Bab 19 (The Confession)

38.1K 1.2K 25
                                    

Hariz perhati Alya. Alya sedang membaca novel english milik Maksu. Alya perasan Hariz memandangnya tapi Alya buat dont know.

"Adam mana?" tanya Hariz. Alya diam membatu. "Adam mana?" Hariz bertanya lagi tapi kali ini dengan nada yang agak keras sedikit.

"Dalam bilik. Dia tidur." Akhirnya Alya jawab juga pertanyaan Hariz. Alya meletakkan novelnya di meja dan berlalu meninggalkan Hariz sendirian di ruang tamu. Hariz mendengus geram.

***

Maksu akhirnya pulang ke rumah dengan Asyraf. Maksu ada juga terlihat perang dingin antara Alya dan Hariz.

"Asal ni?" Tanya Maksu sewaktu di meja makan. Alya makan tanpa menghidangkan atau meletakkan lauk ke dalam pinggan Hariz seperti selalu dia buatkan.

"Alya takde selera nak makan. Alya masuk dulu." Alya bangun dari meja dan meminta diri dari situ. Sempat dia jeling Hariz tajam. Hariz hanya memandang Alya pergi dari situ.

Kepala Hariz lantas diketuk Maksu pakai sudu sambil diperhatikan suaminya yang tergelak kecil lihat Hariz punya responds pada pukulan itu.

"ahh. Sakitlah." marah Hariz pegang bahagian kepalanya yang sakit. Maksu pandang Hariz bengang.

"Kau buat apa dengan Alya sampai dia jadi macam tu?" marah Maksu perlahan takut didengari Alya. Hariz menggeleng dengan pertanyaan Maksu. Dia diam sambung makan.

" Kau ingat eh Riz. Dia mak anak kau. Jangan buat hal eh. Dia dah berkorban tau untuk kau. Bertarung sakit tapi langsung dia tak complain." nasihat Maksu kasar. Hariz tersentak terdengar perkataan dari mulut Maksu.

ada betulnya cakap Maksu ni.

***

Hariz masuk ke bilik selepas long chit chat dengan Maksu dan Asyraf. Hariz melihat Alya sedang baring dan Adam di sebelahnya juga turut lelap.

Hariz datang pada mereka berdua. Dia pun baring di katil. Dia memusingkan badannya ke kanan untuk tatap wajah Adam yang ketiduran. Dia mengusap pipi lembut yang ada kesan merah sedikit, mungkin digigit nyamuk. Dia mencium dahi Adam lama.

Sehingga satu saat, dia melepaskan ciuman itu. Giliran Alya pula dia tatap lama. Wajah polos Alya yang sedang lena tidur. Hariz tergelak kecil bila Alya menggerakkan tubuhnya sedikit sambil mulutnya muncung.

Tangan panjang Hariz dihulurkan pada pipi Alya. Diusap pipi itu perlahan supaya tak bangunkan atau ganggu tidur lena Alya.

" Terima Kasih sebab awak sudi lahirkan anak saya." kata Hariz pendek dalam nada yang perlahan. Dia usap pipi itu lagi dan tangannya turun ke bibir Alya.

"Saya akan cuba sayangkan awak. Walau apapun terjadi saya takkan lepaskan awak." Kata Hariz pendek sebelum dia kembali baring semula. Baring dalam keadaan yang selesa. dan turut terlena.

***

Hariz terjaga dari tidur. Dia melihat ke kanannya. Nampaknya Alya dan Adam sudah tiada di sebelahnya. Dia pun bangun sambil menggosok tengkuknya.

Dia terbau makanan sedap lepas je dia keluar bilik. Alya perasan Hariz di dapur.

" awak nak makan?" soal Alya melontarkan senyuman pada Hariz. Hariz menggosok mata. Terkejut dia tengok perubahan Alya.

"Ibu dengan Asyraf mana?" soal Hariz balik tak hiraukan pertanyaan Alya tadi.
"baru keluar. Ibu kata nak pergi beli barang." jawab Alya pantas. Di atas meja ada carrier. Dan Hariz pasti disitu mesti Adam diletakkan. Dia datang dekat pada Alya.

"Kau masak apa?" Hariz datang di sebelah Alya. Kepalanya meninjau ke dalam kuali.

"makanan kegemaran awak. Ayam sambal." kata Alya.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now