillah masih bernafas.
Satu tangan mengusap rambut Alya. Alya pantas bangun. Dia melihat Hariz sudah celikkan matanya. "Abang!" Hariz berusaha untuk senyum walaupun senyuman itu kelat. Alya segera press button panggil nurse.

Sementara menunggu, Hariz pandang pada perut Alya yang buncit. Alya perasan. "anak kita." ujar Alya teruja. Airmatanya sudah bertakung menunggu detik untuk empangan airmata itu pecah. Alya menarik tangan Hariz lalu dibawakan ke perutnya. Tiada reaksi dari muka Hariz selain senyumannya yang belum pudar. Nurse datang terus menyuruh Alya menunggu di hadapan.

"Madam you can wait outside while we will check your husband." suruh Nurse itu. Alya menurut. Dia segera mendail nombor Puan Mariam.

"Mi Hariz dah sedar." bagitahu Alya di gagang telefon dengan teruja.

Throwback....

Bunyi hentaman kuat itu telah mengejutkan mereka tapi Alya berlari keluar dahulu. Bila terlihat Hariz terseret di hadapan matanya dan kepala terhantuk ke jalan tar. "Abang!" jerit Alya. Dia berlari ke arah Hariz. Hariz memuntahkan darah yang banyak.

Muka Hariz sudah bercalar. Kakinya terlipat. Alya dudukkan Hariz di atas ribanya. Kereta yang melanggar itu keluar tapi seterus itu dia lari kerana takut lihat keadaan Hariz yang teruk. Motor Hariz sudah hancur 1km dari tempat dia accident akibat diseret kereta tersebut.

"Abang!" Alya menangis memandang Hariz yang tinggal nyawa-nyawa ikan. "Ummi call ambulans Mi." jerit Alya. Hadif berlari masuk ke dalam terus call ambulans. Hariz tak mampu berkata apa-apa. Dia hanya dapat pandang wajah ayu isterinya sebelum dia pengsan tak sedarkan diri sehingga membawa kepada dia koma.

Hariz dihantar ke hospital. Alya duduk tak senang bersama Adam di sisinya. Menunggu doktor untuk keluar dari bilik bedah itu paling memeritkan. Anis datang tak lama selepas itu.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now