Bab 1

21.3K 418 3
                                    

Universiti Teknologi Mara, di dalam sebuah kelas......

"Weh, ada budak baru la dua orang. Kembar muka sama, comel gila diorang ni." Yea, that's right. Tu aku dan kembar aku yang diorang bualkan. Suria and Suri. Eerggh, lelaki. Kalau ye pun nak cakap suka tu, perlu ke kuat-kuat sampai satu kelas dengar? Tambah popular la aku dengan Suri nanti.

Aku melihat Suri yang sedang membuka kertas kajang dan bekas alat tulisnya. Dia tidak bercakap apa pun selama kami masuk ke kelas ini, mungkin masih gugup sebab berhadapan dengan orang baru. Well tu Suri, bukan Suria. Suria suka dengan orang baru sebab dapat tambah kawan dan tambah crush!! Tiba-tiba ada orang mengetuk meja kami membuatkan kami serentak berpaling.

OMG guys!!! Crush alert!! Crush alert!! Aku, Suria baru je jumpa lelaki paling cute, handsome yang boleh aku sandarkan cintaku padanya. Lagi-lagi bila dia senyum, cair mak.

"Ada pen lebih tak? Boleh pinjamkan?" Okay, kurang sikit rasa teruja aku sebab lelaki cute tu tanya Suri memandangkan mereka duduk bersebelahan dan sebab Suri dah buka bekas alat tulis dia. Untungnya Suri!! Selepas diberikan pen, dia tersenyum lagi kepada Suri sebagai tanda terima kasih.

Sekarang ni, aku dah tak tengok laki tu, dan aku tengok Suri yang tersenyum senang tiba-tiba. Perasan dengan jelingan aku, dia tersenyum sinis. Aku dah agak, betulla ni. Kenapa la kami ni kembar? Citarasa kami terlalu sama. Hampir semua barang kami gaduhkan sebab kebanyakan barang yang nak dibeli hanya tinggal satu stok je lagi. Dan sekarang lelaki? No, kali ni aku tak boleh bagi Suri menang. Aku nak tackle laki tu. Sebagai balasan, aku balas senyum sinis jugak pada Suri. Dia sepertinya faham apa maksudnya. The game begins!!


Selesai saja kelas, aku dan Suri mula mengemas barang-barang kami. Aku dah tak sabar nak tengok kafe, aku harap makanan dia best-best. Tiba-tiba ada seseorang berdehem di tepi kami. Ooh, mamat cute ni tadi. Terlupa aku asyik teringat nak isi perut je.

"Hai, saya Nadhim. Korang kembar kan? Baru kat sini eh?" Aku dan Suri berpandangan sesama kami dan ketawa kecil.

"Yes, seperti yang awak tengok, kami kembar, kembar seiras. Baru tu takla, kami dah semester 4 kat sini cuma baru ambik je kelas ni." Nadhim ketawa perlahan.

"Cantik la korang berdua ni. So, mana satu kakak mana satu adik?" Hati aku kembang semangkuk mendengar dia puji. Ok, sabar Ria, sabar. Suri melihat aku semula dan aku faham. Suri ni kalau nak bercakap dengan lelaki yang tak kenal memang senyap la dia. Lagi-lagi pulak bila first time jumpa lagi dah puji cantik.

"Obviously, yang senyap ni Suri kakak dan saya, Suria adik." Aku menghulurkan tangan dan disambut perlahan oleh Nadhim. Nadhim juga turut menghulurkan tangan kepada Suri walaupun Suri sikit pun taknak salam dengan dia. Tapi, Suri is Suri. Dia baik sangat, so dia ambik juga la tangan Nadhim dan salam.

"Suri, kita dah lambat nak ke kafe ni. Jom jom." Aku tarik Suri jauh dari Nadhim. Yelah, mana taknya bila pandangan tu lama sangat bertentang. I jealous tau!! Suri melambaikan tangannya kepada Nadhim sebelum kami pergi.


"Suri, stop smiling!!" Geram betul la aku dengan Suri, aku rasa aku tau dia senyum pasai pa.

"Apa? Saja senyum, tak boleh ke? Lagipun senyum kan sedekah. Kan?" Aku menjeling Suri dengan setajam-tajamnya.

"Oooh....Ria jealous ke ni? Jealous ke jealous ke? Hahaha." Aku menepis tangan Suri yang mencucuk pinggangku sehingga aku akhirnya ikut ketawa.

"Okay, Suri tahu yang Nadhim is so your taste. Ambik la, Suri tak kisah pun." Aku memandang Suri, tidak percaya. Dia juga cantik seperti aku, tapi dia tidak pernah suka pada popular, bukan seperti aku yang suka menjadi perhatian.

"Suri, sebenarnya Ria bukan suka sangat Nadhim tu. Tapi yelah, cuma test market je. Mana tahu kepopularan Ria sampai jugak pada Nadhim." Kali ni Suri pulak menjeling aku.

"Tak payah nak test market sangat. Awak tu dah banyak sangat laki crush. Dah tak tahu mana yang biasa, mana yang special."

"No, i'm not!! Ria ni innocent girl k, yang ramai orang minat. So, takde istilah special ke biasa." Tiba-tiba ada orang meletakkan air minuman di meja kami. Aku dan Suri melihat, senior kitorang Aizat yang tersenyum. Especially kat aku la.

"Nah, pepsi untuk Suri dan green te untuk Ria sebab abang tahu Ria suka sangat green tea kan?" Wow, so accurate.

"Oo, thank you abang Aizat. Mana tahu faveret Ria green tea?" Aizat nampaknya tersenyum bangga.

"Well, abang selalu nampak Ria minum air ni. So, abang belikan untuk Ria hari ni." Okay, macam pelik je ni. Dan Suri pun dapat rasa jugak sebab dia sekarang ni sedang tahan ketawa. Sampai la Aizat pergi, barulah dia ketawa kuat.

"Suri, dia stalker ke? Dia stalk Ria!!" Suri bagaimanapun ketawa lagi.

"Hahahaaha, yang tu Suri rasa boleh la masuk list special di hati Ria. Dah tahu faveret Ria. Tapi, pepsi? Eeuurgh, at least beli yang berkhasiat sikit. Kalau nak pikat adik, kena la tahu faveret kakak dia jugakkan?" Suri ketawa lagi dan membuatkan aku muncung. Hish, Suri ni!!!


Keesokan harinya di rumah seperti biasa aku dan Suri bersiap nak ke uni. Suri memandang aku pelik.

"What?" Dah kenapa Suri ni jeling-jeling semacam?

"Dah-dah la tu sembur perfume, satu rumah boleh bau. Mekap tu, kalau nipis sikit tak boleh ke? Ria kalau tak mekap pun cantik lagi la." Aku mengeluh perlahan.

"Suri, ni cara Ria gain my confidence. Lagipun, Ria nervous la." Suri yang tadi berdiri kini duduk.

"Nak nervous apanye? Takut mekap rosak? Ke Ria ada tak siap assignment?" Aku menatap kembali wajah di cermin.

"No, Ria nervous nak jumpa peminat-peminat Ria kat uni hari ni. You know how popular I am." Suri menjeling aku lalu dia mengangkat beg dan blah. Eh, salah ke aku cakap? Aku adalah antara mahasiswi yang berpengaruh dekat uni tau. Sebab ramai peminat.

Sampai saja ke uni, kami berdua terserempak dengan Nadzim sebelum masuk ke kelas. Sebelum berhadapan dengannya, aku mengeluarkan cermin dari beg dan memeriksa penampilan aku. Suri mengeleng melihat perangai aku yang tak boleh berpisah dengan cermin.

"Hai Suri, awal ke kelas hari ni?" Tegur Nadzim kepada Suri?? Apa semua ni? Mereka berdua mula berbual macam aku takde kat situ. Sampai la habis berbual barulah Nadzim berpaling ke sisi Suri dan melihat aku.

"Eh, Suria? Dah lama ke sampai? Tak perasan pulak tadi. Eh Su, kita jumpa lain kali okay. Bye." What?? Dia tak nampak aku? Dah lima minit aku berdiri depan dia dan dia tak nampak aku? Wait, dia panggil aku Suria? Sementara Suri pulak dia panggil Su?

"Wow, dah hilang nama Suri. Jadi Su pulak sekarang ni. Lepas tu, panggil Ria Suria pulak tu. Dia tak tinggal dalam uni ke sebelum ni? Atau dia baru pindah uni ni? Lecturer je yang panggil Ria Suria. Yang lain semua Ria." Suri hanya tergelak tengok kegelabahan aku.

"Okay, Ria mungkin famous di mata orang lain. Tapi mungkin bukan dia." Aku mengepal tangan geram. It's okay darling. Ni baru day one. Ada banyak masa lagi kita nak kenal-kenal.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now