Keesokan harinya, Alya dibenarkan pulang ke rumah bersama Maksu dan Hariz.
Tiba sahaja di rumah, Hariz terkejut dengan rumah Maksu yang penuu dengan peralatan bayi. Muncul perasaan tidak puas hati Hariz.
" siapa beli semua ni?" tanya Hariz sedikit keras. Alya yang mengendong Adam pun memandang Hariz pelik.
Pahal tiba tiba nak marah ni bisik hati Alya.
" Ibu beli." jawab Alya perlahan. Hariz tepat memandang Alya. Kemudian pandangan itu dialihkan kearah Maksu yang baru masuk rumah sambil busy cari barang dalam handbag.
" Ibu!" panggil Hariz. Maksu memandang Hariz dan Alya tak tahu apa-apa.
" wwwaee gereeyy." tanya Maksu dalam dialek Korea. ( entahlah ejaan)
" Ibu beli semua ni ke?" tanya Hariz. Maksu lekas mengangguk. " tak payahlah Ibu. Ini anak bini Riz. Riz tahu nak belikan apa untuk dorang. Riz masih mampu."
kata-kata Hariz tadi membuatkan Maksu tergelak. " Ibu no jokes available here." kata Hariz keras. Dia cuba menahan amarahnya.
" kau takde duit Riz, kau masih budak sekolah. Alah! Ibu tolong sikit ni je." jawab Maksu.
Hariz menumbuk di dinding dan pandang Maksu dengan pandangan Beast. Dia terus masuk ke bilik.
Alya hanya tercegat diam memerhatikan Hariz dan Maksu gaduh tadi.
" Pergi pujuk laki hang. kang merajuk susah nak pujuk lagi parah." suruh Maksu. Alya mengangguk. Dia pun mengendong Adam dan masuk ke dalam bilik. Kelihatan Hariz sedang duduk di birai katil sambil pandang tingkap.
" awak!" panggil Alya.
Hariz tidak menoleh sebaliknya hanya
" huhhh." tu saja." awak marahkan Ibu lagi ke?" Soalan Alya tidak dijawab Hariz.
Lama mereka diam, dan akhirnya Hariz kalah. Dia menoleh pada Alya yang sedang duduk di atas katil sambil mengendong Adam. Diciumnya dahi Adam.
" Alya!" panggil Hariz. Alya menoleh pada Hariz dengan senyuman.
" lain kali jangan minta semua ni dari Ibu. Faham? Minta je dekat aku. Walaupun aku budak sekolah, tapi aku mampu belikan barang Adam." Hariz perjelas. Alya menangguk tak percaya.
Ini ke lelaki yang aku dah pernah gantung dia sekolah, rampas telefon dia dan lelaki yang lambat pergi sekolah? ini ke Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah? Ini ke Hariz yang pernah ditangkap melepak dengan Mat Rempit dan Mat Gian? Ini ke Hariz dengan rekod keluar masuk lokap?
" Kau termenung apa? aku cakap dekat kau ni." Hariz bentak. Kuat suaranya.
" hah? jap awak cakap apa tadi?" Obvious sangat dia tak berikan perhatian masa Hariz cakap.
Hariz cukup pantang kalau dia bercakap, orang tak pandang dan tak berikan perhatian.
Adam menangis terganggu dengan suara kuat bapanya. " Shhh..." Alya memujuk Adam.
" awak janganlah jerit jerit. Adam menangis nanti." tegur Alya sedikit terkilan dengan perangai Hariz yang terlalu ikutkan perasaan apabila nak marah dekat Alya, Adam menjadi mangsa.
Hariz terdiam. Eh dia ni. Aku yang patutnya marah dia. Aku kena marah balik ni. bisik hati dia geram.
Hariz memandang tubuh Adam yang sekecil peha kedingnya. Dia segera pergi tukar seluar dan sambung baring di atas katil dan menghenjut. effectnya pada Alya. Alya punya terikut kena henjut.
" awak!" marah Alya suara nak marah tapi berusaha untuk tahan.
" apa?"
" janganlah budak-budak sangat."
" apa yang budak-budak sangat nya." Hariz baring mengiring membelakangi Alya. Alya pandang Hariz geram.
Dia terus keluar dari bilik. Hariz dengar bunyi pintu dihentak. Dia terkekek gelak sebab dia sangka dia dah menang.
Baru nak terlena,
tukk.tukk.tukk
Maksu masuk ke dalam bilik. Hariz buat-buat tidur.
" Riz! Pergi cuci Uri Adam ni. Cepat!" Maksu menepuk punggung Hariz membuatkan Hariz terjaga. Hariz bangun dan memandang Maksu.
" apanya Ibu?" soal dia.
" Ni ha!" Maksu menunjukkan satu bungkus plastik dalam mangkuk. Baunya sungguh hanyir. Hariz mengeluh dia terus mengikut Maksu.
Di ruang tamu, Alya tersengguk sengguk nak tidur. Hariz sengaja nak kacau dia.
" Hoooooohhhh." jerit Hariz membuatkan Alya terjaga. Hariz tergelak apabila terlihat expression Alya dari reflection TV Plasma Maksu.
***
" Ibu apa ni? macam mana nak basuh?" suara Hariz kuat didengari dari ruang tamu.
" basuhlah situ. Hah sampai hilang bau." giliran Maksu pulak menjerit.
" Riz aku tampar kau kang. Basahlah baju aku. Aku suruh simbah dekat daging hanyir tu bukan aku." marah Maksu lagi.
Alya tergelak dengar pergaduhan mereka.
" pergi tanam benda ni dekat laman lepastu tutup dengan pasu yang terbiar sebelah longkang. Senang sikit nak kenal mana satu." Ujar Maksu sedang masak nasi.
Hariz mengangguk. Dia pun membawa Uri Adam keluar melalui ruang tamu.
" Uri Adam?" Hariz terus menghulurkan Uri itu ke arah muka Alya. Muka Alya menjauh.
" busuklah."
Hariz membuat muka nak gelakkan Alya lepastu terus keluar. Hariz menanam di laman.
Alya dapat lihat Hariz mengorek tanah dari dalam rumah.
" hariz mana Hariz?" Tegur Maksu. Alyaa memandang Maksu yang baju dah basah kuyup.
" itu ha dekat luar. Kenapa Ibu?"
" bertuah dia. Siap dia. Dia dah pakai toilet, bukan nak simbah balik tempat-tempat darah tadi. Dia biar je. Ni yang terpaksa Ibu basuh sampai basah baju." jelas Maksu. Alya tergelak. Maksu mendaki anak tangga untuk ke biliknya.
Alya kembali pandang luar. Dia lihat kegigihan Hariz mengelap peluhnya tapi masih fokus korek tanah.
" Adam! Besar nanti Adam jadi macam Baba. Tengok baba." Alya berkata pada Adam. Adam diam tak bersuara.
Dia tersenyum melihat Hariz yang menolak tepi ego demi untuk menjadi yang terbaik.
Hariz selesai dengan kesnya tadi, dia masuk ke dalam rumah. Dia melabuhkan seluruh badannya di sofa yang sama tempat Alya duduk. Disebabkan kaki yang panjang, kepala Hariz berlanggar dengan peha Alya.
" awak kaki tu tak payahlah dekat sofa. Memang panjang lah." marah Alya.
" ahhhh." jawab Hariz. Hariz terus mengangkat kepalanya dan baring di atas peha Alya. Hariz catnap begitu juga anaknya, Adam.
Alya pula menjadi mangsa bantal kepada kedua-dua baby baru lahir ni. Last-last tiga-tiga terlelap.
*so media showed how the position between Hariz and Adam jadikan Alya bantal.
*anotherupdate

ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Adam Iskandar
Teen FictionHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...