Bab 18

34.7K 1.2K 6
                                        

Adam dibaringkan di atas tilam kecil di ruang tamu. "ahh...Um..Ahh Makcik duduk lah dulu. Saya nak buat air di dapur jap."

Puan Mariam lekas mengangguk faham dengan maksud Alya. Kaklong pula sudah mengangkat Adam. Puas dia mencium Hariz junior ituu.

"Mi..Tengoklah muka dia macam Hariz. Tengok Hidung dia sama je macam bapak dia mancung sikit. Mulut lebar. Mata sepet." Kecoh Kaklong teruja dapat pegang anak buahnya buat pertama kalinya.

"dah nama pun Hariz tu bapak dia mestilah sama." Jawab Puan Mariam lebih pilih untuk perhati saja.

"Alya! Aku dah balik." jerit Hariz membuka pagar rumah. Terkejut Hariz seperti reverse satu langkah bila nampak Kaklong dan Puan Mariam di ruang tamu.

"Umm...Ummi." Panggil Hariz berhenti. Alya datang dari dapur bersama air. Lekas Alya berjalan ke arah Hariz. "unexpected." bisik Alya mengambil pampers dan bag Hariz di tangan Hariz. Sempat Alya menyalam Hariz. Kaklong dan Puan Mariam perhatikan gelagat mereka.

"Hai Riz. Takkan duduk situ. Sinilah." panggil Puan Mariam. Hariz memandang Alya sebelum menggaru kepala dan berjalan terus ke arah Umminya manakala Alya ke bilik untuk meletakkan pampers dan bag Hariz.

"Bila Ummi sampai?" Hariz duduk di sofa berhadapan dengan Puan Mariam. "baru je." jawab Puan Mariam. Adam menangis bila terus-terusan dicium Kaklong. Terasa rimas pula.

"apahal anak kau ni,Riz?" Kaklong terkejut. Hariz terus turun dari sofa. Dia mengangkat Adam. Bila terlihat babanya yang mengangkat,Adam diam.

"wah!wah! anak kau pun memilih orang eh." komen Kaklong geram bila Adam tak suka dengan dia.

"dia bukan memilih kak. Kau yang tak habis-habis cium dia. Rimaslah anak aku." marah Hariz membuatkan Kaklong diam tapi buat muka menyampah.

"Bini Riz mana?" tanya Puan Mariam tak nampak kelibat Alya sejak Alya menghantar bag Hariz ke dalam bilik.

" dalam bilik kot." Hariz bangun dengan Adam di pergi ke bilik. Hariz membuka pintu. "Alya! Sinilah." panggil Hariz menghulurkan tangan. Alya yang sedang duduk di birai katil. Lambat-lambat dia bangun kerana takut tapi dia bangun juga.

" Takutlah." bisik Alya. Hariz memandang Alya dan membisik. " ikut je aku."

Alya berjalan memegang lengan Hariz. Kerana nervous yang mendalam, dia picit lengan Hariz. Hariz memandang Alya sambil membuat isyarat untuk Relax.

Hariz duduk di sofa sementara Alya duduk di lantai depan Hariz. Hariz menghulurkan Adam kepada Alya.

"siapa nama awak?" tanya Puan Mariam menunjuk pada Alya. Alya masih terganggu sambil memegang Adam dengan penuh sifat keibuan. Last-last Hariz yang jawab.

" Alya."

" Ahh...Nur Fara Alya." sampuk Alya. Hariz mengangguk setuju dengan Alya. Puan Mariam diam. Masih tak tahu nak cakap apa.

" Cucu Ummi pulak?"

" Muhammad Adam Iskandar." kata Alya membuatkan Puan Mariam dan Kaklong terkejut tapi muka terkejut itu beransur dengan senyuman.

"panggil cucu Ummi apa?"

" Adam." jawab Hariz.

" Ummi datang ni. Ummi nak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Ummi need an explanation." cerita Puan Mariam memandang Hariz lepastu pada Alya. Adam sudah menggosok mata bagi tanda dekat ibunya dia nak tidur.

" Adam nak tidur, wak." kata Alya pada Hariz. "hah?" Hariz merapatkan telinga di mulut Alya. "Adam nak tidur. Saya masuk bilik dulu lah." Hariz mengangguk. Alya bangun.

Kerana Adam IskandarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang