"Athirah!" panggil Eyoy terus tikam mengena pada bahagian kanan perut Athirah. Athirah terkejut pandang itu adalah Eyoy. Dia pegang badan Eyoy sakit dengan tikaman itu.
"Itu balasan untuk orang sial macam kau dengan pakwe kau." bisik Eyoy lalu menolak Athirah. Dia berlari menaiki motor yang dipandu kawannya.
"Athirah!" Azrul berlari mendapatkan Athirah. Azrul sempat menyambut badan Athirah sebelum Athirah jatuh ke tanah lalu diribakan kepala Athirah di pahanya. Alya berlari masuk ke dalam untuk mendapatkan bantuan cikgu. Aiman dan Mirul kebetulan berhenti di pagar.
"Man Mirul kejar Eyoy. Sial kejar babi!!" jerit Azrul. Dia tutup bahagian perut Athirah yang mengalir darah tak henti. Athirah turut pegang bahagian itu.
"Awak. Tahan awak. Tahan tolong tahan." Azrul sudah dengan tangisannya melihat Athirah bertarung mati-matian. Tangan Athirah pegang pipi Azrul.
"Awww..awww..awak dadadadatang.. dekkkattt saya." lembut suara Athirah. Azrul mencium tangan Athirah di pipinya.
"Tolong awak tahan. Tolong." Rayu Azrul. "Oii sial! Call hospital bodoh! Bodoh call hospital." jerit Azrul pada murid-murid yang cuma memerhati.
"Saya sayang awak. Awak tahan lagi sikit sayang. Tolong tahan." Rayu Azrul dengan airmatanya. Dia pandang pada Athirah merayu.
"Sassaaakitt awwakk. Sayyya sayyaaangg awwwakk. Ajjar sayyya mememengucap."
****
Aiman dan Mirul memecut motor mengejar Eyoy bersama kawannya.
"woii!" jerit Aiman pada Eyoy. Kawan Eyoy masih pecut motor. Tiba-tiba sebuah motor polis mengikuti mereka.
"Berhenti!" arah polis berkenaan pada Mirul dan Aiman. "Cik Polis! Saya tak jahat. Saya tengah kejar orang jahat." jerit Mirul mengatasi bunyi motor 125 yang dipandu kawan Eyoy. Segera polis itu memecut. Polis itu pun bersama-sama mengejar. Akhirnya menjadi kenyataan juga hasrat Aiman dan Mirul untuk berlumba dengan motor polis.
***
Sejurus mendapatkan call dari Alya, Hariz pecut motornya tinggalkan restoran begitu saja. Dia datang ke arah orang ramai berkerumun. Dia mencelah pada orang yang berkerumun. Terdapat polis bersama sebujur badan ditutup plastik hitam. Tali lintangan tidak mengizinkan orang masuk diletakkan di sekeliling bahagian di situ.
Alya disitu di bahu jalan sedang menangis sambil dipujuk Puan Aisyah. Encik Faruk, Cikgu Faiz dan Cikgu yang lain berdiri di situ.
"Alya!" teriak Hariz. Alya pandang Hariz. Alya berlari ke arah Hariz lalu memeluk Hariz sambil disaksikan semua murid yang berkerumun. Hariz peluk Alya erat. Mujur itu bukan Alya menjadi mangsa.
"Awak!!" Tangisan Alya di dada Hariz. Hariz menepuk belakang Alya. Memujuk Alya. Perbuatan mereka turut disaksikan cikgu-cikgu yang lain.
Hariz pergi ke arah Azrul yang bersandar di dinding pagar batu termenung. Tangannya masih berdarah dan tak dibasuh. Hariz duduk di hadapan Azrul.
"Rul." Panggil Hariz perlahan. Azrul pandang Hariz. Dia pandang Hariz lama. "Athirah dah takde. Riz Athirah dah takde!" Jerit Azrul mengamuk. Hariz terus menarik Azrul ke dalam pelukannya.
"Sabar Rul. Aku tahu ni perit." pujuk Hariz pada kawannya. Ini bukan Azrul yamg Hariz kenal. p "Aku bodoh Riz. Aku bodoh. Aku...aku sepatutnya buang ego aku. Aku patut hantar dia balik rumah. Tapi aku biarkan dia sorang-sorang." Azrul menangis dalam pelukan kawan baiknya itu. Alya memerhati turut menangis. Dia orang terakhir yang berbual dengan Athirah sebelum Athirah ditikam.
Mirul dan Aiman sudah dibalai polis bersama Eyoy dan kawannya yang sudah diberkas polis. Aiman dan Mirul disuruh membuat laporan polis.
Hariz terus-terusan memujuk Azrul yang sudah seperti orang hilang arah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Adam Iskandar
Novela JuvenilHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...