Bab 67

26.2K 922 41
                                        

"Puan Alya dah stabil sekarang. Puan Alya mengalami pendarahan yang teruk dan menyebabkan dia keguguran." ujar doktor dah separuh abad rasanya umur dia.

"hah?" Hariz terkejut beruk.

"Encik tak tahu Puan Alya mengandung?" Giliran doktor tu pulak terkejut ni. "Saya..saya tak tahu pun." ujar Hariz.

"Puan Alya mengandung dua bulan mungkin disebabkan faktor Puan Alya yang kurus susah untuk dia sendiri pun sangka dia mengandung." Doktor memberi maklumat.

Patutlah Alya asyik merajuk je. Sensitif je. bisik Hariz.

Doktor pergi dari situ. Hariz terduduk di kerusi. Satu penyesalan hinggap di lubuk hatinya.

Puan Mariam datang bersama Adam,Hadif dan Kaklong ke hospital tak lama kemudian.

"Mi Alya gugur." report Hariz memeluk Umminya. "Alya mengandung?" Mereka semua terkejut. Hariz mengangguk.

***

Hariz duduk di tepi katil Alya. Tubuh Alya terbaring masih tak sedarkan sejak semalam. Hariz mengambil tangan Alya.

"Sayang. Bangun lah." pujuk Hariz. Dia berkali-kali mencium tangan Alya.

"Riz. Pergi makan dulu. Biar Ummi jaga Alya kejap." suruh Puan Mariam bila lihat anaknya itu tak tinggalkan sisi Alya sejak pelawat dibenarkan melawat Alya.

Hariz ikut cakap Puan Mariam. Dia menyambut huluran Adam dan diangkat lalu dibawa pergi. Mereka makan di cafeteria.

"Adam rindu Ibu tak?" Soal Hariz pada Adam yang sedang lenyekkkkk bubur yang disuapkan Hariz. Lepastu Adam muntahkan dia lenyek.

"Dam jangan. Kotor." marah Hariz mengelap mulut Adam. Dah lah tak jawab soalan baba dia lepastu nakal pulak. (Hello! Adam baru 7 bulan gila ke  nak jawab.)

Hariz seperti bapa mithali bila bawa Adam ke sinki. Adam di dudukkan di atas tembok sinki. "ahhh." Hariz suruh Adam nganga. Adam ikut menganga Hariz punk check sisa makanan di dalam mulut Adam. Ok mulut Adam dah kosong.

"Alright. Jom kita jumpa Ibu." Kata Hariz. Dia mengangkat Adam dan dibawa naik semula. Semasa mereka naik, muka Puan Mariam seperti cemas. Dia berlari ke arah Puan Mariam.

"Kenapa Mi?"

"Ummi tak tahu. Tapi Riz masuk jelah tengok." Kata Puan Mariam. Hariz menyerahkan Adam pada Puan Mariam tapi Adam pun nak tengok Ibu dia. Melalak lah budak tu. Hariz ambik Adam balik.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik. Adam dan Hariz pandang pada kaki Alya yang dah terkeluar dari selimut. Bila langsir diselak nurse, Alya sudah duduk di katil. Dia pandang Hariz dan Adam.

Hariz segera datang. Alya dan Hariz berpelukan. Adam tersekat di tengah tengah mereka. Adam menangis.

Hariz meleraikan pelukan. Hariz meletakkan Adam di katil. Lalu menyambung berpeluk dengan Alya.

"Abang minta maaf, Alya. Ini semua salah abang." Hariz mencium rambut Alya. Alya meleraikan pelukan Hariz selepas melepaskan rindu untuk peluk Hariz.

"anak kita?" soal Alya sudah mulai sebak.

"Alya tahu? Kenapa Alya tak bagitahu abang?"

"Ya nak bagitahu tapi abang tak datang pujuk Ya." Alya buat suara manjanya mencuit hati Hariz. Walaupun baru 3 hari dia tidak bercakap dengan Alya, tapi hati dia rindu macam orang gila nak dengar suara manja Alya. "anak kita macam mana?Ok kan?" Soal Alya teruja.

Hariz pandang Alya. Dia terus memeluk Alya. "Sorry Alya. Allah lebih sayangkan anak kita." Hariz mengusap rambut Alya. Tiada balasan dari Alya selain hanya tangisan Alya.

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang