Hariz...Hariz..Hariz.
***
Hariz, Aiman dan Mirul berlari mencari kelibat Azrul di Klia. Aiman check schedule flight to Tokyo.
"Riz. Pagar flight dah buka, Yal. Mesti dia dah masuk ni." Aiman menggaru kepala. Hariz mengeluarkan handphonenya. Dia mendail nombor Azrul tetapi tiada dalam talian.
Hariz sejak akhir-akhir ni kerap ke rumah Azrul. Dia nak tengok keadaan Azrul. Ya Azrul makin lemah. Makan pun 1 kali sehari lepastu berkurung balik.
Hariz mengetuk pintu apartment milik mama Azrul. "Hi Hariz." tegur Mama Azrul senyum padanya.
"Azrul ada tak Aunty?"
"Azrul tak bagitahu ke? Dia nak pergi Jepun ikut bekas kawan rapat arwah ayah dia. Dia nak start new life dekat sana." Mama Azrul kelihatan terkejut bila Hariz kawannya paling rapat pun tak tahu. Hariz lagi terkejut lah.
"Bila dia pergi Aunty?"
"Pukul 9 tadi. Tiket flight dia pukul 10:30 pagi tak silap. Sempat lah kalau sekarang Hariz nak pergi." kata Mama Azrul lagi. Hariz memandang jamnya.
9:30 pagi..
"ok terima kasih aunty." Hariz berlari. "Hariz Klia 1 tau." jerit Mama Azrul harap-harap Hariz dengar.
Hariz menuruni tangga. Dia mendail nombor Mirul dan Aiman supaya mereka dapat berjumpa di Klia."Tanya pramugari cantik tu." kata Mirul pada Aiman dan Hariz menunjuk pada seorang wanita menjaga ticketing. (aduh ticketing dia panggil pramugari. Bila nak maju Mirul!)
Aiman dan Hariz tinggalkan Mirul yang usha semua pramugari berpakaian kebaya. Fuh lawa!
"Kitorang nak tanya passenger nama Muhd Azrul Bin Mokhtar dah naik flight ke belum?" tanya Aiman. Penjaga ticketing itu berkerut.
"Flight pergi Tokyo dah berlepas ke?" Hariz mencelah. Disebabkan Hariz tanya lembut, penjaga ticketing itu melayan kerenah Hariz. "Pukul berapa?"
" sepuluh tiga puluh."
"Ouh belum. Ada apa-apa boleh saya bantu lagi?" Penjaga ticketing itu merenung Hariz yang pandang sekeliling untuk tengok kalau-kalau ada Azrul.
"Azrul! Azrul!" Hariz teriak pada Mirul yang tengah mengorat. Aiman sedang panas bila penjaga ticketing itu layan Hariz baik. Hariz tinggalkan kaunter.
Mereka bertiga lari ke arah Azrul. Azrul terkejut bila kawan-kawannya di hadapannya. Mirul melompat kung fu panda pada Azrul.
"Sial kau nak bla tak bagitahu!" marah Aiman. Azrul pegang pasportnya lalu dimasukkan ke dalam beg galas kecilnya. Azrul tersenyum kelat.
"asal kau nak bla? Aku tahu lah Malaysia tak sejuk macam Jepun. Tapi aku akan sejukkan hati kau." Mirul buat ayat gay dia lagi. Walaupun hatinya bukan gay tapi dia suka bagi ayat gay dekat kawan-kawannya membuatkan mereka geli dan menyampah dengannya.
"Otak kau! Bukan sebab cuaca lah." Aiman menolak kepala Mirul. Mirul diam.
"Perlu ke kau bla?" tanya Hariz mendengus pada Azrul. Azrul senyum mengangguk. "perlu. Tak guna aku duduk sini kalau aku jalan masuk kelas tempat dia kosong." jawab Azrul jujur. Dia masih lagi tak redha atas pemergian Athirah.Hariz mengangguk. Dia menepuk bahu Azrul. "Kalau itu yang terbaik untuk kau. Bla weh. Bla dari Malaysia. Cari hidup kau sendiri. Jangan selamanya jadi macam ni." halau Hariz tapi sebenarnya dia tak mahu menghalau kawan baiknya itu. Azrul tersenyum manis.
"Tu lah Rul. Kita kawan dah 3 tahun. Kawan mana nak tengok kawan baik dia sedih. Takpe untuk kau, aku bagi kau bla. Cari hidup kau." giliran Aiman pula serious.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Adam Iskandar
Teen FictionHariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- A...