Bab 70 (The Fani)

28.4K 924 21
                                        

Hariz sedang menunggu Alya dengan motor sejatinya di luar sekolah. Alya keluar dari sekolah tanpa beg.

"Awak!" Alya terkejutkan Hariz membuatkan motor Hariz hampir nak terjatuh. Hariz pandang Alya bengang. Nasib sayang lah kalau tak dah kena hempuk ni.

"Mana beg? Jom lah balik."

"Saya ada kena hias banner rumah sukan dengan Hairul. Saya balik lambat." kata Alya. Hariz pandang Alya. "Asal Hairul?" Aduh jealous ke bang.

"Dah dia team saya." Alya mengangkat bahu macam tak tahu. Hariz mengangguk dia startkan motor.

"Saya call Hairul kejap lagi kalau dia kata takde apa-apa, saya suruh awak kerja over time lagi malam ni." Hariz mengelip mata. Alya menjelir lidah padanya. Hariz senyum pada Alya lalu pandu motor pergi.

Sejurus Hariz pergi, Alya pusing nak masuk sekolah balik. Shah perhatikan dia. Alya jalan je malas nak layan mamat psycho ni.

"Bahagia betul." perli Shah bila Alya lalu sebelahnya. "Memang bahagia sebab dia tak psycho macam dia tu." perli Alya balik lalu terus berlari. Dia takut Shah kejar dia. Baik dia lari. Cari pasal pulak Alya ni.

***

Hani parked keretanya di hadapan sekolah. Dia dah bengang ni.

Memandangkan sekolah ni turut pernah menjadi sekolahnya walaupun 2 bulan je. Tapi dia cukup tahulah mana bilik guru. Pak Guard benarkan dia masuk kerana dia selalu keluar masuk sekolah ni semasa Alya diculik dulu.

Dia jenguk dari luar bilik guru lalu berlanggar Puan Naemah yang baru nak masuk bilik guru. "lawyer Alya kan?"

"ha ye ye. Saya nak jumpa cikgu faiz." kata Hani. Puan Naemah mengangguk. Dia masuk ke dalam.

Faiz keluar tak lama selepas itu bersama buku di tangannya. Nak balik juga tu. "I nak cakap dengan you." kata Hani perlahan takut murid-murid sekolah dengar.

"Ok jom. I pun ada benda nak cakap dengan you." Hani mengikut langkah besar Faiz. Dah galah langkah pun besar lah.

***

"Kita lukis yang bulatan dulu lah. Sebab ni kan tajuk dia Chelsea kan?" kata Alya sekejap-sekejap dia pandang handphone Hairul untuk kenal pasti macam mana logo kelab bola sepak Chelsea.

Hairul mengangguk. Dia pun ambil geometri dari dalam pensil box Alya. (eh selamba)

"Kau nak tahu tak, Hariz big fans MU." cerita Hairul sambil buat lakaran buat. Alya pandang Hairul.

"Serious ke? Tapi selalu tengok dia main PS3 yang bola tu selalunya Lover.."

Alya blurr bab nama pasukan bola ni. 

"Liverpool." Hairul betulkan. "ha ye." Alya menepuk tangan bangga dengan pencapaian Hairul yang boleh teka nama pasukan bola tu. (dah sah sah lah dia tahu. Lelaki takkan pernah lupa nama pasukan bola satu pun.)

"Liverpool dengan Lona lona tu."

"Barcelona." Hairul mengeluh. Kenapalah bendul Alya datang di waktu macam ni. Macam mana lah Hariz boleh tahan dengan dia ni. bisik hati Hairul.

"Mungkin lah."

***

"Ok sekarang kita bincang." Faiz memberhentikan keretanya di rooftop mana entah. Hani melihat di sekeliling tempat itu. takde orang.

Hani terus pandang Faiz. "Kenapa you hantar rombongan merisik I?" soal Hani menunjukkan jari telunjuk pada Faiz. Kedua-dua mata Faiz pandang pada jari telunjuk Hani. "mana ada rombongan. Mama I je." balas Faiz. Hani mengeluh.

Kerana Adam IskandarCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang