Bab 34

6.5K 253 7
                                    

Projek syarikat Lara dan syarikat Nadhim hampir 80% siap. Kini apa yang perlu dibuat, ajarkan sistem baru kepada pekerja dan melihat perkembangan sistem ini. Ketika ini aku dan Dewi sedang menyiapkan meeting room untuk mensyuarat tentang sistem ini. Aku perasan Nadhim yang sudah datang dan kini berada di bilik Lara bersama En. Azam. Seperti biasa, aku mengelak dari dia dan aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan.

"Oh, air tak cukup la. Saya pergi ambik sekejap ya dalam storage. Suria tolong edarkan dulu nota ni ye." Aku mengangguk melihat Dewi beredar. Beberapa minit kemudian, aku mendengar dia masuk kembali.

"Cepatnya, dah habis ke air dalam storage room?" Senyap. Dewi tidak menjawab soalanku. Aku berpaling ke belakang untuk melihat Dewi tapi sebaliknya bukan Dewi yang masuk tapi Nadhim. Dia ketika itu sedang membaca nota yang telah aku susun di setiap kerusi. Aku terdiam kerana berasa janggal. Ini kali pertama aku berhadapan dengan dia setelah dua bulan aku mengelak bersemuka.

"Siapa yang buat notes ni?" Tanyanya tiba-tiba. Aku terhenti menyusun tapi tidak berpaling kepadanya.

"Saya. Kenapa ye?" Aku menunggu jawapannya. Mungkin ke ada nota salah? Tapi aku dah cek dengan bosa dan semuanya tepat.

"Bagus, kemas, senang nak baca dan faham." Aku mengangguk sebelum menyambung kembali. Apasal terasa banyak pulak notes ni yang nak kena susun? Apasal lama sangat Dewi ambik air? Ambik air ke buat air? Kenapa takde siapa lagi yang datang meeting ni? Aku melihat jam, patutlah, lagi 30 minit baru meeting start.

"Tapi saya ada satu soalan nak tanya." Kali ini aku tak dapat nak elak lagi. Aku takut soalannya berkaitan dengan kerja, oleh itu aku berpaling menghadapnya.

"Kenapa..... Ria lari dari Nad?" Terhenti nafas aku seketika, tidak menyangka soalan ini akan ditanya.

"Em, ehem, maaf En. Nadhim, saya tak layan masalah peribadi masa kerja." Aku melepaskan nafas lega bila notes ditanganku tinggal 3 lagi. Tapi ianya sesak sekali lagi melihat tempat terakhir nota ini harus diletakkan adalah di depannya.

"Alasan yang sama je. Tak bosan ke?" Aku keras berdiri. Perlahan-lahan aku berjalan ke arahnya dan meletakkan nota itu di atas meja dan beredar.

"Masih marahkan Nad pasal kejadian hari tu? Dah dua bulan Ria." Aku memegang tombol meeting room, menanti penerangannya.

"Kalau Ria nak mintak maaf, ok fine. Nad mintak maaf sebab tumbuk boyfriend Ria." Aku memulas tombol akhirnya. Dia masih tidak memahami punca aku yang sebenar. Tapi tidak sempat dibuka, Nadhim menuju ke arahku dan menyekat pintu terbuka dengan tangannya. Aku menarik pintu dengan sekuat hati tapi berlawan dengan tenaga lelaki, memang tidak mampu aku membukanya. Penat menarik pintu, aku duduk menyandar di meja yang terdekat dan berpeluk tubuh.

"Penat? Nad pun penat fikir apa sebab Ria elak dari Nad." Aku masih lagi tidak mempedulikan dia dan memilih untuk melihat ke luar tingkap.

"Okay, kalau tu bukan puncanya Ria marahkan Nad, how about this. Nad mintak maaf sebab Nad cakap Nad tak suka Ria." Aku tergamam seketika. Dia juga ikut tergamam dengan aku tiba-tiba berpaling kepadanya.

"Kalau macam tu... Ria...suka.." Aku mencuba menghentikannya tapi kami terganggu dengan Dewi yang masuk membawa kotak air.

"Oh, baguslah Suria masih ada kat sini. Berat betul kotak ni. Eh, En. Nadhim pun ada kat sini?" Nadhim masih lagi memandang aku dengan terkejut. Setelah disambung semua perangai mengada aku, dia akhirnya mendapat jawapannya. Dia akhirnya tahu perasaan sebenar aku.

Aku dengan perasaan was-was memandang kadang-kadang ke arahnya sambil menyusun air. Bebelan Dewi langsung tidak aku dengar sebaliknya aku melihat reaksi Nadhim. Tidak lama selepas Dewi masuk, dia berlalu dari bilik tersebut dengan tergesa-gesa. Dan aku tahu apa jawapannya, dia membenci aku. Lebih-lebih lagi setelah dia tahu aku suka kepadanya. Aku menahan air mata yang bergenang dari jatuh.



Setengah jam kemudian, mesyuarat mula dijalankan. Meeting room kini padat dengan semua pekerja yang bekerja di syarikat ini. Sesetengah yang datang lambat terpaksa berdiri mendengar demonstrasi. Aku langsung tidak fokus kepada apa yang diterangkan En. Azam, sebaliknya mataku hanya memandang Nadhim. Nadhim pula sudah tidak memandang aku lagi seperti dulu. Dia sentiasa melarikan pandangan setiap kali mata kami hampir bertemu.

Aku dah mengaku kalah. Aku tak sepatutnya kejar sesuatu yang aku takkan dapat. Dia suami Suri, abang ipar aku, crush aku dan yang terbaru ex-crush aku. Betul kata Suri. Sekarang ni bertambah lega sebab sekurangnya dia tahu apa perasaan aku.

Lamunan aku diganggu apabila semua pekerja menepuk tangan. Nampaknya mesyuarat telah pyn tamat. Bagus, satu apa pun tak masuk dalam otak. Seorang demi seorang bangun dan beredar dari bilik mesyuarat. Kini tinggal beberapa orang pegawai atasan yang masih lagi berbincang sesama mereka. Termasuklah Lara, Nadhim dan En. Azam. Aku menghampiri mereka.

"Tahniah, boss besar, boss dan En. Nadhim. Saya harap sistem terbaru ni akan berjalan lancar dan akan majukan syarikat kita." Beberapa pegawai yang tidak tahu tentang masalah aku cuma ketawa, menyetujui harapanku. Aku kini menjadi hipokrit semula, sama ketika aku di uni dulu. Sedih atau gembira aku tutup dengan wajah yang tersenyum yakin. Aku beredar dari situ selepas itu dan duduk di mejaku, termenung. Hari yang sepatutnya diraikan seperti ini menjadi rosak kerana kelembapanku menyorokkan perasaan. Tak pasal-pasal rahsia hati terbongkar.



Habis saja waktu pejabat, aku berada di lobi menunggu Lara turun. Tiba-tiba datang Nadhim bersemuka denganku.

"Ria, nak cakap sikit." Aku tahu ini pasti mengguris hatiku jadi aku segera bangun dari kerusi dan berdiri di depannya.

"Tak payah, Ria tak nak tahu semua tu. Cuma, Ria nak mintak maaf. Mesti Nad rasa terbebankan dengan perasaan Ria. Jangan risau, Nad tak payah fikir pun pasal ni. Fokus pada perkahwinan Nad dengan Suri. Ok bye, Lara dah turun tu." Aku melambaikan tanganku kepadanya sebelum berjalan ke arah Lara.

"Kau kenapa dengan Nadhim tadi tu? Okay ke?" Aku tersenyum mengangguk kepada Lara.

"Oh, Luq call aku lagi semalam. Dia cakap dia call kau tak dapat. Dia tanya kau still tak boleh maafkan dia ke?" Sama seperti Nadhim, aku juga tidak menghiraukan Luqman sepanjang dua bulan ini.

"Mana ada aku marahkan Luq la. Cuma, beberapa minggu ni aku sibuk sikit. Projek baru masukkan, kau ni pun macam tak faham. Sebab tu kut aku tak angkat call dia. Yelah, bila dah duduk dengan kertas kerja, henfon pun aku tak tahu letak kat mana." Aku menutup ayatku dengan sedikit ketawa.


"Okay, tujuan saya panggil awak berdua hari ni sebab saya ada pengumuman nak beritahu awak, Suria." Aku melihat Lara dan En. Azam kemudian kembali kepada Lara.

"Syarikat baru kita di Sabah sekarang ni dalam proses mencari pekerja-pekerja yang sesuai untuk jawatan di sana. Saya dapat arahan dari HQ untuk hantar seorang pekerja kita untuk beri tunjuk ajar di bahagian perhubungan awam. Since En. Azam dah mengetuai di sini dan jugak disebabkan beberapa projek penting, dia tak dapat ke sana. Saya dah bincang dengan En. Azam dah dia rekomenkan awak ke sana." Aku memandang dengan rasa tidak percaya. Betulkah ni?

"Awak cuma kena ajar pekerja-pekerja baru kat sana macam mana nak uruskan bahagian ni selama setahun. Penginapan dah perjalanan pergi dan balik akan ditanggung syarikat. So, soalan saya awak berminat ke tak?" Berdebar aku merasakan. Lebih-lebih lagi melihat En. Azam dan Lara memandang aku, menunggu jawapan aku lebih tepat.

"Bila saya akan bertolak ke sana?" Tersenyum Lara dan En. Azam.

"Hujung bulan ni."

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now