Alya..Alya...Alya..
***
Hariz membawa Alya dan Adam pergi makan luar konon nak raikanlah dia dapat kerja baru. Awal-awal Hariz dah jumpa boss-nya untuk berhenti kerja. Nasiblah kedua-dua bossnya jenis yang memahami. Mereka bagi gaji Hariz sehingga tarikh terakhir Hariz kerja. Ok lah tu. Dengan duit tu jugalah dia bawa Alya dan Adam makan luar.
Selesai meng-order makanan. Hariz yang duduk berhadapan dengan Alya menghulurkan handphonenya pada Adam setelah dia buka lagu Didi&Friends. (sekarang Adam obses dengan Didi&Friends).
"Chan mali chan mali chan..." Adam mengangkat tangan girang dengan lagu yang dimainkan Didi&Friends. Pengunjung dalam restoran lama tempat Hariz bekerja itu memandang mereka. Mungkin atas faktor muka budak-budak tapi dah ada anak.
Alya terasa bangga harini. Satu sebab Hariz dapat kerja baru. Dua sebab Hariz sweet sangat harini. Tiga sebab Hariz tolong ikatkan braid rambut Alya sebelum mereka keluar rumah. Bila ditanya mana belajar ikat, dia jawab youtube. Ternyata ada masa juga Hariz nak buka benda tu. (memanglah! sayang bini kan. Mestilah nakkan yang terbaik. Kata nak jadi best husband evah!)
"Hariz!" tegur salah seorang rakan kerja Hariz di restoran tersebut. "Wan!" Jawab Hariz bangun dan greet Wan. Wan memandang Adam lepastu Alya. Alya melontarkan senyuman pada Wan.
"anak bini kau ke?" Wan berbisik. Dia agak pelik kerana Hariz tak pernah bercerita perihal personal life dia. Tak tanya mana nak cakap kan!
"Yelah. Kau fikir aku rembat anak bini orang ke, bodoh." balas Hariz pada the stupidest question asked by the stupid person. (saya tak cakap itu Hariz cakap).
Wan kembali buat kerjanya bila dipanggil Boss. Hariz duduk kembali. Alya menghadiahkan pandangan tajam pada Hariz.
"apahal buat muka macam tu?" soal Hariz. "Awak cakap dengan orang tu tak payah lah keluar carut. Tak boleh hidup ke kalau tak carut dekat orang." deep betul ayat Alya. Hariz terdiam.
Hariz dan Alya menikmati makanan mereka. Seperti biasa, meja Adam paling menonjol bersepah itu. Habis bubur yang disuap dimuntahkan balik lah. Biskut yang harus dikemam-nya dilenyekkan. Alya menggeleng kepala saja tengok anaknya.
"Anak baba nak jadi tukang buat roti canai ke?" tegur Hariz suara sedikit keras konon nak marah Adam lah sebab buat sepah. Adam melompat girang. Tangan diangkat keatas.
'Uninvited visitor' telah datang.
"oii! Cepatlah ambik order. Lembab betul!" jerit tht 'uninvited visitor'. Wan selaku pelayan pun berlari ke arah sekumpulan lelaki bertatu.
Selesai mengambil order, Wan kembali ke dapur. Banyak kali kepalanya ditolak geng itu sebab lembab bertindak.
Pembantu Capeng menunjukkan ke meja Hariz. Hariz tahu itu Capeng. Supplier Pil Kuda, Pil gian, Air ketom, ubat batuk tapi dia bukan supplier dadah. Dia kata itu bahayakan kesihatan (air ketom dengan ubat batuk tu ada dadah juga. Adui! Sama je!)
Capeng bangun dan berjalan ke meja Hariz. Hariz masih makan dan tidak menghiraukan Capeng. Alya tak perasan Capeng kerana dia duduk membelakangi mereka. Capeng mendekatkan hidungnya ke rambut Alya. Alya masih tak perasan. Sampailah bila dah start usap rambut Alya. Alya terkejut. Dia menoleh pada Capeng.
Hariz terus menghentak meja dan bangun membuatkan Adam yang melayan Didi&Friends pun pandang muka babanya dalam Api Kemarahan.
"KAU JANGAN SENTUH DIA! SIAL!!" tengking Hariz pada Capeng. Sekali lagi Alya terkejut. Semua pengunjung memandang ke arah mereka. Pembantu Capeng sudah bangun nak get ready nak serang Hariz ramai-ramai tapi pantas Capeng menolak pelawaan konco-konconya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Adam Iskandar
Fiksi RemajaHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...