Bab 38

31K 1.3K 29
                                        

Pagi ahad yang nyaman. Alya sedang memasak. Hariz muncul dari dalam bilik bersama Adam yang digendong terus mengintai makanan. (yang peliknya si kecil tu pun nak mengintai ibu dia masak apa)

"kau masak apa?" soal Hariz. Alya memandang Hariz.

"dah gosok gigi ke belum?" soal Alya. Hariz terdiam mulutnya di tutup. Hariz menggeleng.

"mandi dulu. Lepastu kita makan." ujar Alya. Hariz menjeling. 

***

Lama sungguh kedua-dua hero tu mandi. Alya menunggu lama. Lalu diketuk pintu bilik air tersebut. Tak berkunci pulak. Alya pun masuk

 Alya pun masuk

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Ya Allah." Alya terkejut. "sebab tulah Ibu tak nak Adam mandi dengan Baba. Bukannya mandi! main sabun pulak." bebel Alya mengangkat Adam dari dalam bathtub tinggalkan Hariz.

Adam menangis mahu babanya. Nak sambung main sabun lagi.

"Tengok! Bil air meningkat, jangan marah saya kalau saya tak bagi awak buat 3 pekerjaan sehari." bebel Alya lagi.

***

Alya pakaikan Adam baju dan Adam masih dalam tangisannya nak dekat baba dia.

Hariz masuk ke dalam dengan bertuala di pinggang. Dia baring di katil betul-betul di sebelah Adam. Adam yang dipakaikan baju oleh Alya berpusing. Dia menoleh pada babanya lepastu merangkak ke arah babanya tinggalkan Alya yang belun selesai pin seluar Adam. Hariz buat muka buruk, Adam  tergelak. Mereka langsung tak hiraukan Alya.

"awak matang lah sikit!" marah Alya pada perangai Hariz. Hariz bangun dari katil terus mencapai seluarnya. Terdiam terus bila dimarahi Alya.

"Siap cepat sikit. saya tunggu luar. Sarapan sama-sama." ujar Alya mengangkat Adam dan dibawa keluar dari bilik.

Hariz keluar dari bilik dengan t-shirt kosong dan seluar pendek. (memang tu je seluar favorite dia. Takde seluar lain). Hariz mengambil tempat di sebelah kerusi kecil Adam yang tinggi.

"Anak Baba makan apa tu?" Hariz mencium pipi Adam. Alya menghidangkan nasi goreng di meja Hariz.

Baru nak suap...

Tukk..tukkk.

Hariz pandang Alya. Tak pernah-pernah orang ketuk pintu rumah mereka.

"saya pergi jap." Alya pergi ke pintu untuk membuka.

"Kaklong." Alya terkejut dia segera membuka pintu untuk Kaklong. "Hai Alya!" Kaklong melambai tangan pada Alya. Alya tersenyum. Dia mengajak Kaklong masuk.

Hariz pula sedang menyuapkan bubur nasi di mulut Adam bagi menggantikan Alya tadi.

"Adam!" jerit Kaklong teruja jumpa anak buahnya. Dia segera datang terus mencium Adam. Terkejut Adam.

"dah pukul berapa ni? Korang baru nak sarapan?" Kaklong melihat jam tangannya.

Pukul 11:35 pagi.

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang