Bab 50

7.9K 288 16
                                    

Kini dah seminggu aku duduk rumah, kerja akan mula bermula esok dan teka apa. Aku akan dapat kerja aku balik, anak buah boss, En. Azam. Yahoo! Sepertinya perempuan yang gantikan aku tu sementara saja.

Okay, berbalik pada rumah pulak. Aku makin kerap jaga Suri. Kalau bukan aku Nadhim la. Mama papa pula ditugaskan melayan cucu. Selesai.

Ketika ini aku berada di dalam bilik membasahkan tuala untuk mengelap badan Suri. Suri pula kadang-kadang batuk dan menurut pandangan aku semakin serious.

"Suri, apa kata kita pergi hospital? Sekurang-kurangnya duduk kat hospital, ada doktor boleh cek Suri kalau Suri sakit lagi." Suri mengeleng. Dah banyak kali aku memujuknya namun hampa.

"Tak nak, Suri nak mati kat rumah je. Suri nak mati bila semua ada dengan Suri. Lagipun Suri suka kat rumah. Ada Ria nak jaga Suri." Aku mengeraskan hati, tidak mahu menangis lagi lebih-lebih lagi apabila mendengar alasan Suri.

"Jangan nak mengarutlah. Suri mesti sihat, nak jaga Elisa dengan Nadhim lagi. Eli pun tentu nak mama dia ada dengan dia sepanjang dia besar." Suri senyum saja kepadaku.

"Suri tak payah risaukan hal tu lagi. Ria kan ada. Kita berduakan sama, so takde hal la bila Suri dah takde nanti." Aku berhenti mengelap badannya.

"Berhenti cakap macam tu. Ria yakin Suri akan sihat nanti. Dan kita berdua tak sama, Suri tu Suri la. Ria ni Ria. Eli perlukan Suri, so Suri kena sihat." Sekali lagi Suri terbatuk.

"Masa Ria ada lagi ni, Suri nak minta maaf banyak-banyak. Maafkan Suri sebab pentingkan diri sehingga Ria menderita." Dari minggu lepas lagi cakap macam ni. Pentingkan diri? Apanya?

"Ria tak faham apa Suri cakap? Tak payah cakap sangat la, Suri kena banyak berehat." Aku menyimpan kembali tuala basah tadi ke dalam besen dan bergerak untuk keluar. Tapi Suri menghentikan aku.

"Tak boleh, Ria kena dengar ni. Suri takkan aman kalau Ria tak dengar ni. So please....dengar apa yang Suri nak cakap ni." Melihat wajah Suri yang terdesak, aku duduk semula.

"Ceritanya macam ni....." Suri menyelesakan dirinya dan aku membantu. Dia berdehem sedikit kemudian barulah mula bercerita.

"Nadhim....tak pernah Suri yang punya." Eh? Eh? Apa maksud Suri?

"Maafkan Suri sebab selama ni Suri pentingkan diri, sanggup main cara kotor sebab lelaki?" Aku bingung, tak faham apa sebenarnya yang cuba diterangkan Suri.

"Suri....Ria tak faham?" Suri tergelak sedikit dan itu lebih menimbulkan aku tanda tanya.

"Dari dulu lagi.... Hati Nadhim bukan untuk Suri tapi untuk Ria." Aku yang berdiri, jatuh terduduk.

"Apa maksud Suri?" Suaraku agak serak sedikit meminta penjelasan dari kata-katanya.

"Sejak kita di uni, Nadhim memang dah suka Ria. Masa kita jumpa pertama kali lagi." Aku terdiam, tidak tahu untuk menjawab apa.

"Ingat tak masa Suri dan Nadhim study di library? Sebelum Ria datang, Nadhim banyak tanya pasal Ria. Dan masa tu la Suri tahu, sekali lagi Suri dah kalah dalam berebut dengan Ria." Ketika ini air mata Suri mula mengalir.

"Tapi, Suri selfish! Suri ambik keputusan untuk buat Nadhim jatuh cinta dengan Suri dengan tolong Nadhim dapatkan Ria. Suri nak tolong Nadhim rapat dengan Ria melalui Suri rapat dengan Nadhim dulu.

Tapi Nadhim baik, baik sangat. Dia tahu Suri sukakan dia dan dia tak pernah sekali pun jauh dari Suri. Suri tahu Nad cintakan Ria, tapi Suri paksa perasaan Suri pada dia.

Sehinggalah Suri masuk hospital dan dapat tahu keadaan Suri yang kanser. Dah jadi macam ni, Suri luahkan perasaan sebenar pada Nad. Suri cintakan dia, dan Suri nak kawin dengan dia.

Suri beritahu Nad, tolong kawin dengan Suri. Nad takkan menyesal, sebab Suri pun hidup tak lama. Suri akan cuba bahagiakan Nad, Suri akan cuba jadi Ria supaya Nad bahagia kalau kita kawin.

Pada mulanya memang Nad berat hati, tapi setelah tengok Suri dia akhirnya bersetuju. Pasal nak kawin awal ni, semua idea Nad. Dia betul-betul nak bahagiakan Suri di akhir hayat Suri. Walaupun terpaksa korbankan kebahagiaan dia sendiri. Suri dapat tengok di mata dia betapa dia cintakan Ria, dan dia tak sanggup tengok Ria bersedih macam tu bila dia dan Suri kawin.

Apa yang buat Suri tambah sedih, Nad cuma nak kawin sebab nak senangkan hati Suri. Dia langsung tak nak sentuh Suri sepanjang 3 bulan kami berkahwin. Dia cuma menjalankan tanggungjawab sebagai suami dari segi zahir je. Bila dapat tahu Ria nak ke Indonesia, Suri tahu macam mana sedihnya dia. Suri cuba nak tolong, tapi Suri lemah. Penyakit Suri dah perlahankan Suri.

Suri merayu pada dia, sebelum Suri mati izinkan Suri jalankan tanggungjawab Suri sebagai seorang isteri dari segi zahir dan batin. Dia menolak, dia beritahu tujuan asal dia kawin dengan Suri. Tapi disebabkan umi abah Nad pun dah bertanya macam-macam, Nad akhirnya jalankan tanggungjawab dia. Itu pun beberapa hari lepas tu, lansung tak dipandang muka Suri.

Takdir Tuhan, sekali bersama Suri disahkan mengandung. Suri gembira tapi Suri tahu Nad tak senang dengan berita ni. Dia rasa macam dia dah mungkir dengan cinta dia pada Ria. Dan korang kerja bersama masa di Terengganukan?" Aku mengangkat muka melihat wajah Suri yang basah dengan air mata. Macam mana Suri tahu?

"Jangan cuba nak tipu Suri, Suri tahu semuanya. Setiap kali Nad balik je Pahang, muka dia gembira. Tapi duduk sehari dua, dia kerap termenung. Nak balik Terengganu je, muka dia gembira balik. Apa maksudnya? Tentu la dia dah jumpa Ria kat sana. Bila ada di rumah je, Suri berdoa jangan la Nad jatuh cinta sangat-sangat dengan Ria. Tolonglah ingatkan Nadhim yang dia ada isteri dan bakal anak kat rumah ni.

Masa kita jumpa dia Terengganu, Suri tahu betapa janggalnya kelakuan Ria bila bersemuka dengan Nad. Dan jangan ingat Suri tak tahu korang berempat ada bergaduh kat pantai kan? Kalau tak kenapa muka masing-masing ketat je. Dan sehinggalah Ria ke Sabah. Kemudian, Suri melahirkan. Alhamdulillah, Nad seorang ayah yang sangat terbaik. Suri takut kalau Nad tak dapat terima Elisa.

Bila Suri duduk sorang-sorang Suri fikir. Betapa jahatnya Suri pada Ria. Bukan setakat rampas lelaki yang cintakan Ria, tapi ugut Ria pulak tu jangan dekat dengan Nad. So, bila tahu je Ria nak balik bercuti, Suri rancang nak dekatkan Ria dengan Nad. Dan ianya berjaya. Bila Ria balik je, Suri tahu Nad cuba menahan perasaan gembira dia. Dan Suri bersyukur sebab dapat buat Nad bahagia untuk pertama kali sepanjang kami berkawin ni."

Aku mengesat air mata yang galak mengalir. Aku tidak tahu perlukah aku menyalahkan Suri. Kalau aku Nadhim, mungkin aku akan memilih jalan yang sama. Bahagiakan Suri yang sakit. Dan aku rasa lega kerana Nadhim memilih Suri daripada aku. Suri mengenggam tanganku.

"Maafkan Suri, sebab Suri Ria dan Nad terseksa. Kesannya, perkahwinan Suri dengan Nad tak bahagia." Aku mengeleng laju.

"Tak, Ria nak berterima kasih pada Nad. Sebab dia nak bahagiakan Suri, dan Ria pun belum tentu dapat bahagiakan Suri macam tu." Suri mengesat sedikit air matanya yang masih bersisa.

"Oleh sebab tu, Suri nak mintak tolong dengan Ria." Aku turut mengesat air mata dan memandang Suri yang kelihatan lemah.

"Bila Suri dah takde nanti, tolong bahagiakan Nad. Tolong demi Suri, kawin dengan Nad."

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now