Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah.
-----
A...
Hani menolak stroller. Adam dari tadi diam tak merengek. Mereka berjalan seperti satu keluarga.
"Best kan orang semua pandang." bisik Faiz di telinga Hani. Hani menggeleng sambil menjuihkan bibirnya. "Kenapa pula?" Faiz pandang Hani nak tahu jawapan kepada persoalannya.
"Kita nak jadi ibubapa kena sentiasa ready. Bukan untuk orang pandang semata-mata." deeply inside Faiz are broken! Kata- kata Hani tu menusuk kalbunya.
"You fikir I tak nak anak ke?" soal Faiz. Hani mengangkat bahu tak tahu mulutnya masih muncung. "fikir cantik lah buat mulut itik?" kata Faiz lagi.
"Cantik lah. Kalau tak, you tak sibuk lah hantar rombongan nak pinang I." jawab Hani.
Bila Hani nampak butik Zara, dia pantas menolak stroller ke arah butik Zara. Faiz pantaskan langkahnya untuk mengikut langkah besar Hani. "manja tapi jalan gangster. Nasib sayang." Faiz bermonolog.
"Biy. Take care of Adam ok? I want to buy my stuff." Hani sempat mengusap pipi Faiz. Faiz mengangguk setuju. Dia duduk di tempat ruang menunggu. Dia pandang Adam yang pandang sekelilingnya takde Hani.
"Cari mummy? Mummy dekat dalam. Ni walid. Eh macam tak serasi je. Mummy Walid. Eehh tak tak. Mummy puppy. eh tak tak. Itu anak anjing. Mummy Daddy." Faiz berkata sendiri lepastu pandang Adam. Adam pandang Faiz tak berkelip. Naluri Adam berkata : Apa lah pakcik jambu ni cuba cakap.
Faiz pandang Adam. Adam tiba-tiba merengek. "Alamak apa anak Alya nak ni?"
Faiz berkerut sambil menggaru kepala. Tiba-tiba terlintas di fikirannya untuk call Alya. Apalah masalah anak dia tu.
***
"Awak bosanlah." rengek Alya bila dari tadi Hariz layan khasidahnya. Stress tahu tak!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"sikit lagi sayang. Stay je." jawab Hariz. Dia masih focus berperang dalam gamenya itu.
Hariz pandu kereta yang dipinjam dari Puan Mariam tadi pulang ke rumah mereka. Bosan jalan-jalan dekat taman. Baik balik rumah. (berani betul dia dengan takde lesen meredah jalan)
Bunyi deringan dari phone Alya memaksa Alya untuk mencapai handphonenya lalu diangkat.
"Ye cikgu."
Hariz sedang pandang tv pandang Alya bila dengar Alya cakap cikgu. "Hah?"
"Cuba cikgu check pampers dia."
"Ouh tak eh. Ahhhh...yang ni bagi dia dengar lagu baby shark." kata Alya lagi. Hariz tahu siapa yang call Alya ni. Dia tahu siapa. Faiz taraguna. (itu apa yang hati Hariz panggil Faiz) Hariz kembali pusing depan focus pada gamenya.
"Cuba cikgu search dekat youtube. Nanti keluarlah lepastu bagi dia tengok video tu nanti dia diam."